Bab 28

53.1K 971 13
                                    

Flashback

"Kenapa tak pakai?"

"That ring kenapa tak pakai? Tak sudi?" soal Rykal lagi berbaur sinis.

"Em, cincin ni." tergagap Marisa menyusun kata.

Apa yang dia nak cakap ni? Kotak cincin ditarik semula dan dimain-main dengan jari runcingnya.

"Kenapa? Nak aku jugak yang sarungkan?" tebak Rykal bila isterinya teragak-agak.

"Eh tak."

Belum sempat Marisa menghabiskan ayat. Rykal mengambil semula kotak cincin itu. Tangan kiri Marisa ditariknya.

Buat seketika mata mereka beradu pandangan. Dalam sekelip mata saja cincin bertahtakan berlian yang cukup cantik dan ringkas itu sudah tersarung di jari manis Marisa.

"Dah. Puas hati? Dah beribu duit aku habis demi nak beli cincin ni. Jangan kau berani-berani nak buka cincin ni." ujar Rykal dengan tegas sebelum melepaskan tangan halus isterinya dan berlalu pergi meninggalkannya seorang diri.

Apa maksud dia jangan berani-berani nak buka cincin ni? Marisa bingung.

Rykal memang tidak mahu menceraikannya ke? Tapi, bukan ke Rykal tidak rela dengan perkahwinan ni? Kenapa perlu nak bagi cincin semahal ini kalau dah tahu mereka akan terpisah juga nanti.

Matanya jatuh pada cincin yang berkilau di jarinya. Elok je cincin ni muat dekat jarinya. Pandai pula Rykal mengagak saiz jarinya.

End flashback



Marisa mengusap cincin di jari manisnya dengan ibu jari. Tersenyum lebar bila mengingatkan kisah dulu, nak tergelak pun ada juga. Nampak sangat yang Rykal sudah mula mencintainya ketika itu. Atau dia sahaja yang perasan lebih.

"Apa yang sayang abang tengah menungkan ni?" Rykal memeluk isterinya dari belakang setelah selesai mandi.

Tangannya mengangkat sedikit baju Marisa lalu dilekapkan tapak tangannya di atas kulit perut gadis itu. Diusap atas bawah. Perut Marisa yang sudah menapakkan benjolan. Dia suka. Bukti cinta mereka.

Marisa menggeliat kegelian bila tangan suaminya berada di pinggangnya. Marisa memalingkan badannya dan memandang Rykal yang hanya bertuala hingga paras lutut.

Marisa gelengkan kepalanya dengan perangai kurang senonoh Rykal yang masih belum mengenakan sebarang pakaian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Marisa gelengkan kepalanya dengan perangai kurang senonoh Rykal yang masih belum mengenakan sebarang pakaian.

"Kenapa abang tak pakai baju?" soal Marisa semula dan mengukirkan senyuman manis. Rykal turut sama tersenyum dan merapatkan badannya pada Marisa.

Marisa dah mula berkerut dengan aksi Rykal yang mengada sangat tu.

"Abang tak nak pakai baju." Rykal menjawab dengan selamba.

PERLU KAMUWhere stories live. Discover now