Bab 25

52.5K 1K 14
                                    

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Rykal pada Laila ketika dia baru sahaja lepas habis meeting.

"I sahaja nak jumpa you, tak boleh ke." jawab Laila dengan wajah tenang.

"Aku tak nak jumpa kau. Kau boleh balik sekarang." usir Rykal. Ketika ini mereka berdua berada di bilik Rykal.

"You halau i?" tanya Laila tidak percaya. Panggilan Rykal terhadap dirinya pun sudah berubah kasar.

"Kalau boleh aku nak humban kau keluar dari atas bangunan ni." ucap Rykal tanpa melihat Laila.

"You betul-betul dah bencikan I ke Rykal?" Laila rasa tak percaya Rykal membencinya.

Laila sedikit yakin walaupun Rykal bersikap dingin terhadapnya namun lelaki itu pasti masih mencintainya. Dua tahun kut dia dan Rykal bersama tak akan semudah itu Rykal dapat lupakan dirinya.

"Patut ke aku maki kau dulu baru kau percaya yang aku bencikan kau." Rykal cuba menjaga mimik mukanya, sebenarnya dia malas nak bertengkar dengan Laila. Buang masa.

Kalau bukan disebabkan idea Laila mungkin dia tak akan jumpa Risa. Ya, mungkin.

"You cintakan Risa." tanya Laila.

Rykal hanya diam. Dia rasa dia tak perlu menjawab soalan Laila.

Adakah dia mencintai Marisa? Cinta? Bila? Dia pun tidak tahu bila rasa ini wujud. Sedangkan dia tahu semasa dia menjalinkan kasih dengan Laila dulu, dia juga cintakan Laila tapi dengan Marisa bukan setakat cinta tapu lebih. Dia memerlukan Marisa di sisinya. Dalam hidupnya.

"You tak jawab soalan i lagi." tanya Laila semakin menggesa.

"I tahu, rasa yang you berikan pada Marisa hanyalah rasa bersalah, betul kan?"

Rasa bersalah? Rykal cuba memikirkan kata-kata Laila. Dia cuba membandingkan antara rasa sayang terhadap Laila dan Marisa.

"Apa yang i cakap kan tadi betul kan." Laila tersenyum penuh kemenangan ketika melihat Rykal sibuk dengan fikirannya.

"Rykal, i rasa semua belum terlambat untuk kita memperbaiki semuannya, i yakin you masih cintakan i. Kita bina hidup baru." Laila tiba-tiba memeluk Rykal dan seketika tubuh Rykal menegang.

'Benarkah dirinya masih mencintai Laila' fikirannya masih bercelaru untuk menuntut kepastian

"Rykal i'm sorry." Laila semakin mengeratkan pelukannya.

"I rasa menyesal samgat sebab dah tipu you, I janji akan bahagiakan you. I still love you Rykal."

Tangan Rykal naik seperti ingin memeluk Laila. Rykal memegang bahu Laila.

Tanpa mereka sedari kini ada sepasang mata yang sudah memerah menahan tangis di sebalik celah kecil pintu ruangan bilik itu.

Marisa sebenarnya berniat untuk makan bersama dengan Rykal dengan bekalan yang dibawanya untuk waktu lunch kejap lagi.

Tapi dia kaku apabila melihat pemandangan di hadapannya saat ni. Rykal dan Laila berpelukan. Hatinya kini terasa amat sakit melihat pemandangan di hadapannya. Inikah kejutan yang dikatakan Laila?

Pertanyaan bahawa adakah Rykal mencintainya semuanya sudah terjawab semua. Rykal memang tidak boleh melupakan cinta pertamanya. Rykal tidak boleh melupakan Laila.

Hati dia terasa sakit.

Marisa tidak sanggup melihat adegan yang ada dihadapannya lagi, dirinya bergegas meninggalkan ruangann itu dengan langkah seakan dirinya tidak mempunyai nyawa.

Marisa menepuk dadanya berulang kali ketika di dalam lift menuju tingkat bawah.

