Prolog

1.4K 70 20
                                    

YOONGI menjatuhkan lututnya di lantai bilik, dia merenung botol-botol arak yang berselerak di dalam bilik tidur Min Anna, isterinya.

Dia tersenyum herot, helaan nafas terlepas dari mulutnya. Yoongi menulikan pendengarannya, apabila suara aneh yang berasal daripada bilik air itu terdengar jelas di cuping telinganya.

Namun, dia diam sambil memejamkan kelopak matanya. Setitis air jernih jatuh ditubir matanya. Dada kirinya dicengkam erat. Sakit, itulah dia rasa kini.

Sudah setahun lebih usia perkahwinan mereka berdua. Namun, sikap dan sifat isterinya tidak pernah berubah.

Mereka berdua disatukan bukanlah disebabkan orang tua mereka yang satukan, tapi mereka berdua berkahwin atas rasa suka sama suka sehinggalah perhubungan mereka berakhir di jenjang pelamin.

Seminggu selepas perkahwinan mereka, Min Anna isteri kepada Min Yoongi berubah sifat. Daripada seorang gadis yang sopan dan tidak terlalu bersosial.

Kini Min Anna berubah, perubahan yang sangat ketara. Sampai Yoongi sanggup makan hati setiap hari. Min Anna kini sudah berubah kepada seorang gadis yang sangat liar.

Mereka berdua selalu bergaduh dan hampir bercerai. Namun dapat dicegah oleh orang tua mereka berdua.

Yoongi selalu bertanya kepada isterinya.

"Kenapa awak layan saya macam saya ni boneka dalam rumah ni? Awak dah tak cintakan saya lagi ke?"

Anna membalas dengan suara yang amat dingin dan kata-kata yang dia lontarkan dapat menikam dalam perasaan Yoongi.

"Kau memang boneka dalam rumah ni, dan untuk soalan kedua kau tu. Aku dah tak cintakan kau, aku dah bosan dengan diri kau tu."

Yoongi tersenyum sinis apabila mengingati kata-kata isterinya beberapa bulan yang lepas. Kelopak matanya dibuka perlahan. Anak matanya merenung pintu bilik air yang tertutup rapat itu.

Perlahan-lahan Yoongi bingkas berdiri daripada berlutut di lantai bilik.

"Aku sayang kau. Tapi, kau kotor. Kalau aku cegah pun dah tak guna, kau dah tak makan nasihat orang apatah lagi aku." bisik Yoongi perlahan. Lantas dia berlalu keluar dari bilik tersebut dengan perasaan bercampur aduk.

•••••

Keesokan harinya..

PADA pagi itu, Yoongi menghidangkan juadah untuk sarapan pagi.

Dia tersenyum kecil, melihat makanan yang dia masak pada pagi itu. Nasi goreng kimchi dengan telur dadar gulung, ringkas namun menyelerakan.

Kepala Yoongi berpaling ke arah tangga tatkala mendengar suara kaki seseorang yang menuruni anak tangga, dia juga mendengar suara isterinya seperti berbual dengan seseorang.

Senyuman Yoongi luntur dan digantikan dengan wajah datar. Dia merenung tajam ke arah lelaki yang berjalan berdampingan dengan Anna.

Dia tahu, lelaki itu mungkin mangsa isterinya yang keseratus. Isterinya selalu balik malam dengan lelaki yang berlainan setiap hujung minggu.

Yoongi melarikan pandangan matanya ke arah lain apabila isterinya bercumbu dengan lelaki asing itu. Bibir dikemam kemas dengan muka berubah duka. Tubir matanya bergenangan.

"Bye you, nanti kalau ada masa kita jumpa lagi okey?" kata Anna dengan senyuman manis terlakar diwajahnya.

Lelaki yang berada dihadapannya itu turut tersenyum dengan kepala diangguk perlahan.

"Okey sayang. If you perlukan I, just call me okay dear?" balas lelaki itu, Lee Sowoong.

Anna tersenyum mengoda.

"Okay, I will dear."

Sowoong tersengih suka.

"Kalau macam tu, I pergi dulu dear. Anything problem just call me okay? Bye dear."

"Okay bye."

Selepas perginya Sowoong, senyuman yang terlakar diwajah Anna pudar sudah. Wajahnya berubah datar, dia berpaling untuk ke biliknya namun niatnya hancur apabila mendengar suara Yoongi yang memanggilnya.

"Anna." panggil Yoongi dengan lembut. Anna menoleh ke arah Yoongi dengan wajah tanpa ekspresi.

"Apa kau nak?" soal Anna kasar.

Yoongi tersenyum nipis lalu dia membalas.

"Jom makan. Saya ada masak nasi goreng kimchi, bukan ke tu makanan kegemaran awak? Jom sarapan sekali." kata Yoongi masih menggunakan nada suara yang lembut agar isterinya mahu menerima ajakannya itu.

Sudut bibir Anna terangkat sebelah. Dia memeluk tubuh sambil memandang wajah suaminya sinis.

"Kau makanlah sampah-sampah tu semua. Sorry aku tak berminat dengan tawaran kau tu. Aku nak tido, jangan ganggu aku kalau tak nahas kau." ucap Anna sinis berbaur ugutan, lantas dia berlalu pergi begitu sahaja meninggalkan Yoongi yang terkedu.

"Sakit. Asal dia rasa sakit eh?" gumam Yoongi sambil menyentuh dada kirinya.

Yoongi mengerling makanan yang terhidang di atas meja dengan pandangan kosong. Dia ukirkan senyum hambar.

"Kau bukan sampah. Tapi kau adalah tenaga untuk aku, supaya aku dapat melayan kerenah gila-gila isteri aku."

*****
T to the b to the c. Salam guys, disini aku ada bawakan ff LID.

Dalam ff ni mencerita seorang isteri yang amat zalim terhadap suaminya, ff ni versi kedua daripada ff LSD tu. Hope you guys like it. Thanks ☺.

Min Yoongi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Min Yoongi

Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Where stories live. Discover now