Part 40

344 33 1
                                    

MATA redup Yoongi merenung tanah kubur mendiang isterinya. Dia pejam mata sambil menghela nafas panjang. Kelopak matanya kembali dibuka bila bahunya di tepuk seseorang.

Yoongi tersenyum nipis apabila mendapati Taehyung sedang memandangnya dengan wajah risau.

"Hyung okey?" soal Taehyung risau.

"Okey." jawab Yoongi sepatah.

"Yang lain mana?" kini Yoongi pula menyoal bila mendapati hanya dia dan Taehyung sahaja yang berada di tanah perkuburan.

Taehyung tersenyum. "Mereka tunggu hyung kat luar kubur. Hyung tak nak balik lagi? Hari dah nak senja ni."

Yoongi hela nafas. Anak matanya masih setia menatap kubur isterinya. Tidak terasa setitik air mata jatuh kepipi, Yoongi dengan segera mengesat pipinya. Perbuatan Yoongi barusan tidak luput di pemandangan mata Taehyung, dia tahu Yoongi masih belum kuat untuk menerima kenyataan pahit yang dia terima.

"Hyung, boleh aku tau mendiang akak Anna sakit apa sebenarnya?" berhati-hati Taehyung menutur kata.

Yoongi mengerling Taehyung sekilas lalu pandangan matanya jatuh pada tanah kubur kembali.

"Dia.. dia sakit kanser payudara dan buah pinggang." jawab Yoongi perlahan.

"Oh." hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Taehyung. Dia tidak tahu hendak berkata apa, jadi diam lebih baik.

"Hyung kena terima semua ini dengan ikhlas, ikhlaskan dia pergi. Jika hyung masih bersedih dan meratapi kepergian mendiang isteri hyung, dia akan turut bersedih tau. So, hyung kena kuatkan semangat untuk teruskan hidup.

Yang dah pergi biarkan ia pergi, yang masih hidup perlu teruskan kehidupannya. Kehidupan hyung masih panjang. Hyung ada Yoonna, anak hyung dia masih perlu kasih sayang dari hyung. Dia hanya ada hyung seorang saja. Please, teruskan hidup hyung demi Min Yoonna."

Bait-bait kata Taehyung diserap masuk ke dalam otaknya. Bila difikirkan balik, apakah dia boleh menjaga anaknya seumur hayatnya? Jika sebentar lagi dia juga turut pergi ke alam yang sama dengan mendiang isterinya?

Jika boleh dia tidak mahu pergi meninggalkan anaknya, tapi apa yang mampu dia buat? Jika itu sudah suratan takdir, dia tidak boleh menentang.

"Hyung!" panggil Taehyung dengan nada keras, sejurus menepuk bahu Yoongi agar lelaki itu sedar daripada melamun.

Yoongi memandang Taehyung terpinga-pinga.

"Kenapa?" soal Yoongi blur. Taehyung hela nafas panjang.

"Langit dah gelap, sepertinya kejap lagi nak hujan. Lebih baik kita balik." kata Taehyung sambil memandang ke arah langit yang tampak mendung dan gelap. Guruh turut kedengaran.

Yoongi turut memandang ke arah langit. Seperti kata Taehyung, hujan mula turun membasahi bumi.

"Jom hyung, dah hujan ni."

"Hmm. Kejap." batu nisan yang terukir nama mendiang isterinya, Yoongi cium lama. Dalam hati dia berdoa.

Selamat tinggal sayang, semoga roh sayang berada di tempat orang yang baik-baik. Kalau ada masa abang datang jenguk sayang. Bye Anna. Bisik hati Yoongi. Dia tersenyum kecil.

"Jom."

Yoongi dan Taehyung beredar dari tanah perkuburan. Akan tetapi, langkah kaki Yoongi mula perlahan dan memberat. Kakinya seperti tidak kuat untuk melangkah.

"Yoongi hyung cepatlah!"

Belum sempat Yoongi mahu bersuara dia sudah rebah ke atas tanah dan semua menjadi gelap serta merta yang dia dengar sebelum dia pengsan adalah suara panik Taehyung.

*****
Tbc.

Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang