Part 4

470 42 0
                                    

PADA malam itu, Anna melangkah masuk ke dalam rumah yang gelap gelita itu. Dia memetik suis lampu, disaat lampu ruang tamu terbuka. Anna dikejutkan oleh Yoongi yang sedang duduk di sofa sambil memandang ke arahnya tajam.

"Kau dah kenapa duduk dalam gelap? Asal kau tak tido lagi? Bukan ke masa ni kau dah tido?" Anna mengerling jam dinding yang menunjukkan angka 2 pagi.

Yoongi hanya mendiamkan diri sambil memandang kosong wajah isterinya itu.

"Aku tunggu kau balik lah. Awal betul kau balik? Baru jumpa jalan balik rumah ke?" kata Yoongi mendatar sambil berdiri dari duduknya. Dia memeluk tubuh.

Anna terkedu sejenak mendengar kata-kata Yoongi tambahan lagi, cara percakapan Yoongi sangat berubah pada malam itu. Sudah tiada lagi panggilan lembut yang selalu lelaki itu gunakan.

"Asal kau diam? Dengan jantan mana pula kau ikut malam ni? Suka betul kau kan, bagi tubuh kau tu kat jantan lain. Kat suami kau ni, zahir dan batin pun jarang kau buat. Zalim sungguh kau." ujar Yoongi.

Mata Anna mengerling tajam ke arah Yoongi. Perasaan marahnya mula hinggap di hati, apabila mendengar kata-kata tersebut.

"Dah tunjuk belang kau eh? Kau siapa nak masuk campur hal aku? Kau tu hanya suami di atas kertas dan tak dianggap."

Padu dan menusuk ke hati Yoongi yang mendengarnya. Bibir diketap. Dia melangkah mendekati Anna.

"Jadi selama ini kau anggap aku ni hanya suami atas kertas?" lirih sahaja suara Yoongi berkata.

Anna tersenyum herot sejurus kepala diangguk laju.

"Ya. Kau.."

Kata-kata Anna dipintas oleh Yoongi.

"Jadi perkahwinan yang kita bina selama setahun lebih ni, memang tak bermakna untuk kau?"

"Ya. Tiada makna langsung perkahwinan ni bagi aku. Semuanya hanya sampah."

Anna mencuba untuk menyentuh bahu Yoongi namun sudah ditepis terlebih dahulu. Yoongi memandangnya kosong dan seakan jijik akan sentuhannya itu.

"Jangan sentuh aku. Kau kotor dan jijik untuk sentuh aku. Tolong bersihkan diri kau serta hati kau dahulu, jika kau mahu sentuh aku." kata Yoongi mendatar lantas dia berlalu pergi meninggalkan Anna yang terkesima di ruang tamu.

"Tak guna! Oh, kau dah pandai cakap macam tu kat aku eh. Jijik dia kata? Memang kurang ajar. Tengok lah nanti, aku balas kau."

Anna menggenggam tangan erat, bengang dengan ayat Yoongi sebentar tadi. Panas pula hatinya.

"Tak guna Min Yoongi!"

•••••

MUKA diraup perlahan, dia duduk bersandar di pintu bilik. Dia menarik lutut rapat ke dada, lalu dia memeluk lututnya erat. Mukanya disembam pada lututnya. Dia menghamburkan tangisan disitu.

Kejadian tadi, di mana dia dan Anna bergaduh kecil kembali terngiang-ngiang di benak fikirannya.

"Kau terlalu cengeng Yoongi, tolonglah ketalkan hati kau tu. Kau harus kuat dengan semua ni, kau boleh." bisik Yoongi pada dirinya sendiri. Berusaha menenangkan hati dengan kata-kata semangat.

Sisa air mata yang menempel dipipinya, dia kesat perlahan.

Yoongi bingkas berdiri, dia mengerling gambar perkahwinan mereka berdua yang tergantung indah di dinding biliknya.

Dia mendekati gambar tersebut. Dengan perlahan dia mengusap gambar perkahwinan mereka. Matanya dipakukan pada wajah Anna yang tersenyum bahagia disebelahnya, senyuman seakan dibuat-buat.

Yoongi tersenyum penuh dengan kedukaan. Setitik air mata jatuh kepipi.

"Tak sangka pula hidup aku akan berubah macam ni." kepala ditundukkan ke bawah, merenung lantai bilik dengan pandangan kosong.

"Kau berjaya buat hidup aku dan hati aku kacau balau. Kau memang hebat."

******
Tbc. Pendek? Sorry tau. Idea kelautan betul. 😅😅 hope you guys like it. Support me pliss !🤗

Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang