Bab 5

68.3K 1.8K 37
                                    

Rykal menatap resah jam di dinding yang berada di hadapanya, waktu bergerak begitu cepat dan kini sudah hampir lewat malam.

Tapi, batang hidung gadis itu yang selama tiga bulan ini memenuhi ruang emosinya masih tidak muncul-muncul. Kebenciannya kepada Marisa masih wujud tapi tidak sepenuhnya.

Risaukah dia terhadap Marisa?

'Ahhh'

Wake up Rykal, kau ni dah kenapa. Kau peduli apa dengan gadis itu. bukan ke selama ini kau dera dia dan anggap dia macam tak pernah wujud dalam apartment ni.

"Ah lantak la... sakit kepala aku." Rykal menjambak rambutnya kasar.

Pergelutan hati dan egonya seperti sedang bergabung menjadi satu. Penjelasan Mak cik yang menolongnya dalam kejadian kemalangan beberapa tahun lalu selalu bermain-main dalam fikirannya.

Rykal mematikan lampu kamarnya dan mula menenggelamkan dirinya dalam hangatnya selimut tebal.

Namun setiap kali dia cuba untuk memejamkan matanya setiap kali itu juga bayangan Marisa yang tersungkur di lantai, tidur beralaskan lantai dan muka pucatnya selalu berputar dan bermain di fikiran seperti filem-filem hitam lama.

"Ah... kau ni sebenarnya dah kenapa Rykal." gerutu Rykal lebih kepada dirinya sendiri.

Rykal kembali merebahkan tubuhnya dan memejamkan matanya namun sekali lagi kegelisahan itu muncul mengingat ini sudah tengah malam bahkan menjelang pagi namun tanda-tanda gadis itu pulang belum juga kelihatan.

Rykal khirnya mengeluh perlahan, dia turun dari atas katilnya dan berjalan keluar.

Entah mengapa dia terdorong untuk menuju ke ruang makan.

Menggeser satu kerusi dan menatap dalam diam tempat di mana terakhir kali dia melihat Marisa merebahkan tubuhnya untuk melepas lelah selepas pulang bekerja.

Rykal meraba lantai sejuk itu dengan telapak tanganya, rasanya teramatlah sejuk dan sememangnya sungguh sejuk serta dingin.

"Dia betul-betul tidur atas lantai sejuk ni ke."

Hatinya terasa sakit dan pilu entah kenapa, Rykal mencuba merebahkan tubuhnya di atas lantai itu, dengan berhati-hati Rykal menggeser sebuah beg yang telah berada di situ untuk di gunakan sebagai bantal di bawah kepalanya.

Rykal memejamkan matanya sejenak, ini memang tidak masuk akal, dia seperti merasa sebuah kepedihan yang teramat dalam. Tubuhnya terasa sangat sejuk dan menggigil hingga bulu romanya berdiri.

Keadaan di mana Matisa tidur beralaskan lantai dapat dirasakan sendiri ketika ini.

Marisa tidak pernah membuat apapun kesalahan pada dirinya, tiada satu pun. Tapi dia menghukum Marisa separah ini.

Rykal membuka matanya dan terasa lehernya sakit kerana tidak selesa berbantalkan beg. Dia mengangkat kepalanya lalu membuka beg sandang itu yang sudah dia sedia maklum milik Marisa.

Tidak ada satu pun barang yang berjenama dalam beg itu, hanya beberapa helai baju.

Tidak lama kemudian dia menemukan beg kecil yang berzip, dia membuka dan hanya ada beberapa alat kosmetik dan pencuci muka.

Rykal mengulurkan tangannya dalam dan menemukan beberapa ubat yang telah dibuka.

Ubat pereda sakit dan panadol.

Perasaan dia ketika ini kesal dan marah dengan kelakuannya terhadap Marisa.

Kejamnya aku.

Tapi hati dia tidak boleh terima bahawa bukan Laila menyelamatkannya tapi Marisa. Dia sayangkan kekasih hatinya tapi Marisa istrinya yang sah. Hatinya berbolak-balik sekarang ini.

PERLU KAMUWhere stories live. Discover now