Part 9

419 36 1
                                    

YOONGI memerhatikan gerak-geri Anna yang menapak ke arahnya. Wajah gadis itu, terhias dengan senyuman manis yang membawa makna tersirat di dalamnya.

Anna dengan selamba, melabuhkan punggungnya di atas riba Yoongi yang sedang duduk di sofa. Yoongi terkesima dengan tindakan berani isterinya itu, akan tetapi dia hanya diam. Dia ingin melihat apa tindakan selanjutnya yang akan Anna perbuatkan padanya nanti.

"Hai sayang.." panggil Anna manja. Pipi suaminya dibelai lembut dan penuh ghairah.

"Apa kau nak?" Yoongi terus bertanya tanpa basa basi. Malas rasanya melayan kerenah gila-gila isterinya itu. Dia lelah dan penat. Penat jiwa dan mental.

Senyuman Anna makin melebar.

"Tak ada apa. Cuma besok malam, my parents ajak kita makan malam bersama. So, kau nak join?" katanya. Tangannya masih setia bermain dengan wajah Yoongi.

Wajah Yoongi berkerut, dia hanya diam apabila tangan isterinya merayap di sekujur tubuhnya. Ingin marah, hanya percuma sahaja.

"Aku boleh aje. Kau tu, boleh ke? Iyalah kan, setiap kali my parents or your parents ajak makan malam bersama kau selalu mengelat dan bermacam alasan yang kau guna. So, apa alasan kali ni kau nak guna?" kata Yoongi mendatar berbaur sindiran.

Anna tersenyum herot sejurus berdecit perlahan. Wajah Yoongi dicengkamnya kasar, buatkan ringisan kecil keluar dari mulut Yoongi. Dia memandang wajah isterinya dengan tatapan mata tidak puas hati.

"Hye bitch! Close your mouth, bitch!"

"Kau ke aku yang bitch tu?"

Mata mereka berdua saling merenung antara satu sama lain. Anna mengertap giginya, geram.

"Kau! Tsk! Kali ni aku akan join, acara bodoh tu."

Mulut Yoongi terjuih ke bawah, bahu dijongket malas. Tangan Anna yang masih mencengkam wajahnya itu, dia tepis kasar.

"Whatever."

Wajah Anna berbahang panas, geram dan bengang tambahan lagi dengan wajah Yoongi yang seperti mengejeknya itu.

"Kau di hukum."

Mata Yoongi membulat lebar.

"Apa ka.."

Ayat Yoongi terpotong, oleh bibir isterinya yang mendarat tanpa izin di atas bibirnya. Ciuman tersebut makin lama makin liar.

"Buka mulut kau." arah Anna tegas.

Yoongi merenung Anna dengan raut wajah bingung namun dia hanya diam dan menurut. Mulutnya dibuka sedikit, sesuai dengan permintaan isterinya.

Sekali lagi, Yoongi dibuat terkedu apabila Anna memasukkan lidah ke dalam mulutnya. Dia mendapati ada sensasi aneh. Air liur saling berjuntaian di sudut bibir mereka.

Yoongi dengan segera menjauhkan wajahnya, sebelum perkara itu akan berlanjutan ke arah perkara yang lain. Sebaiknya dia cegah dahulu, sebelum perkara itu terjadi.

"Sudah." pinta Yoongi tegas dan ringkas. Bibirnya dikesat kasar, sekadar untuk menghilangkan kesan air liur.

Anna hanya merengus tidak suka, lantas dia bangkit dari pangkuan Yoongi. Sebelum dia beredar, bibir Yoongi diciumnya buat sekian kalinya.

Rambut diserabaikan kasar, helaan nafas berat terhembus dari kedua belah bibirnya.

"Bila kau nak insaf Anna. Aku rindu kau yang dulu." bisik Yoongi dengan suara yang lirih.

*****
Tbc.

Hoppsan! Denna bild följer inte våra riktliner för innehåll. Försök att ta bort den eller ladda upp en annan bild för att fortsätta.
Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Där berättelser lever. Upptäck nu