ADAKAH MASIH CINTA 42

44.4K 837 10
                                    

"Sayang?"

Farrahani yang sedang termenung di tepi kolam sedikit tergamam apabila disapa. Fikirannya yang tadi melayang layang kini kembali semula ke alam nyata.

Haneef duduk di sisi isterinya. Entah mengapa sejak 2 ke 3 hari ini Farrahani asyik termenung. Dia ada buat apa-ii yang menyebabkan Farrahani terasa kah?

Farrahani hanya tersenyum nipis memandang Haneef. Namun, Haneef sedar senyuman tersebut tiada manisnya. Sebuah senyuman yang diukir bagi menutup suatu kesedihan.

"Ada apa-ii nak share dengan abang?" soal Haneef prihatin. Risau juga bila si intan payung monyok seperti tikus mondok.

Farrahani menggeleng namun matanya merenung kosong air kolam yang jernih.

"Abang tahu sayang tak ok." Haneef menyentuh lembut tangan isterinya. Diusap lembut menyalurkan kekuatan.

Tatkala itu, tubir mata yang tadinya mencuba untuk kuat, runtuh jua. Mutiara jernih mengalir jua membasahi pipi. Bahunya sedikit bergegar menahan sebak di dada.

"Sayang... Shh abang ada..." Haneef memeluk bahu isterinya. Dahi wanita tersebut dikucup penuh kasih.

Dia mengerti mengapa wanita tersebut bersedih hati. Sebelum ini dia hanya mengesyaki namun kini dia pasti.

Farrahani cuba berlagak kuat namun dia tahu isterinya sudah puas bersabar dan kali ini dia rebah jua.

"Janganlah fikir. Abang tak kisah semua tu." pujuk Haneef.

Beberapa hari lepas, makngah dan pakngah Haneef ada datang bertandang. Setelah sekian lama membuat hal sendiri, tiba-ii sahaja pasangan tersebut datang berkunjung.

Katanya mahu mengeratkan silaturahim tetapi entahla. Haneef malas mahu berfikir panjang namun ada kata-ii yang menyebabkan Farrahani murung.

"Dah kahwin dekat 7 tahun. Tak ada anak ke?"

Soalan yang teramat sensitif buat Farrahani. Ini kerana, setelah keguguran yang lepas, mereka belum lagi dikurniakan zuriat. Haneef tidak kisah akan hal itu malah dia bahagia kerana dapat menghabiskan masa berdua bersama isteri.

Dia juga tidak mahu isterinya susah-ii menahan sakit jadi dia tiada paksaan.

Haneef mengeluh kecil. Sudah dia tidak kisah, orang lain pula yang kisah. Tak boleh ke jaga hal sendiri je?

"Farra mandul." ucap Farrahani lemah.

"Siapa cakap? Meh abang lemaskan dia dalam kolam!" Haneef berura ura mahu bertindak terhadap sesiapa yang menyakiti isterinya.

Farrahani tergelak kecil.

"Kita tak ada anak." ucapnya lagi. Air matanya semakin lebat membasahi pipinya.

"Anak kita dekat syurga kan sayang?" Haneef mengingatkan tentang janin yang pernah menghuni rahim isterinya suatu ketika dahulu.

"Sekarang..." Farrahani tidak sempat menyambung ayatnya apabila Haneef mencelah.

"Sekarang, abang tak nak sayang fikir apa cakap orang. Abang faham sayang down tapi..." Haneef mengeluh kecil.

"Tapi abang tak suka tau isteri abang sedih. Abang sakit." Haneef berkata serius sambil merenung isterinya.

"Kalau betul Allah nak bagi kita anak, inshaAllah kita akan timang anak suatu hari nanti tapi, kalau Allah dah tetapkan yang kita akan selamanya berdua, kita tak ada hak nak pertikaikan takdir."

"Demi Allah, sikit pun abang tak ada rasa kecewa dengan sayang. Abang sayangkan sayang sepenuh hati abang. Anak bukan segala galanya. Kesihatan dan kesempatan untuk kita hidup bersama ni pun satu rezeki yang tak ternilai Allah beri."

Haneef mengusap lembut pipi mulus isterinya. Sungguh, dia teramat sayangkan Farrahani lebih dari nyawanya sendiri. Sudah banyak yang mereka lalui bersama. Pahit dan manis, wanita itu tetap setia di sisi.

Farrahani berasa sedikit terpujuk dengan kata-ii suaminya. Benar, kesihatan dan kesempatan untuk mereka berdua hidup bersama adalah rezeki yang tak ternilai.

"Senyum sikit. Kalau tak senyum nanti abang gigit!" ugutan manja diberi sambil tangannya merayap ke dada si isteri.

Farrahani akhirnya ketawa mengekek. Tak ada kerja lain si Haneef ni. Merenyam aje kerjanya.

"Gatal lah orang tua ni!" Farrahani menolak tangan Haneef yang melekap pada buah dadanya.

"Mana ada abang tua!" Haneef menafikan kata-ii isterinya. Beza 3 tahun je pun nak berkira.

Farrahani semakin galak mengetawakan suaminya. Ya Allah, terima kasih atas kurniaanMu yang hebat ini. Seorang suami yang menyayangi, prihatin dan bertanggungjawab ke atas aku. Dia seorang imam yang aku yakini akan memimpin aku ke syurga.

Perihal lalu telah jauh kami tinggalkan dan kini kami menikmati apa adanya. Namun, tidak dapat juga aku menafikan rasa rendah diriku kerana belum mampu memberi zuriat kepada suamiku.

Dia memberikan aku segalanya namun aku tidak mampu memberikannya apa-ii.

Terkadang aku mempersoalkan takdirku namun cepat-ii aku beristigfar apabila tersedar dari bisikan syaitan.

Aku begitu takut akan kehilangan Haneef dek kerana kekurangan aku ini. Akan tetapi, lelaki itu sering memberiku semangat dan meyakinkan aku bahawa dia tidak akan sesekali mengkhianati aku.

Haneef, ingin sekali aku meyakinkan diriku kau tulus padaku namun ianya mustahil. Aku tidak percaya. Sama sekali tidak aku percaya seorang lelaki akan tetap setia terhadap isteri yang mandul.

Atau...

Adakah aku yang silap?

Farrahani merenung wajah suaminya yang kini sedang bermanja manja di ribaannya.

Haneef, aku takut. Tersangatlah takut sehingga hampir setiap malam tidurku bermimpikan perihal yang sama. Saban hari aku bermimpikan kepergian kau.

Dan jika kita ditakdirkan akan selamanya hidup berdua, masihkah ada ruang untukku bernaung? Masihkah ada janji setia kau terhadap aku?

Adakah masih cinta terhadap aku, suamiku?

TO BE CONTINUE

I actually takkan buat plot yang berat-ii untuk sambungan seterusnya. Hanya ringan dan santai

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now