Part 11

394 32 4
                                    

DAUN pintu bilik dikuak kasar, Yoongi yang sedang menikmati alunan piano tersentak apabila pintu biliknya di buka kasar. Dia toleh ke arah Anna yang berdiri di muka pintu biliknya.

Yoongi pandang wajah bengis Anna bingung, gadis itu menerpa ke arahnya dengan langkah besar.

"Anna, kena.. Ugh!" baru sahaja Yoongi mahu bersuara, lehernya sudah dicengkam oleh kedua tangan Anna.

"Suami tak guna!" jeritnya seraya mengeratkan lagi cengkamannya pada leher Yoongi.

"Anna, to..tolong lepaskan a..aku. Aku tak bo..boleh nafas." ucap Yoongi dengan susah payah, sesekali dia cuba leraikan genggaman tangan Anna pada lehernya. Wajahnya sudah berubah warna.

"Mati kau! Lelaki tak guna."

Hentakan yang kuat, mampu melepaskan Yoongi daripada cengkaman Anna. Nafasnya termengah-mengah, Yoongi memandang Anna dengan perasaan geram.

"Kau gila ke huh? Nak kasi aku mati ke bodoh?!" hambur Yoongi geram, nafasnya memburu.

Anna tersenyum sinis.

"Memang aku nak kau mati pun. Ada kau pun, hanya menyemakkan dunia ni saja."

Yoongi bangun daripada duduknya, lehernya yang masih terasa perit itu dia sentuh dan diusap perlahan. Matanya menyerlung marah pada Anna.

"Kau pun dua kali lima aje, pompuan macam kau tak layak hidup di muka bumi ni. Semak kat atas dunia ni aje. Dahlah jalang, tak guna, zalim pula tu dengan suami. Hanat pompuan macam kau ni."

Dingin dan tajam, menusuk ke hati Anna yang mendengar. Telinganya terasa panas. Tangan dikepal kasar. Geram.

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi Yoongi, terteleng ke kiri wajah Yoongi yang menerima habuan tersebut. Yoongi tergelak kecil sambil memegang pipinya. Dia menolehkan kepala menghadap Anna.

"Anna. Min Anna."

Anna terkedu apabila mendengar namanya dipanggil dengan penuh kelembutan dan sayu.

"Min Anna yang dulu, dia pergi ke mana? Aku rindu dengan Min Anna yang dulu. Apakah dia masih ada?"

Anak mata mereka berdua bertaut, tidak lama kemudian Anna melarikan pandangan mata ke arah lain. Yoongi tersenyum sedih.

"Min Anna yang kau cari tu dah lama mati, yang ada kat sini hanya Choi Anna."

•••••

PINTU rumah ditutup kasar, dia berdiri di hadapan pintu sambil memeluk tubuh. Tubuh dipusingkan kebelakang, dia tersenyum herot apabila menangkap raut wajah bengang daripada Anna.

"Aku tak benarkan kau keluar dari rumah, apa lagi tujuan kau tu ke tempat haram!" kata Yoongi datar dengan mata merenung isterinya itu.

"Kau! Tepilah, aku nak keluar! Jangan kau nak sibuk dengan urusan aku lah, aku tak suka! Bla kau jantan!" laung Anna bengang.

Dia mendorong tubuh Yoongi daripada menghalangnya untuk keluar, namun usahanya hanya sia-sia sahaja kerana lelaki itu mengeraskan dirinya daripada berganjak.

"Tepilah jantan tak guna! Aku nak keluar!" herdiknya dihadapan wajah Yoongi.

"Excuse me? Aku tak izinkan kau keluar, betina." tegas Yoongi dengan suara dingin.

Anna menggenggam tangannya, bibir dikemam kasar. Dia mahu membidas kata-kata Yoongi, tetapi lelaki itu sudah membuatnya terasa terhina apabila mendengar bait-bait kata selanjutnya yang keluar dari mulut Yoongi.

"Daripada kau buat maksiat kat tempat setan tu, ada baiknya kau buat maksiat kat dalam rumah ni aje. Tak adalah kau tu tambah dosa yang sebelum ni dah banyak sebab tayang tubuh kau kat diorang yang belum tentu suami sah kau, baik kau tayang tubuh kau tu buat aku aje. Dapat pahala."

"Kau!!" Anna menggeram marah. Dia bagaikan dihina berton-ton oleh Yoongi.

"Apa? Betul apa yang aku cakapkan tadi bukan?" kata Yoongi sinis.

Dia menapak mendekati Anna, dia tersenyum kecil.

"Kau kan jalang, mesti kau tak keberatan kalau aku buat macam ni kat kau kan?"

Serentak dengan itu, Yoongi merobek gaun yang dikenakan oleh Anna sehingga tubuh isterinya terdedah begitu sahaja diruangan matanya. Dia memandang Anna yang hanya mengenakan pakaian dalam itu daripada hujung rambut hingga hujung kaki.

Wajah Anna berbahang panas, marah. Dia memandang Yoongi tajam.

"Apa maksud kau buat aku macam ni,  Min Yoongi?"

Senyuman sinis bermain di bibir Yoongi, dia mendekatkan bibirnya pada cuping telinga Anna lalu dia berbisik perlahan.

"Tak ada maksud apa-apa. Kau kan betina yang jalang, tak kan itu pun nak marah sebab aku robek baju kau? Tubuh kau kan memang untuk santapan mata aku, aku berhak sayang." bisik Yoongi diiringi kucupan dicuping telinga Anna.

Mata Anna memerah, bibir bawahnya digigit kasar. Tidak terima jika dirinya diperlakukan seperti itu. Tangannya merentap rambut Yoongi kasar, buatkan lelaki itu mengerang sakit.

"Kau memang tak guna! Tunggu pembalasan daripada aku!"

*******
Tbc.

Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon