Part 38

313 31 1
                                    

HELAAN nafas terlepas dari mulut Anna, dia mengerling Yoongi yang sedari tadi hanya diam sahaja sambil bermain dengan Yoonna. Sejak balik daripada hospital, Yoongi hanya diam sambil menyibukkan diri.

"Abang." panggil Anna, namun tiada sebarang respon daripada Yoongi. Lelaki itu sibuk bermain dengan Yoonna, akan tetapi dia tahu yang suaminya itu sedang melamun.

"Abang!" panggil Anna keras sambil menepuk perlahan bahu Yoongi.

Kelopak mata Yoongi terkerdip laju, dia memandang Anna dengan wajah terpinga-pinga.

"Ya? Sayang cakap apa tadi, abang tak dengar." kata Yoongi dengan raut wajah blur.

Kepala Anna tergeleng perlahan dengan respon yang diberi Yoongi. Sah lelaki itu sedang melamun jauh nun ke sana.

"Saya mana ada cakap apa-apa lagi." ujar Anna datar.

Yoongi tersenyum canggung sambil mengaru belakang kepalanya. "Oh yakah? Habistu kenapa sayang panggil abang?"

Sekali lagi, Anna hela nafas panjang. Dia menggeleng kepala dalam senyuman kecil.

"Nothing. Hmm, abang okey?" soal Anna.

"Okey saja kenapa?" soalan berbalas soalan.

"Tak adalah. Saya tengok abang dari balik hospital hanya diam dan melamun. Kenapa? Ada yang mengganggu fikiran abang ke?"

Yoongi diam sambil merenung isterinya lama. Wajah Anna berubah merah bila di tenung sebegitu rupa oleh Yoongi.

"Kenapa abang pandang saya macam tu?" Anna menyoal lagi.

Kepala Yoongi tergeleng-geleng kecil, dia tersenyum.

"Nothing. Sayang tidurlah dulu, Yoonna biar abang yang jaga. Sayang mesti penatkan? So, tidurlah. Abang nak bawa Yoonna ke bawah, mungkin dia nak main dengan atok dan nenek dia. Sayang rehat tau? Kalau sayang nak apa-apa just call me okay dear?"

Usai berkata begitu, Yoongi keluar bilik sambil mengendong anak perempuannya yang baru berusia tiga hari.

Anna hanya memandang Yoongi dalam diam, dia tahu mesti lelaki itu ada sembunyikan sesuatu daripadanya. Namun dia hanya diam.

"Ya Tuhan, kenapa takdir kami macam ni. Aku.. aku tak kuat. Aku takut tidak dapat tengok wajah mereka lagi."

•••••

WAJAH ibunya dia pandang dengan senyuman nipis, kening Puan Min terjongket sebelah bila melihat wajah anak lelakinya yang seperti mahu menyampaikan sesuatu padanya. Wajah Yoongi juga terlihat berserabut dan muram. Apa yang dia fikirkan?

"Yoongi, kenapa? Omma tau kamu ada benda nak bagitau pada omma kan? Cakaplah." kata Puan Min sambil tangannya sibuk mengacau sup ayam yang berada di atas dapur.

"Tak ada apa. Cuma.."

"Cuma?" tanpa menoleh pada Yoongi, Puan Min bertanya.

"Tak ada apa lah. Saya cuma nak cakap yang saya sayang omma sangat-sangat. Omma adalah ratu di hati saya. Terima kasih sebab dah jaga Yoongi dari kecil hingga sekarang. Tolong halalkan makan minum Yoongi selama ini dan tolong maafkan Yoongi jika ada terkasar bahasa dan ingkar cakap omma."

Yoongi memeluk tubuh tua ibunya daripada belakang. Pipi ibunya dikucup lama lalu dia membenamkan wajahnya di bahu Puan Min.

Setitis air mata seorang ibu mengalir di pipi. Dia tersentuh dengan apa yang dia dengar barusan. Dia mematikan dapur gas, lantas dia berbalik. Tubuh tegap anaknya dipeluk dan wajah Yoongi dicium sayang.

"Omma selalu maafkan kamu sayang. Omma sayang kamu sangat, kerana kamu adalah permata hati omma. Selalu."

Yoongi tersenyum dalam sedihnya.

"Terima kasih omma. Sayang omma."

******
Tbc.

Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Where stories live. Discover now