Part 7

476 39 0
                                    

MAKANAN dihidangkan ke atas meja makan, dia tersenyum tipis. Jam dinding ruang makan, dia kerling sekilas. Jam sudah menunjukkan angka lapan pagi.

Yoongi beredar daripada dapur menuju ke tangga, anak tangga didaki laju. Kakinya dibawa menuju ke bilik isterinya yang berada di tingkat dua.

Setiba dia dihadapan pintu bilik Anna, Yoongi mengangkat tangan lalu dihalakan pada pintu. Baru sahaja tangannya mahu mengetuk daun pintu tersebut, telinga Yoongi menangkap suara isterinya sedang berbual dengan seseorang.

Telinganya didekatkan pada pintu, Yoongi diam-diam mencuri dengar perbualan isterinya itu. Samar-samar sahaja butiran percakapan yang terdengar namun telinganya yang tajam memudahkannya untuk mendengar dengan jelas apa yang Anna bualkan.

"Kan I dah kata, sabarlah! Dah tak lama dah waktu tu akan sampai." bentak Anna kepada orang diseberang talian.

"I tau yang dare I dah tak lama nak selesai, cuma dua tahun. Hujung tahun ni I dah boleh bebas dari jantan tu, dan kita akan hidup bersama. Hanya kita berdua ya sayang?" kata Anna lagi lembut.

"Ya sayang. Dia dah cukup hancur, dendam you sudah langsai. Hujung tahun ni I minta cerai dan kita pergi dari Daegu ni. Okey?"

Perasaan Yoongi bagaikan retak seribu hingga berkecai tidak terbentuk, apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya. Dia tidak sangka dengan apa yang dia dengar barusan. Lidah dia kelu.

"Okeylah sayang, I nak turun bawah mahu makan. Bye, I love you." kata Anna dengan suara lunak, lalu panggilan tersebut dimatikan.

Yoongi yang berasa isterinya akan menuju ke arah pintu, terus beredar dengan segera daripada hadapan bilik Anna dengan perasaan bercampur aduk.

•••••

FIKIRAN Yoongi memutar ulang perbualan yang dia curi dengar pada pagi tadi.

"Dare? Dendam? Apa yang dia maksudkan?" dua perkataan yang amat mendalam maknanya, Yoongi tidak tahu apa makna dibalik dua kata itu.

"Aku rasa orang yang call dia tu, orang yang simpan dendam kat aku ke? Tapi siapa dia? Lelaki yang call Anna tu kenal aku ke? Atau dia orang yang terdekat dengan aku pada masa lampau aku? Tapi apa yang dia dendam kan?"

Helaan nafas terlepas dari mulut Yoongi, dia merenung kosong pada tasik buatan yang berada dihadapannya.

"Hyung." Yoongi mendongakkan kepala memandang ke arah orang yang memanggilnya itu. Dia tersenyum kecil pada lelaki itu.

"Oh Taehyung, ada apa? Kau buat apa kat sini?" katanya.

Taehyung tersenyum lebar seraya melabuhkan punggungnya disebelah kawannya itu. Bahu Yoongi dirangkul mesra.

"Aku baru aje lepas joging, kebetulan pula aku tengah merayap di pinggir sungai tu dan aku nampak hyung yang tengah termenung panjang kat sini. So aku datanglah sini, lagipun sejak hyung kahwin dah lama kita tak lepak sesama. Lepak pun jarang, tapi aku faham keadaan hyung sebagai ketua keluarga."

Taehyung menepuk perlahan bahu Yoongi dengan senyuman kotaknya. Yoongi hanya tersenyum hampa sahaja.

"Maaf Tae, sebab dah lama tak keluar lepak dengan kau. Tapi keadaan aku memang tidak mengizinkan. Thanks sebab memahami aku." kata Yoongi ikhlas daripada hati, kepala Taehyung diusapnya perlahan dengan senyuman kecil.

Mata Taehyung tidak berkedip melihat senyuman Yoongi, dia berasa ada yang tidak kena dengan senyuman itu. Macam hampa dan penuh paksaan sahaja. Dia juga perasan yang wajah Yoongi pucat dan lesu, macam tidak bermaya sahaja.

"Hyung." panggilnya.

"Ya?" sahut Yoongi perlahan. Dia berkalih ke arah Taehyung disebelahnya.

"Hyung okey? Aku tengok muka hyung pucat dan lesu aje. Hyung ada masalah ke? Aku bukan nak menyibuk hal hyung, tapi aku hanya panasaran aje." kata Taehyung dengan jujurnya.

Yoongi mengeluh kecil. "Ya. Aku memang ada masalah. Tapi kau tak payah risaulah, aku okey."

Mulut memang boleh nafikan apa pun, tapi hati kita lain pula berkata. Kau memang tak pernah berubah hyung, kau selalu kata okey tapi sebenarnya kau tak okey. Bisik hati Taehyung.

Taehyung merenung Yoongi buat seketika lalu dia ukirkan senyuman nipis. Bahu Yoongi diusap perlahan.

"Okey. Tapi kalau hyung tak dapat nak pendam sesorang, hyung boleh cari aku. Aku sedia mendengar dan menjadi sandaran untuk hyung. Kitakan kawan sejati? Susah senang bersama."

Kata-kata Taehyung itu, mampu buatkan Yoongi tersenyum lebar. Pipi tirus lelaki itu dia cubit perlahan.

"Thanks kawan."

Taehyung tersenyum lebar.

"Sama-sama kasih kawan!"

*****
Tbc

Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Kde žijí příběhy. Začni objevovat