Bab 34

50.8K 945 81
                                    

Esok merupakan hari lahir Rykal, keesokan harinya pula adalah due date Marisa. Marisa berasa teruja tambah nervous tambah takut.

Sekarang ini Marisa berada dekat dapur tengah membuat kek buat suaminya.

Memandangkan Rykal menghalang dia untuk melakukan sebarang pekerjaan dalam rumah ini, jadi Marisa tidak memeberitahu Rykal akiviti dia hari ini yang tengah baking cake.

Setelah banyak kejadian yang berlaku dalam kehidupan mereka Marisa berfikir dia harus memberi kejutan and to do something special for her dearest husband. Rykal dah banyak berkorban untuk dia.

Dia buat kek ini tanpa memberitahu Rykal takut suaminya marah kalau tahu dia masuk dapur buat kerja.

Rykal and his protective side can't be separate. Mak Nab mula-mula tidak membenarkan, tapi bila Marisa yakinkan Mak Nab, Mak Nab akur.

Mak Nab perhatikan setiap gerak-geri Marisa bimbang kalau jadi apa-apa dekat Marisa.

"Risa bukan budak-budak lagi la Mak Nab." gelak Marisa.

"Tapi Risa tengah bawa budak sekarang ni." balas Mak Nab bimbang yang menganggap Marisa seperti anaknya sendiri.

"Jangan risau. Risa pandai jaga diri dan baby dalam perut ni." kata Marisa menyakinkan lagi Mak Nab. Mak Nab hanya tersenyum tipis mendengar.

Kemudian Marisa dan Mak Nab sambung buat kerja membuat kek. Mereka berbual-bual mengenai banyak perkara terutamanya mengenai bayi Marisa yang akan lahir tak lama lagi.

Tidak lama kemudian kek dah pun siap, Marisa menghias kek tersebut dengan penuh ceria dan meletakkan kek tersebut dalam freezer. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

Melihat jam dinding, tahulah Marisa tidak lama lagi Rykal akan pulang.

Marisa cepat-cepat keluar dari dapur dan melangkah terus ke kamarnya untuk menukarkan pakaiannya yang penuh comot di sana sini.

Bila sahaja Marisa melangkah ke ruang tamu, dia melihat Rykal masuk ke dalam rumah sambil berbicara dengan phone di tangannya.

Setelah selesai. Rykal mendekati Marisa lalu mencium bibir isterinya. Marisa membalas hangat setiap kecupan yang dihadiahi suaminya.

"Wanginya bau sayang... em... dah mandi ke ni?" ucap Rykal memandang isterinya.

"Dah la, tengok Risa pakai baju tidur ni."

"Abang baru ingat nak mandi sekali dengan sayang, tak apalah lain kali sayang tunggu abang balik dulu tau baru mandi." kenyitan Rykal dibalas malu-malu isterinya.

"Ish abang ni ada-ada je lah. Dah pergi mandi bushuk ni." Marisa menolak perlahan tubuh Rykal menjauh darinya. Hidungnya dikenyutkan.

Rykal bergerak ingin melangkah ke kamar setelah mengecup dahi Marisa. Tiba-tiba Marisa merasakan sesuatu yang basah di bawah kakinya dia menunduk melihat terkejut.

"Abang." bisik Marisa berdebar jantungnya.

"Ya?" jawab Rykal masih mebelakangi isterinya.

"Air ketuban Risa dah pecah."

Terhenti terus langkah Rykal.

PERLU KAMUWhere stories live. Discover now