Bab 17

62.8K 1.4K 38
                                    

Seketika Marisa teringat dengan hadiah pemberian kakak iparnya.

Wanita berparas cantik itu memaklumkannya dia harus memakai selepas Rykal pulang. Marisa tertanya-tanya. Hadiah apa sebenarnya?

Marisa membuka pembalut hadiah itu dan seketika terkejut. Matanya membulat melihat gaun tidur ditangannya.

Sebuah lingerie warna maron dan hitam. Dengan belahan dada yang sangat rendah dan panjangnya bahkan tidak menutupi satu perempat pahanya.

Lengkap dengan sepasang bra dan g-string. Baju itu sangat transparen. Patut pakai ke? Sejujurnya Marisa tak nak.

Tapi.

Marisa mendesah berat.

"Ya Allah."

"Patutkah?"

"Ahhh... malu la." sudah seminggu lebih Rykal tiada di sisi.

Marisa teramatlah rindu. Sepatutnya Rykal dah balik. Dan tau tak dalam seminggu Rykal oustation, seminggu itu jugak Rykal tidak pernah menelefonnya bertanyakan khabar.

Marahkah Rykal terhadap dirinya disebabkan hal itu.

Salah diakah?

Dia cintakan Rykal tapi tidak pernah sekali pun Rykal meluahkan kata cinta pada dirinya.

Marisa rasa dia hanyalah bertepuk sebelah tangan walaupun sikap Rykal sudah tidak garang seperti dulu.

***

"Kau kenapa ni? Nampak macam serabut je aku tengok." tegur Rafiq.

Naik kecut perutnya melihat muka tegang Rykal yang langsung tidak berubah sedari tadi.

"Tak ada apa lah. Mood aku kurang sikit hari ni." keras Rykal menjawab.

Matanya dihalakan ke luar tingkap restoran itu. Tapi hati dan fikirannya melayang mengingati wajah polos isterinya.

"Aku rasa esok kita dah boleh balik KL kut. It's not a big deal after all. Aku akan cadangkan dekat Dato' Ismail, we made a new proposal, exchange dengan lama. Pasal supplier bahan, aku dah discuss dengan Encik Arsyad. Dalam dua tiga hari, benda ni boleh settle. Boleh lah kau nak jumpa isteri kau dekat rumah tu. Dah kemaruk dah aku tengok kau ni." terang Rafiq perihal permasalahan syarikat yang timbul dan di akhiri sedikit sindiran kepada Rykal.

"Aku nak stay sana sampai hari isnin. Kalau kau nak ikut aku, jom. Kalau tak nak, kau balik la KL sendiri naik bas." ujar Rykal tanpa perasaan. Dia perlukan masa dan ruang sekarang ni. Ada benda yang perlu dia lakukan.

"Aik, lain macam je bunyi. Tak rindu isteri ke bro. Takkan la kau nak tinggal lama-lama isteri kau. Kesian la dekat dia. Hari tu kemain cakap sayang bini. Nak berenggang pun tak nak. Sekarang ni apa kes?" sahut Rafiq mengejek. Matanya memandang sekilas ke arah Rykal yang masih kaku tanpa riak.

"Boleh tak kau jangan banyak tanya nak ikut aku ke tak." marah Rykal.

Tolonglah jangan dibangkitkan sepotong nama itu. Rasa naik gila dirinya bila terfikirkan gadis itu.

Tersimpul mati lidah Rafiq untuk bertanya lebih lanjut.

Fine, confirm ada benda yang menggangu ketenteraman jiwa Rykal. Malas hendak bertelagah lebih baik dia menutup mulutnya rapat-rapat.

***

Langit mula beransur gelap. Matahari yang tadinya terik menyinari bumi mula menyembunyikan matahari.

PERLU KAMUWhere stories live. Discover now