"Ya Allah kenapa rasanya sakit, kenapa semua terasa menyakitkan." Marisa tidak sanggup menahan tangisannya lagi.

Suara tangisannya pecah seketika, suara tangisan Marisa terdengar semakin memilukan. Mujur saat ini dia menggunakan lift peribadi milik Rykal, tiada siapa yang melihat dia menangis.

'ting'

Tiba-tiba pintu lift terbuka, namun Marisa tidak berniat untuk menghentikan tangisannya.

"Eh, Risa kenapa ni?" tanya Rafiq.

"Risa." Rafiq masuk dan segera menutup pintu lift, dia tak ingin menarik perhatian orang lain saat mendengar suara tangisan Marisa.

***

"Anggaplah ini sebagai pelukan perpisahan dan tanda terima kasih sebab temukan aku dengan Risa." ujar Rykal menolak kasar tubuh itu menjauh darinya.

Laila terkejut mendengar perkataan Rykal sebentar tadi.

"Jadi you pilih Marisa? You tak cintakan dia, kenapa you pilih perempuan tu?" tanya Laila tidak percaya.

"Kau betul-betul yakin ke aku tak cintakan Marisa?" Laila membeku mendengar pertanyaan maut Rykal bagi dirinya.

"Dan aku nak ucapkan terima kasih sebab pertanyaan kau tadi telah meyakinkan aku yang aku lebih cintakan Marisa dari kau!"

Mata Laila memerah menahan amarah mendengar perkataan Rykal.

"Baiklah kita tengok, antara i dengan perempuan tu you akan selamatkan siapa. I perempuan yang dah lama you kenal atau betina tu yang baru you kenal." ancam Laila.

"Apa maksud kau Laila. Kau jangan buat kerja bodoh!" keras sekali suara Rykal. Tiba-tina dia rasa tidak sedap hati.

"Apa yang kau racangankan kali ni."

Laila hanya diam bahkan dia tidak menjawab pertanyaan yang dilontarkan Rykal padanya. Dia keluar dari ruangan itu dengan segera.

Yang ada di dalam benaknya saat ini ialah kalau dia tidak boleh memiliki Rykal, Marisa juga tidak akan pernah dapat memiliki Rykal. Kini dia akan membuat Rykal menyesal.

Tepat ketika pintu lift terbuka Laila melihat Rafiq dengan Marisa di dalam.

"Let's end all this." ucap Laila memandang tepat ke arah mata Marisa.

Laila menolak keluar Rafiq dari dalam lift dengan paksa. Tubuh Rafiq terlentang jauh mencium lantai.

"Kau nak buat apa Laila?" ucap Rafiq risau.

Baru sahaja Rafiq ingin memasuki lift tersebut, pintu lift sudah tertutup rapat. Rafiq segera berlari menuju ke ruangan milik Rykal.

"Rykal!" Rafiq membuka pintu ruangan itu dengan kasar.

"Kenapa kau tak kejar tadi."

"Apa kau cakap ni, buat apa aku nak kejar perempuan tu."

"Weh, kau gila ke. Kau tak takut Laila apa-apakan Risa."

"Kau cakap apa ni, aku tak faham. Risa ada dekat rumah la."

Rafiq mengusutkan rambutnya kasar. Dia memegang kolar Rykal kasar.

"Marisa datang pejabat tadi cakap nak jumpa kau, lepastu aku tengok dia menangis masa turun lift. Kau cakap apa dekat dia. Tadi Laila ada dengan Risa dalam lift aku takut Laila buat benda gila dekat Risa."

"Apa kau cakap! Risa ada kat sini tadi." Rykal terkejut.

"Sekarang ini aku rasa kita kena kejar diorang, aku tak rasa bini kau selamat dengan perempuan tu."

Rykal bergegas bangkit dari duduknya dan berlari panik menuju lift diikuti Rafiq di belakangnya.




Laila nak buat apa dekat Marisa?

PERLU KAMUWhere stories live. Discover now