Part 19

379 29 0
                                    

KENING Yoongi berkerut hairan, apabila mendapati nombor yang tidak dikenali menghubunginya.

"Halo? Siapa di sana?" Yoongi bertanya selepas menjawab panggilan tersebut.

"Halo, Min Yoongi kan?" satu suara garau menyapa diseberang talian.

"Ya, aku Min Yoongi. Kau siapa?" soal Yoongi panasaran. Gelak kecil terdengar dicorong telefon.

"Ni aku Hoseok." dengar sahaja nama itu, buatkan tubuh Yoongi menegang. Wajahnya berubah serius.

"Oh kau, ada apa call aku?" ujar Yoongi datar.

Hoseok tersenyum tatkala mendengar nada suara Yoongi yang amat datar itu.

"Boleh kita berjumpa tak? Aku ada benda nak kasi tau kau. Ini penting, sebab aku nak jawapan dari semua pertanyaan yang membelenggu aku ni terjawab hari ni juga. Boleh tak?" kata Hoseok dengan nada suara mengharap.

Yoongi terdiam, dia mengerling Anna yang sedang berguling-guling di atas katil miliknya.

"Okey. Kat mana nak jumpa?" soal Yoongi.

"Tempat biasa."

"Okey." setelah itu, panggilan telefon dimatikan. Yoongi memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar.

"Kau tak nak bangun lagi ke? Asyik berguling aje, macam kerbau. Dahlah aku nak keluar."

Anna berhenti daripada berguling, dia mendudukkan dirinya di atas katil sambil memandang ke arah Yoongi yang sudah berlalu keluar bilik.

"Yoongi.."

•••••

SEGELAS air sirap, disisip Yoongi. Matanya melirik Hoseok yang berada di hadapannya itu. Lelaki itu hanya diam sambil memandang ke gelas air minumannya sahaja, tanpa buka suara sejak mereka berdua tiba disini lagi.

Yoongi membetulkan posisi duduknya, pandangan matanya dipakukan pada wajah Hoseok. Dia berdeham sejenak, sebelum membuka suara.

"Ada apa kau nak jumpa aku ni? Kalau kau nak jumpa aku sebab nak suruh tengok kau bisu, baik tak payah. Buang masa aku aje tau tak." mendatar sahaja suara Yoongi.

"Yoongi.." Hoseok mendongakkan kepala, matanya dipanahkan pada Yoongi.

Yoongi berdeham, kening dijongket sebelah. Bermaksud, agar Hoseok melanjutkan apa yang mahu disampaikan padanya.

"Boleh kau bagitau aku, apa yang sebenarnya terjadi pada malam itu. Aku nak jawapan yang pasti dan tepat."

Kening Yoongi terangkat sebelah tatkala mendengarkan itu.

"Maksud kau? Malam di mana kakak kau bunuh mendiang abang aku?"

Kata-kata Yoongi disambut anggukkan kecil daripada Hoseok.

"Apa yang kau nak tau pada kejadian malam tu?"

"Semuanya." kata Hoseok tegas.

Yoongi hela nafas sejenak.

"Okey. Tapi, apa jaminannya kalau aku cerita semuanya kejadian malam tu pada kau?" kata Yoongi sinis, seolah bermain tarik tali dengan Hoseok.

Senyuman kecil terbit dibibir Hoseok.

"Jaminannya, aku janji yang aku tak akan usik hidup kau dan Anna lagi. Hubungan aku dan dia akan aku putuskan. Kalau kau nak tau, permainan ni juga ada kaitan dengan kakak aku. Dia mahu balas dendam kat kau, tapi melalui dari aku."

Tangan Yoongi terkepal, tetapi dia cuba untuk bertenang. Tidak mahu membabi buta, membelasah Hoseok di dalam kafe yang agak ramai pengunjungnya.

"Kenapa kau bodoh sangat, sampai ikut telunjuk dia?"

Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Where stories live. Discover now