Bab 13

77.1K 1.6K 44
                                    

Setelah kejadian Rykal memutuskan hubungan dengan Laila, dia sudah sedikit dapat melupakan Laila kerana sejak hari itu Laila tidak pernah muncul lagi di hadapan Rykal.

Entahlah, sudah dua bulan Rykal tidak tahu menahu berita gadis itu. Yang dia tahu Laila tetap melakukan aktiviti di dunia permodelan dan periklanannya namun tidak lagi muncul di hadapan Rykal.

Sikap Rykal terhadap Marisa semakin lembut.

Rykal berjanji pada dirinya sendiri untuk memperlakukan Marisa selayaknya seorang isteri.

Rykal bahkan kini tidur sekatil dengan Marisa but not making love hanya tidur sekatil sahaja dan dia tidak lagi bersikap kasar pada Marisa.

Walaupun dia belum dapat mewar-warkan pernikahanya dengan Marisa di khalayak ramai namun setidaknya sikap dia terhadap Marisa kini dapat membuat gadis itu merasa bahwa dia menerima kehadiran Marisa dalam hidupnya.

Gadis.

Masih gadiskah dia?

Dia merasa bersalah terhadap Marisa sejak dia merampas mahkota milik isterinya secara paksa ketika itu.

Rykal sebenarnya bingung dengan perasaannya sama ada Marisa ataupun Laila yang menipu dirinya.

Ternyata Laila lah menipu dia selama ini.

Setelah bermadu kasih dengan Marisa malam di mana dia bengang dengan sikap Laila ketika itu, dia dapat lihat parut di betis kaki kanan Marisa mengikut penjelasan Mak cik yang menolongnya ketika kemalangan dua tahun lepas.

Dia berasa berdosa terhadap isterinya. Dia ingin memperbaiki semuanya semula.

"Risa dah siapkan sarapan untuk abang."

"Terima kasih."

Ya, panggilan itu dia yang suruh Marisa guna dan insha allah untuk selama-lamanya.

Rykal menghampiri Marisa yang kini masih sibuk mengemas di dapur, Rykal memeluk Marisa dari belakang.

Tubuh Marisa menegang ketika Rykal memeluknya, sudah dua bulan Rykal berubah menjadi lebih baik dan menerima kehadirannya. Marisa lega kerana Rykal tak pernah membahas tentang perjanjian pernikahan mereka.

Marisa mendengar kabar bahawa Rykal memutuskan hubungan dengan kakaknya itu namun tidak ada siapa yang tahu alasan kenapa Rykal tiba-tiba memutuskan hubungan mereka.

"Muka Risa nampak pucat dari semalam lagi. Risa tak sihat ke ni?" tanya Rykal risau.

"Entahlah kepala Risa pening sikit. Risa dah makan ubat kejap lagi okey la."

"Tak payah masuk kerja hari ini, berehat dekat rumah." Rykal membalik tubuh Marisa hingga berhadapan dengannya.

Marisa masih bekerja di pejabatnya sudah ditegah untuk berhenti tapi Marisa tetap berdegil. Nasib baik juga Marisa mengikut arahan berhenti bekerja di mini market hari tu.

Rykal menangkup wajah Marisa lembut, Rykal mencium bibir Marisa sekilas dan kembali memeluk Marisa dengan hangat.

Inilah kegiatan yang sering dilakukan Rykal untuk Marisa setiap pagi. Walaupun mereka sudah berbaik Marisa tetap malu dengan sentuhan Rykal tiap kali dicium Rykal maka tiap kali itu jugaklah jantung dia berdebar.

PERLU KAMUWhere stories live. Discover now