ADAKAH MASIH CINTA 22

16.9K 546 20
                                    

Megat Haneef memimpin Farrahani yang masih lemah naik ke bilik. Farrahani dibawa ke bilik mandi. Pemanas air diaktifkan. Megat Haneef ingin menanggalkan baju Farrahani namun dilarang gadis itu.

" Takpe saya boleh mandi sendiri. " ujarnya. Dia sebenarnya malu.

" Jangan degil boleh? Nak berjalan pun tak larat! " bidas Megat Haneef. Baju Farrahani ditanggalkan. Farrahani terpaksa menahan malunya. Darah menyerbu ke muka menyebabkan wajahnya merah teruk. Megat Haneef tersenyum senget.

" Tak payah nak malulah Farra aku suami kau bukannya orang lain. " ujarnya. Tubuh isterinya dimandikan ala kadar. Setelah selesai, tubuh Farrahani dibalut dengan tuala. Farrahani dibawa masuk ke bilik. Pakaian disarung ke tubuh Farrahani.

" Dah rehatlah dulu. " ujarnya lalu membaringkan Farrahani di katil. Comforter ditarik menutupi tubuh isterinya.

Megat Haneef kemudiannya berlalu semula ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya.

💕💕💕💕💕

" Farra bangun makan ubat. " Megat Haneef mengejutkan Farrahani yang masih pulas. Kelihatan isterinya itu tidak mahu membuka mata.

" Farra bangun badan kau panas ni. " pujuk Megat Haneef. Farrahani merengek perlahan sebelum bangun perlahan lahan bersandar di kepala katil. Matanya masih terpejam. Dia kemudiannya terbersin beberapa kali.

" Buka mulut. " arah Megat Haneef. Farrahani menurut. Megat menyuap ubat cecair bewarna merah pudar ke dalam mulut Farrahani. Berkerut kerut wajah Farrahani apabila cecair itu mengenai lidahnya.

" Uwerkk.. Tak sedap. " Farrahani menunjukkan reaksi hendak termuntah.

" Nama pun ubat sayang.. " Megat Haneef kemudiannya membawa gelas mendekati mulut Farrahani. Air putih bergerak perlahan masuk ke dalam mulutnya. Rasa pahit ubat hilang sedikit.

" Dah rehatlah. " arah Megat Haneef lalu membantu Farrahani berbaring semula.

💕💕💕💕💕

Farrahani terbatuk batuk. Pedih anak tekak dibuatnya. Jam di dinding ditoleh. 2:30 pagi. Megat Haneef disebelah kelihatan pulas.

Farrahani terbatuk lagi beberapa kali lalu menyebabkan Megat Haneef terjaga.

" Kenapa Farra? " soalnya lembut. Farrahani menggeleng.

" Batuk sikit. Saya ganggu awak ke? Takpelah saya tidur bilik bawah. " Farrahani berura ura ingin turun dari katil namun Megat Haneef pantas menahan.

" Tak payah! Duduk sini jangan nak mengada! " kata Megat Haneef dengan tegas sambil menenyeh matanya. Farrahani akur.

" Demam kau tak kebah lagi ni. " komen Megat Haneef apabila leher Farrahani masih terasa bahang.

" Sakit tekak.. " adu Farrahani. Megat Haneef tersenyum nipis.

" Kejap. Kau jangan tidur lagi. " Megat Haneef bangun lalu berlalu keluar dari bilik. Dia menapak turun ke bawah lalu menuju ke dapur. Asam jawa dicari di kabinet dapur.

Gelas dicapai. Dua sudu asam jawa dimasukkan ke dalam gelas. Air suam dituang sehingga penuh. Megat Haneef kemudiannya memasukkan satu sudu gula lalu mengacau bancuhan tersebut sehingga sebati. Air itu kemudiannya ditapis lalu dibawa ke atas.

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now