Part 20

366 33 1
                                    

WAJAH Anna berbahang panas, selepas mendengar kata-kata Hoseok sebentar tadi. Matanya menyerlung marah pada lelaki yang berada dihadapannya.

"Apa maksud you huh? You nak kita hentikan permainan ni? Kakak you tau ke? Apa yang menyebabkan you nak hentikan semua ni? You tau tak kita dah nak sampai ke penghujung permainan yang you dan kakak you cipta? Asal nak berhenti macam tu aje?"

Anna menyoal dengan nada suara yang tidak berpuas hati. Hoseok mengeluh.

"I akan jawab satu-persatu soalan daripada you, so dengarkan baik-baik sebab I tak akan ulang semula."

Anna mendengus sejurus memberi isyarat pada Hoseok untuk melanjutkan kata-katanya.

"Sebab utama I nak berhenti daripada teruskan permainan ni, kerana permainan ni memang tak seharusnya dijalankan. Sebab apa? Sebab target yang kakak I mahu tu, tidak bersalah sama sekali. Yoongi tak salah dalam hal ni, tapi kakak I yang salah.

Macam yang I cakap kat you tadi, I dah jumpa Yoongi petang tadi. Dia dah beritahu semuanya pada I. Haenmul, dia gunakan kita untuk hancurkan kehidupan Yoongi sebab tak berpuas hati pasal malam kejadiaan itu. Sebab tulah I nak berhenti, I dah tak sanggup lagi jalani dendam kakak I yang tak ada habisnya."

Anna diam tidak berkutik, dia memandang Hoseok dengan wajah tidak percaya.

"Habistu, you nak kita berhenti disini? Kakak you macam mana?" soal Anna dengan suara mendatar.

Hoseok tersenyum paksa.

"Pasal kakak I, you tak payah risau. Haenmul biar I yang handle."

"Okey. Kalau macam tu yang you mahukan, balik nanti I akan minta cerai dengan Yoongi. Sebab I kahwin dengan dia pun disebabkan oleh kakak you yang suruh. So, tugas I dah selesai lah kan? Sebab hidup dia dah hancur."

Anna tersenyum lebar, namun tidak bertahan lama apabila melihat wajah gelisah dan kelat Hoseok ditambah lagi dengan kata-kata yang lelaki itu lontarkan.

"You tak boleh bercerai dengan Yoongi. You tetap akan jadi isteri dia buat selamanya, tak ada kata cerai diantara korang berdua." kata Hoseok tegas, tiada bibit-bibit yang dia hanya bergurau dengan apa yang dia ucapkan.

Anna menolak meja kasar, dia memandang Hoseok tajam.

"Apa maksud you? You dah lupa apa yang you janjikan pada I dulu sebelum I kahwin dengan jantan tu?" bentak Anna geram.

Helaan nafas terlepas dari mulut Hoseok. Dia merenung anak mata Anna dengan tatapan mata yang lembut.

"Ya. I ingat lagi janji yang I lafazkan pada you, tapi itu dulu. Sekarang dah berubah, termasuk hati dan perasaan you kan?" Hoseok tersenyum kecil apabila melihat wajah terkejut Anna.

"A..apa?"

"I tau yang hati you bukan pada I lagi, tapi hati you sudah sepenuhnya jatuh pada Yoongi. I tau pun, sebab cara layanan you pada I dah tak semesra seperti dulu. You nampak kaku dan tak manja seperti dulu bila you ada dengan I. Tapi I tak marah, you jangan risau. Yoongi memang patut dapat semua tu, dia dah cukup menderita sebab kita semua.

So, disini I mahu undur diri dari kehidupan you dan Yoongi. I lepaskan you pada Yoongi, I tak berhak pegang you buat selamanya kalau you bukan jodoh I. Yoongi yang berhak pegang you dan jaga you. Dia hak yang sah terhadap you. I mahu kita akhiri hubungan ini."

Mata Hoseok memerah apabila melafazkan kata-kata itu. Dia hela nafas, lalu kembali melanjutkan bicaranya.

"So, Min Anna pergilah pada Yoongi dan temuilah kebahagiaan you serta baby yang you kandungkan itu memerlukan seorang ayah yang amat menyayanginya. Min Yoongi adalah orang yang tepat untuk you bergantung harap dan bersandar jika you dilanda rasa sedih mahupun lelah. Pergilah pada dia Anna, terimalah dia dengan seadanya.

Akhir kata, I nak you berbahagia dengan orang yang you cinta. Selepas ini I dah tak ada untuk you berkeluh kesah, sebab I dan Haenmul akan pergi dari sini. Maybe kita tak akan bertemu lagi. If I dan kakak I masih ada kat sini, I tak tau apa lagi yang akan kakak I buat kat Yoongi."

Hoseok mengelat pipi Anna yang sudah basah dengan air mata. Dia tersenyum.

"I tak nak pisang berbuah dua kali. I tak nak Yoongi semakin menderita disebabkan kita lagi, cukuplah selama ini kita hancurkan life dia. So Min Anna listen to me, carilah kebahagiaan you yang sebenarnya. Kebahagiaan you ada pada Yoongi. Manfaatkan masa you pada dia, ketika dia masih ada ni. Don't leave him cause her, your euphoria."

****
Tbc. Sorry if chapt ni kurang memuaskan hati korang. Btw enjoy it.

Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Where stories live. Discover now