ADAKAH MASIH CINTA 29

17.4K 542 35
                                    

Seusai membayar tambang teksi, Farrahani menapak perlahan masuk ke rumah banglo yang tersergam indah itu. Namun langkahnya teragak agak. Dia risau jika dirinya dihalau. Seketika kemudian dia pusing kembali ingin menapak pergi namun namanya dipanggil.

" Farra! " laung seseorang.

Farrahani menoleh. Kelihatan Elliey sedang berdiri tegak di muka pintu. Gadis itu kemudiannya melangkah mendekati dirinya setelah membuka pagar utama.

" Pandai kau balik sini eh. Aku ingat dah pergi mampus dengan boyfriend kau tu apa nama? Amsyar? Eh? " ujar Elliey dalam nada mengejek sambil berpeluk tubuh. Farrahani hanya diam tertunduk.

" Asal diam? Oh lupa. Kau kan nak bolot semua harta Haneef. Sebabtu kau sanggup perhambakan diri kau kat sini. Kan? " ujar Elliey dengan sinis. Matanya tajam merenung Farrahani. Jika nak diikutkan hati mahu sahaja dia mencekik gadis itu sehingga mati ketika itu juga namun disabarkan diri. Dia masih waras untuk membunuh secara terang terangan.

" Saya tak ada langsung niat macam tu. " Farrahani cuba mempertahankan maruahnya. Elliey ketawa sinis.

" Ada ke orang mengaku kalau ada niat jahat huh? " sindir Elliey.

" Dah lah. Berhambus! Semak kau tahu tak! " jerit Elliey. Terhincut bahu Farrahani akibat terkejut.

" Blah lah tunggu apa lagi! " tengking Elliey apabila Farrahani masih tidak berganjak. Farrahani akur. Dia ingin menapak pergi namun dilarang seseorang.

" Nanti. "

Langkah Farrahani terhenti. Dia menoleh semula ke belakang. Kelihatan Megat Haneef sedang berdiri terpacak dan merenungnya tajam. Elliey tergamam apabila Megat Haneef melarang Farrahani daripada pergi.

" Masuklah. Panas ni. " arah Megat Haneef. Elliey terlopong.

" Haneef! " Elliey bersuara tanda tidak puas hati namun Megat Haneef buat tidak peduli. Farrahani teragak agak untuk menapak masuk. Dia akhirnya memaku di situ.

Megat Haneef menapak mendekati Farrahani lalu menarik lengan gadis itu agar masuk ke dalam. Farrahani hanya diam dan membuntuti langkah Megat Haneef. Elliey mengetap rahang.

" Hergh! " Elliey merengus geram laku menghentak hentak kakinya dan masuk ke dalam rumah. Seusai masuk ke dalam, Megat Haneef bersuara.

" Aku izinkan kau tinggal sini sampai kau lahirkan anak kau. Dan aku akan jalankan ujian DNA atas anak tu. Kalau terbukti anak tu bukan anak aku, jatuh talak. Dan kalau terbukti anak aku, kau selamat. " Megat Haneef menyuarakan keputusan muktamadnya setelah memikirkannya sepanjang malam.

" Dalam waktu sekarang, kau masih isteri aku yang sah dan aku tak izinkan kau keluar ke mana-ii. Kita takkan tidur sekali sampailah anak tu lahir dan segala persoalan terjawab. Faham? " soal Megat Haneef serius. Farrahani mengangguk perlahan.

Elliey yang mendengar berasa tergugat. Anak itu semestinya anak Megat Haneef kerana pada malam itu tiada apa-ii yang terjadi. Hanya salah faham semata mata. Dan cita-ii nya untuk melihat Megat Haneef menceraikan Farrahani akan terkubur begitu sahaja.

" You ni Haneef! Dah terang lagi bersuluh perempuan jalang ni menyundal belakang you, you masih nak simpan dia kenapa?! " jerit Elliey tidak puas hati. Matanya tajam merenung Megat Haneef. Megat Haneef mengeluh kecil.

" Kau ni memang dilahirkan tanpa perasaan ke? Kalau dia curang, dia yang berdosa tapi anak dalam kandungan dia tak pernah berdosa! Aku tak kejam sampai tahap tu lagi Elliey! " bidas Megat Haneef lalu menapak anak tangga menuju ke tingkat atas dengan tongkatnya.

Elliey merengus geram. Dia kemudiannya memandang tajam Farrahani yang masih tertunduk.

" Suka lah kau kan? Kau jangan harap dapat hidup aman! " Elliey memberikan amaran keras lalu menolak kuat kepala Farrahani sebelum menapak ke tingkat atas.

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now