Bab 3

61.1K 1.8K 55
                                    

Fikiran Rykal sedang serabut sekarang ini apabila dia melihat rakaman cctv yang menunjukkan seseorang masuk ke dalam ruangannya dengan lagak yang mencurigakan dan penuh tergesa-gesa.

Orang tersebut sempat merempuh Marisa dari belakang dan berlalu begitu sahaja. Rykal bahkan dapat melihat dengan jelas orang tersebut tanpa sengaja menjatuhkan sebuah botol kecil dan bergolek ke arah kaki Marisa.

Rykal melirik telefon bimbitnya yang berdering itu dan mendapati tertera nama Laila di layar skrin telefonnya.

"Sayang." suara manja Laila terdengar sangat jelas ketika Rykal baru saja melekapkan telefon di telinganya.

"You dah makan masakan yang i buat?" tanya Laila manja.

"I dah makan, sedap. Pandai you masak." tipu Rykal. Tidak mahu menceritakan hal sebenar.

"Macam mana? Lulus tak jadi isteri you?" tanya Laila ingin tahu. Berharap yang lelaki itu mengiyakannya.

"Mesti la, you masak sedap." puji Rykal lagi.

"Yes! I dah agak dah, pasti you suka." ujar Laila girang. Hatinya makin berbunga.

"Sorry i tak dapat teman you lunch sebab jadual photoshot i padat hari ni."

"It's okay, i faham." ujar Rykal prihatin.

"Okay lah kalau macam tu, i tengah photoshot ni. Nanti i call you back."

"Eh. you jangan lupa meeting Isnin ni." ujar Rykal mengingatkan.

"Okay. Love you."

Rykal menatap layar telefonnya lama.

"Sikit pun aku tak sentuh makanan dia. Maafkan i Laila." katanya lebih kepada dirinya sendiri.

Sekarang Rykal sedang berada di ruang tamu apartmen miliknya. Matanya memandang ke arah sebuah almari kaca yang lebar dan panjang dipenuhi pakaian wanita. Dia menyiapkan semua ini khusus untuk Laila kelak apabila wanita itu sudah bergelar isterinya.

Telefon Rykal kembali berdering dan tertera nama peguam keluarganya.

"Assalamualaikum Tuan Rykal." sapa seorang lelaki.

"Waalaikumussalam."

"Saya hanya ingin menyampaikan bahawa Tuan Rykal sudah boleh menandatangi dokumen kepemilikan Syarikat Lawrence's Lands & Properties (LLP) esok, semua persyaratan yang diajukan sudah tuan penuhi sepenuhnya."

"Betul ke ni? Semuanya?" nada Rykal kelihatan senang akan hal itu.

"Iya betul tuan." ujar peguam keluarganya menyakinkannya lagi.

"Pagi esok saya akan ke pejabat tuan dan membawa semua dokumen yang harus tuan tanda tangan."

"Baiklah Encik Kamal, terima kasih."

Rykal memejamkan matanya, hatinya sangat senang dan puas hati kerana akhirnya seluruh aset milik arwah datuknya dan arwah ayahnya menjadi miliknya sepenuhnya.

Dia harus meraikannya. Namun sayangnya dia tidak dapat berkongsi kesenangan bersama ibu dan kakaknya kerana ibu dan kakaknya memutuskan untuk menetap di kota London setelah arwah ayahnya meninggalkan mereka. Ibu Rykal tinggal bersama Rania dan suaminya yang menetap di London.

Rykal menoleh ketika mendengar pintu apartmennya terbuka yang dia pasti itu Marisa.

Dugaan Rykal tepat apabila dirinya terpandang wajah pucat Marisa berjalan masuk dengan melangkah perlahan-lahan.

Marisa bekerja sebagai promoter di mini market setelah habis bekerja dari syarikat Rykal. Tidak hairanlah tubuh gadis itu merasakn keletihan dan kelelahan. Hampir setiap hari gadis ini pulang pukul 10 malam.

Seketika Marisa menyedari kehadiran Rykal yang kini tengah menatapnya datar dari ruang tamu.

Marisa menundukan badannya memberi hormat. Perasaan takut terhadap Rykal masih utuh dalam dirinya dan malah dua kali ganda takut apabila teringat kejadian lehernya dicekik oleh lelaki itu. Dia masih mahu hidup. Lebih baik dia ikutkan sahaja arahan lelaki ini

Marisa merasakan dia tidak sedap badan malam ini. Jadi bolehkah dia mengabaikan Rykal yang kini berdiri tepat di ruang makan memandangnya dengan tatapan yang tidak dapat Marisa tafsir. Lelaki itu seperti ingin mencari pasal dengannya. Macam biasa.

Marisa merebahkan tubuhnya di lantai tepat di hujung ruangan dekat dengan almari kaca pakaian yang disediakn Rykal kepada Laila tanpa beralas apapun.

Marisa menggunakan beg sandangnya sebagai bantal kepalanya dan jaket sebagai selimutnya. Inilah tempat tidurnya sepanjang berada di rumah yang gah ini.

Mata Rykal membulat terkejut melihat isteri yang sudah hampir tiga bulan ini dinikahinya boleh tidur lena di atas lantai itu. Rykal yakin mesti badan gadis itu terasa sangat sejuk tidur beralaskan lantai.

Kejam sangatkah dia terhadap Marisa? Marisa bahkan telah menyelamatkannya daripada diracun ketika kejadian di pejabatnya.

Rykal memerhati gadis itu, tubuh gadis itu sangat kurus dengan keadaannya juga tidak terurus. Sungguh berbeza dengan Laila.

"Aku terhutang nyawa dengan kau Marisa, untuk itu terima kasih" ujarnya perlahan.

PERLU KAMUWhere stories live. Discover now