Epilogue

577 36 9
                                    

Seminggu kemudian...

PADA suatu malam Yoongi berjaga kerana matanya tidak dapat dilelapkan. Jadi dia mengambil keputusan untuk memandang wajah mungil anaknya, Min Yoonna.

Sesekali dia berikan ciuman pada wajah polos Yoonna. Entahlah, dia tidak mengerti apa yang tengah dia rasa kini. Dia takut untuk sekadar pejam mata, takut jikalau dia pejam mata buat selamanya.

"Sayang, nanti kamu besar jadilah orang yang berguna ya. Jangan sesekali ingkar mahu pun melawan cakap nenek dan atok kamu nanti ya sebab apa yang dia orang suruh adalah sesuatu yang baik untuk kamu. Dia orang cuma tak nak kamu terjerumus ke jalan yang salah."

Pipi polos anaknya dielus perlahan, dengan penuh kasih Yoongi daratkan kucupan kudus didahi Yoonna. Lama.

"Papa dan mama sayang kamu sangat, so papa nak kamu jadi seorang perempuan yang berguna nanti bukan untuk diguna. Okey sayang."

Yoongi tersenyum nipis, matanya yang terasa memberat digagahkan untuk tetap terbuka walaupun usahanya sia-sia sahaja. Tubuh kecil anaknya ditarik masuk ke dalam dakapan, umbun-umbun Yoonna dikucup lama dengan mata mula terpejam rapat.

"Papa sayang kamu, sayang. Goodnight my love daughter and I'm sorry."

•••••

KEESOKAN harinya, pada pagi itu Puan Choi dan Puan Min bergelut dengan kuali dan periuk di dapur. Manakala Tuan Choi dan Tuan Min bersembang kosong di ruang tamu.

Puan Choi keluar dari dapur dan menuju ke ruang tamu. Dia memandang kedua lelaki separuh usia yang berpakaian santai itu dengan sebuah senyuman manis.

"Oiy guys! Makan pagi dah siap." sergah Puan Choi selamba.

Tuan Choi dan Tuan Min mengusap dada kerana disergah begitu. Tuan Choi menjeling jengkel pada isterinya manakala Tuan Min hanya mampu memandang besannya dengan wajah kesal.

"Tak boleh sopan lagi ke cara nak tegur orang tu? Makin tua makin menjadi sopannya ya?" perli Tuan Choi.

Puan Choi memandang suaminya datar.

"Sudahlah. Ni ha, Yoongi mana? Dia tak bangun lagi ke?" kata Puan Choi dengan wajah malasnya.

"Tak lagi kut. Kau pergi lah tengok," balas Tuan Min.

"Yela. Kau ora.." ayat Puan Choi terputus sebaik sahaja mendengar suara tangisan budak kecil dari tingkat atas.

"Tu mesti Yoonna meragam. Saya ke atas dulu, nak tengok dua beranak tu buat apa." sebaik sahaja berkata begitu, Puan Choi terus melesap pergi meninggalkan duo besan itu.

"Dahlah jom kita ke dapur." ajak Tuan Choi pada besannya.

Tuan Min hanya menganggukkan kepala. Mereka berdua beriringan menuju ke arah dapur, namun langkah kaki mereka berdua terhenti dratik apabila mendengar jeritan panik daripada Puan Choi di tingkat atas.

Tuan Min dan Tuan Choi berpandangan lalu mereka berdua bergerak pantas untuk ke tingkat atas.

Puan Min yang sedang membancuh air, berhenti. Dia berlari keluar dari dapur dan menuju ke arah suara jeritan yang datangnya dari bilik Yoongi.

•••••

KEPALA Puan Choi tergeleng perlahan melihat pemandangan dihadapannya itu. Dia tersenyum sambil melangkah masuk ke dalam bilik menantunya.

"Hai Yoongi ni, anak dia nangis tepi telinga dia pun tak sedar. Tido mati betul lah. Penat sangat kut," Puan Choi bergerak, menghampiri katil.

Yoonna yang menangis di dalam dakapan Yoongi, diambil perlahan agar tidak menganggu tidur Yoongi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 12, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Where stories live. Discover now