Part 8

457 35 5
                                    

TAEHYUNG hanya mampu memandang Yoongi yang berada di hadapannya. Lelaki itu hanya menyisip segelas air oren sambil termenung panjang. Makanan yang terhidang di hadapannya sedikit pun tidak dia sentuh. Taehyung mengeluh.

"Hyung." panggil Taehyung, namun tidak diguris oleh Yoongi yang masih didunianya sendiri.

"Min Yoongi!"

Yoongi tersentak apabila namanya dipanggil oleh Taehyung dengan lantangnya. Dia menolehkan kepala daripada merenung diluar jendela kafe, wajah cemberut Taehyung dipandang dengan kening dijongket hairan.

"Apa? Asal kau panggil aku macam nak tercabut anak tengkuk tu?" kata Yoongi mendatar. Air orennya dikacau dengan straw.

Taehyung menjeling, rengusan keluar dari mulutnya.

"Hyung tu, orang panggil tak dengar. Hyung menungkan apa? Jauh betul menungnya. Tu makanan hyung, tak terjamah lagi tu. Sejuk tak sedap pula." bebel Taehyung kepada Yoongi.

Yoongi tersengih kecil.

"Sorry." hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Yoongi. Taehyung menganggukkan kepala seadanya.

"Hyung, kalau apa pun yang terjadi. Hadapilah ia dengan sabar dan tabah. Sentiasa berdoa agar semua ujian yang Tuhan bagi pada hyung, dapat hyung lalui dengan baik.

Setiap ujian dan rintangan yang Tuhan bagi pada kita, kerana Dia amat menyayangi hambaNya. Dia mahu tengok, apakah hambaNya kuat dalam menghadapi setiap ujian daripadaNya."

Taehyung tersenyum manis pada Yoongi.

"Setiap ujian mesti ada hikmahnya, aku harap hyung tabah menghadapi semua masalah yang sedang membelenggu hyung itu. Setiap masalah, mesti ada cara penyelesaiannya. Aku selalu doakan kebahagiaan hyung, kerana aku sangat sayang dekat hyung."

Entah mengapa, selepas mendengar kata-kata nasihat daripada Taehyung yang amat menyentuh hati itu buatkan air matanya jatuh tanpa dia pinta.

"Aku tau beban yang aku pikul sekarang ni amatlah berat, sampai rasanya nak mati. Tapi, aku akan cuba untuk berdiri teguh dengan kedua kaki aku demi menghadapi semua ujian ini. Selagi nyawa dikandung badan, aku tak akan putus asa."

Ya. Selagi tubuh ni masih bernyawa. Sambung Yoongi didalam hati.

Senyuman kecil tersungging dibibir Yoongi. Helaan lega terlepas dari mulut Taehyung, tatkala melihat senyuman itu.

"Sekarang hyung makan ya? Aku tahu yang hyung pasti kurang makan selama ni, nah sekarang hyung makan banyak-banyak. Hari ni biar aku yang belanja okey!" kata Taehyung dengan semangat.

"Ya. Thanks friend."

"You're welcome my friend!"

Yoongi tersenyum sahaja melihat telatah kawannya yang seorang itu. Kejap matang dan kejap kekanakan.

Yoongi yang baru sahaja mahu menyuap sesudu nasi kerabu ke dalam mulutnya terus terbantut, apabila anak matanya tidak sengaja terpandang dua orang yang amat dia kenali.

"Hyung, kau okey?" Taehyung bertanya, dahinya berkerut apabila melihat raut wajah Yoongi yang mula berubah.

Yoongi menoleh ke arah Taehyung sekilas, lalu dia letakkan sudu ke dalam pinggan. Selera makannya tiba-tiba sahaja hilang.

"Hyung?"

Yoongi endahkan panggilan Taehyung tersebut. Matanya masih dipakukan pada dua orang yang menarik perhatiannya. Orang itu adalah isterinya dan lelaki di hadapan Anna pula ialah orang yang amat dia kenal di masa remajanya. Musuhnya.

"Jung Hoseok." mata Yoongi membulat lebar apabila mendapati isterinya bercumbu dengan Hoseok.

"Hyung, tu bukan ke isteri hyung? Kenapa dia berciuman dengan lelaki lain?"

Kepala Yoongi terkalih pada Taehyung yang turut memandang ke arah tempat yang mencuri perhatiannya sedari tadi. Tidak lama kemudian Taehyung berpaling ke arahnya, mata mereka berdua bertaut sempurna. Tajam anak mata Taehyung merenung Yoongi.

Yoongi telan liur yang terasa pahit tatkala mendapatkan renungan tajam daripada Taehyung.

"Tae.."

"Jadi? Inilah masalah yang melanda rumah tangga hyung? Dia.. Curang?"

Perkataan Taehyung bagaikan menghentam berbatu-batu ke arahnya. Tidak semena-mena, air mata Yoongi jatuh ke pipi. Dia menundukkan kepala, tidak sanggup menentang mata dengan Taehyung.

Keluhan keluar dari mulut Taehyung, tangannya tergenggam kemas.

"Hyung, apalagi yang dia perbuat kat kau hyung?"

Taehyung bersabar menunggu balasan dari Yoongi. Matanya tidak dialihkan daripada memandang Yoongi yang sedang menangis dalam keadaan menunduk.

"Banyak. Lebih daripada kata 'banyak'. Banyak makan hati dan dijadikan tempat melampiaskan nafsu."

Selepas sahaja Yoongi menjawab pertanyaan daripada Taehyung itu, dia terus angkat punggung dan berlalu pergi meninggalkan Taehyung yang terkesima dengan jawapan yang dia dapat.

****
Tbc.

Wahh. Habang Hoseok jadi watak jahat dalam perhubungan berumah tangga Yoongi dan Anna. Apakah hubungan Hoseok dan Anna? Dan apakah yang membuat Yoongi menganggap Hoseok adalah musuh masa dahulunya? Persoalan itu akan terjawab nanti. 🤗

 🤗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ohya! Cek ada buat ff baru👆, title dia 40 hari mencintaimu dan cast dia habang Jeon Jungkook

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ohya! Cek ada buat ff baru👆, title dia 40 hari mencintaimu dan cast dia habang Jeon Jungkook. If ada yang berminat boleh lah serbu dengan hormatnya. Hehe. Enjoy guys!

Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Where stories live. Discover now