Part 10

391 34 8
                                    

Keesokan harinya..

PUAN CHOI tersenyum nipis apabila Yoongi sudah membantunya untuk membersihkan pinggan mangkuk yang kotor selepas acara makan malam.

"Terima kasih sayang, sebab tolong mama." Puan Choi bersuara, memecahkan keheningan diantara mereka berdua.

Yoongi sekadar tersenyum sahaja, kepalanya diangguk kecil.

"Sama-sama mama. Alah benda kecil aje ni, saya dah biasa." jawab Yoongi bersahaja.

Senyuman Puan Choi luntur lalu digantikan dengan senyuman paksa, bahu menantunya diusap perlahan.

"Mama tau, kamu seorang lelaki yang tabah menghadapi semua ini. Mama pasti, Anna akan menyesal kerana menyiakan lelaki macam kamu ni." kata Puan Choi.

Yoongi hanya mendiamkan diri sambil memandang wajah mertuanya itu. Seulas senyuman hambar, terhias dibibirnya.

"Yoongi."

"Ya, mama?"

Puan Choi menghela nafas sejenak lalu kepalanya ditoleh ke arah Yoongi.

"Sebenarnya mama ada benda nak kasi tau kamu." ujar Puan Choi perlahan.

Kening Yoongi terangkat sebelah, dia pandang wajah Puan Choi yang seakan teragak-agak mahu mengatakan sesuatu padanya. Mungkin perkara yang penting?

"Apa mama? Cakap lah, macam benda yang penting aje?" panasaran Yoongi dibuatnya, tambah lagi tindak tanduk ibu mertuanya kelihatan aneh sahaja pada malam itu.

Puan Choi menatap tepat ke dalam anak mata Yoongi. Seperti mahu menyampaikan sesuatu melalui isyarat mata.

"Mama?" panggil Yoongi, tatkala melihat Puan Choi yang hanya diam sambil memandang ke arahnya.

"Yoongi mama nak kasi tau kamu yang..." ucapan Puan Choi terpotong dengan kedatangan Anna yang tiba-tiba itu.

"Mama!" panggil Anna kasar.

Mata Yoongi membulat dengan nada suara yang digunakan oleh Anna yang amat kasar itu pada ibunya.

"Ya sayang, kamu kenapa?" Puan Choi bertanya lembut, dia perasan akan wajah terkejut Yoongi itu. Namun, dia hiraukan.

"Siapa yang sentuh barang yang ada dalam bilik Anna? Barang Anna hilang. Mama tau siapa yang sentuh?" soal Anna dengan suara yang kedengaran geram.

"Mama tak tau Anna, mama tak sentuh pun barang dalam bilik kamu tu. Walaupun mama selalu bersih bilik tu, mama tak pernah sentuh pun barang-barang dalam bilik tu." kata Puan Choi setenang yang mungkin.

"Hye bitch! Baik kau jujur, jangan nak berdalih! Aku tau kau yang sentuh, siapa lagi yang ada dalam rumah ni kalau bukan kau dengan laki kau tu!" bentak Anna dengan kurang ajarnya.

Tangan Yoongi terkepal kemas apabila melihat tingkah laku kurang ajar isterinya itu.

"Anna jangan nak kurang ajar, dia mama kau!" Yoongi berkata tegas, matanya merenung tajam wajah Anna.

"Kau jangan nak masuk campur hal aku lah! Kau tu siapa nak arahkan aku?!" Anna membentak kasar.

Puan Choi mengertap bibirnya, apabila melihat sepasang suami isteri itu mula bertikam lidah kerana dirinya.

"Kamu berdua, janganlah bergaduh. Tak baik." tegas Puan Choi bersuara, mencuba untuk meleraikan pergaduhan kecil itu.

"Diamlah kau orang tua! Baik kau jujur sekarang! Aku tau yang kau sentuh barang aku!"

"Sayang, mama.. Baiklah mama jujur yang mama ada sentuh barang kamu. Tapi barang tu tak sepatutnya ada dalam rumah ni! Benda hara.."

"Diam!" jerit Anna lantang, sekadar mahu menghentikan perkataan ibunya. Takut jikalau suaminya dapat mengetahui sesuatu yang dia jaga dengan ketat.

"Anna! Dia tu mama.."

"Mama aku? Ya dia memang mama aku, mama yang tak guna. Sampah! Aku dah kata jangan sentuh barang aku sesuka hati!"

Anna dengan tidak berperasaannya, menampar pipi ibu yang pernah melahirkannya itu. Puan Choi terdiam apabila mendapat tamparan hangat itu, manakala Yoongi pula sudah terkesima dengan apa yang dia lihat.

"Biadap!" kini pipi Anna pula ditampar oleh Yoongi dengan kasarnya, sehingga gadis itu jatuh terduduk di atas lantai dapur.

"Dia mama kau, mama kandung kau. Dia yang lahir kau hingga kau besar panjang macam ni. Mana hormat kau pada dia? Kau memang jenis anak yang tak reti diuntungkan? Tak takut dosa ke kau ni?" marah Yoongi.

"Sayang sudah, mama tak apa-apa. Kamu.."

"Diam mama. Budak ni memang patut diajar, perangainya dah tahap melampau!" jari telunjuk Yoongi menghala pada Anna yang masih bersimpul di lantai itu.

"Tapi dia isteri kamu, sayang." katanya masih bersuara lembut.

Yoongi tersenyum senget.

"Ya. Dia memang isteri saya, tapi isteri yang durjana. Jom mama, kita pergi. Tinggal aje dia kat sini, orang biadap tak boleh di kasi muka terus. Makin dipijak pula kita ni." kata Yoongi sinis, seraya menarik lembut tangan Puan Choi untuk beredar daripada dapur itu.

"Tak guna. Tunggulah pembalasan aku, Min Yoongi!"

*****
Tbc.

Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Where stories live. Discover now