Part 18

413 29 0
                                    

HELAAN nafas terhembus dari mulut Yoongi, hamparan air pantai menjamah ruangan matanya.

Selepas bersemuka dengan Hoseok, dia mengambil keputusan untuk menenangkan diri dan segala segimentalnya di sebuah pantai.

Telefon bimbitnya yang sedari tadi berbunyi, hanya dianggap angin yang lalu sahaja.

Tanpa dipinta air matanya jatuh, mengalir ke pipi.

"Ya Tuhan, kenapa kehidupan aku ni terlalu rumit. Tolonglah permudahkan segala urusan aku ni, Ya Tuhan. Aku mohon." bisik Yoongi lirih.

Pipinya dikesat perlahan. Namun, semakin dikesat semakin banyak pula air matanya mengalir.

"Yoongi!"

Yoongi menoleh ke arah sumber suara tersebut, pipinya dikesat kasar.

"Macam mana kau boleh tau yang.."

"Kenapa kau tak jawab call aku? Kau sengaja kan buat aku risaukan kau?" kata Anna sambil melabuh duduk di sebelah Yoongi.

Mulut Yoongi terkunci rapat, anak matanya dipakukan pada wajah Anna.

"Buat apa kau nak risaukan aku? Aku bukannya orang yang istimewa sangat untuk kau kan? So, tak payah risau kan aku sangat lah." kata Yoongi mendatar, lalu dia membuang muka ke arah pantai.

Air muka Anna berubah setelah mendengarkan itu.

"Yoongi, aku risaukan kau sebab kau tu suami aku okey. Isteri mana tak risau kat suami dia kan?" kata Anna.

Gelak sinis tercetus dibibir Yoongi, selepas mendengar kata-kata itu.

"Kau melawak ke pompuan? Baru sekarang kau nak mengaku yang aku ni suami kau? Selama ni kau anggap aku ni apa? Suami pemuas nafsu?" sinis Yoongi berkata.

Kelu seketika lidah Anna, dia tersenyum nipis. Kata-kata Yoongi barusan memang ada betulnya.

"Ya." jawabnya sepatah. Tangan suaminya dia cuba sentuh, akan tetapi sudah ditepis terlebih dahulu oleh Yoongi.

Yoongi bingkas berdiri, dia mengerling Anna dengan hujung mata.

"Aku balik dulu, kau datang sendiri kan?" tanpa menunggu jawapan daripada Anna, dia mengorak langkah meninggalkan isterinya sendirian disitu.

Anna hanya memandang kepergian Yoongi dengan perasaan kosong. Nafasnya dihembuskan kasar.

"Kau memang murahan Anna." bisiknya perlahan diiringi gelak kecil. Tidak lama kemudian, wajahnya berubah masam.

Anna mengeluarkan telefon bimbitnya, lalu dia mendial nombor seseorang.

"Helo, jumpa aku ditempat biasa."

•••••

BUNYI pintu rumah dibuka dari luar, mengalihkan pandangan Yoongi daripada TV ke arah pintu.

"Jumpa kau jalan balik rumah? Kau tengok jam tu, dah pukul berapa sekarang?"

Yoongi bangun daripada sofa, wajahnya memerah kerana amarah yang cuba ditahan.

Anna mengerling jam didinding.

"Pukul 10.30 malam." jawab Anna selamba.

"Kau pergi mana sampai balik hampir tengah malam ni? Ke tempat haram tu lagi?" kata Yoongi geram.

Anna tersenyum herot, kakinya digorak mendekati Yoongi.

"Bukan urusan kau, suka hati akulah nak pergi mana."

"Kau tu urusan aku. Kau tu mengandung, buatlah cara mengandung. Kalau terjadi apa-apa kat kandungan kau tu macam mana?"

"I don't care, but kau tau dari mana aku mengandung?"

"Itu kau tak perlu tau."

"Okey, tapi kau tak payah risaulah kalau budak dalam perut aku ni terjadi apa-apa."

Rahang Yoongi mengeras apabila mendengar jawapan daripada Anna. Hatinya terasa panas pula.

"Kau memang tak ada perasaan naruni kan? Kalau apa-apa terjadi kat anak aku tu, siap kau nanti aku kerjakan." amarah Yoongi sudah mencapai puncak yang tidak dapat ditahan lagi.

Senyuman sumbing terukir dibibir Anna, wajahnya dibuat-buat takut.

"Wah, takutnya." katanya dengan suara mengejek. Yoongi merengus kasar dengan tangan digenggam kemas.

"Aku warning kau, kalau apa-apa terjadi kat dia aku tak akan maafkan kau. Ingat tu Min Anna." ancam Yoongi tegas, seraya berlalu pergi meninggalkan Anna begitu sahaja.

Bibir bawahnya digigit geram, nafas dibuang kasar.

"I don't care."

******
Tbc.

Lagenda Isteri Durjana (M.Y.G FF) [C]√Where stories live. Discover now