Part 14

388 32 1
                                    

YOONGI terduduk di birai katil sambil menunduk memandang lantai bilik. Fikirannya main peranan dengan mengulangi perbualan di antara dia dan Taehyung pada petang tadi.

Kedua tangannya terkepal kemas, nafas panjang dihembus kasar.

"Kau memang dah terlalu jauh bermain di jalan yang salah, Min Anna. Macam mana aku boleh tak tau yang dia ada simpan benda haram tu." bisik Yoongi pada dirinya sendiri.

Perkataan Taehyung pada petang tadi, terngiang-ngiang di cuping telinganya. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengar daripada Taehyung petang tadi. Sukar untuk percaya, namun itulah kenyataannya.

"Aku harap kau kuat selepas dengar apa yang akan aku katakan ni, hyung."

Dahi Yoongi berkerut, rasa ingin tahunya makin membara.

"Okey. Apa benda yang kau nak kasi tau aku?" Yoongi menyoal dengan tidak sabarnya.

"Ini tentang isteri hyung."

"Huh? Asal dengan isteri aku?" tanya Yoongi hairan, merenung Taehyung dengan wajah panasaran.

Taehyung menghela nafas sejenak.

"Macam ni, beberapa hari yang lalu. Maybe dalam sekitar dua atau tiga hari yang lalu, aku ada terserempak dengan isteri hyung dan dia ada bersama dengan sorang laki ni kat sebuah taman. Aku tengok diorang berdua macam rapat sangat, siap peluk cium lagi."

Rahang Yoongi sedikit mengeras apabila mendengar ayat terakhir daripada Taehyung itu.

"Jadi time tu, aku pun dengan sukarela jadi spy untuk skodeng mereka berdua. Hyung tau apa yang aku dengar dari mereka berdua?" kata Taehyung pada Yoongi dengan wajah serius.

"Apa?" jawab Yoongi ringkas.

"Aku ada dengar diorang ada sebut pasal dendam dan dare. Aku ada dengar juga, yang akak Anna ada kata yang dia tak sabar nak akhiri dare yang mereka buat tu sejak sekian lamanya.

Dan juga lelaki yang ada bersama isteri hyung tu, ada kata yang dia pun tak sabar nak mulakan misi dendam dia kat hyung. Apa hyung kenal dengan lelaki yang rapat dengan isteri hyung tu? Sepertinya mereka berdua ada benda yang nak dirancang untuk hyung. Apa maksud mereka hyung?"

Taehyung memandang ke arah Yoongi, dia perasan yang wajah lelaki itu tampak bengis dan kelam selepas mendengar ceritanya barusan.

"Dan satu lagi hyung, tadi semasa aku nak gerak datang sini. Aku terserempak dengan mereka berdua di lorong lama, dan apa yang buat aku tak sangka. Aku tengok yang akak Anna ambil.."

Lamunan Yoongi melambung pergi apabila mendengar pintu biliknya dibuka dengan kasar. Dia memandang ke arah Anna yang sudah mengambil langkah menuju ke arahnya.

Kepala Yoongi terdongak, merenung tajam ke arah Anna yang berdiri di hadapannya.

"Apa kau nak?"

Anna tersenyum sumbing sambil memeluk tubuh. Dia pandang wajah suaminya dalam-dalam, tanpa sedar hatinya memuji akan wajah Yoongi yang kacak itu. Kenapa dia baru sedar yang suaminya memiliki wajah yang amat sempurna itu.

Yoongi merengus halus, dia perasan akan tatapan mata Anna yang seakan memujanya. Namun, dia acuhkan sahaja.

"Kalau kau datang sini, sebab nak tengok muka aku lebih baik kau bla aje. Aku nak mandi pula ni."

Anna berdeham apabila tertangkap basah oleh Yoongi, kerana merenung wajah lelaki itu dengan begitu lama sekali.

"Hmm. Aku tak jadi nak kasi tau kau. Lain kalilah, aku bla dulu!" ujar Anna dengan suara yang kedengaran gugup, lantas dia beredar keluar dari bilik Yoongi dengan langkah laju.

Yoongi hanya memandang kepergian Anna dengan tatapan mata yang sukar ditafsir. Dia juga perasan dengan gelagat aneh perempuan itu tadi. Namun, dia abaikan sahaja.

"Aku kena buktikan apa yang Taehyung kata petang tadi tu betul ke tidak. Aku pasti cari tau dan bongkarkan semuanya."

Saat Yoongi mahu melangkah masuk ke dalam bilik air, dia terhenti apabila satu bayangan wajah seseorang muncul dibenak fikirannya.

"Aku rasa, aku tau."

*****
Tbc.

Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Where stories live. Discover now