Bab 32

45.6K 904 10
                                    

"صدق الله العظيم"
(SADAQALLAH UL AZEEM)

Marisa menutup buku yasin di tangannnya. Dia mengusap batu nisan itu. Mengalir juga air matanya yang ditahan dari tadi.

Terasa gosokan di bahu kirinya.

"Sabar Risa. Jangan menangis macam ni, nanti tak tenang arwah kat sana."

"Ini semua salah Risa sebabkan Risa, hidup dia berakhir macam ni sebabkan Risa juga..." Marisa tidak mampu melanjutkan ayat seterusnya.

Dia menyapu air matanya yang mengalir di hujung mata.

"Shhh... bukan salah kau, benda dah nak jadi kita tak boleh lawan takdir. Dah ajal dia nak sampai. Lari la hujung mana sekalipun. Kau kena kuat... nak jaga baby ni lagi. Jangan risau aku pun keluarga kau juga." ujar Mimi memberi Marisa semangat sambil mengusap sedikit perut besar itu.

"Jom la kita balik. Bonda asyik whatsapps aku je dari tadi. Bimbang betul dekat menantu kesayangan dia ni, takut kena bawa lari."

Marisa ketawa mendengar. Air matanya sudah berhenti mengalir.

"Yalah, jom."

Marisa bangun dari duduknya.

"Risa pergi dulu. Risa halalkan dan maafkan segalanya. Tenanglah di sana."

Marisa menyentuh batu nisan itu sekali lagi sambil mengucapkannya sebelum mengikuti langkah Mimi.

Sedang dia berjalan menuju ke kereta Mimi, jelas kelihatan beberapa lelaki sedang mengawasi pergerakan mereka dari jauh. Marisa kenal mereka. Bodyguard Rykal.

***

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Hah, balik pun." Tengku Maria mendekati meja batu yang baru di duduki Marisa dan Mimi.

Tidak jadi dia hendak siram pokok bunga.

"Bonda ni risau sangat dekat Risa. Tak kan la saya nak bawa lari Risa pergi Thailand kut." seloroh Mimi.

"Hish kamu ni ada ke sampai Thailand. Bonda takut Risa penat. Perut tu dah makin besar, kena hati-hati." balas bonda setelah menepuk perlahan lengan Mimi.

Mimi sengih je. Buat peace lagi dekat bonda.

"Risa okey bonda. Baby pun okey." Marisa cuba menyakinkan pada Tengku Marisa bahawa dia baik-baik sahaja. Nampak sangat kerisauan pada wajah tua itu.

"Dah jom masuk, bonda dah siap masak. Mimi jom la makan sekali." ajak bonda memandang ke arah Mimi.

"Emm... takpe lah bonda. Saya kena balik dah ni, takut Faiz risau. Tadi pun dia tak nak bagi saya keluar. Ni pun saya cakap nak teman Risa pergi kubur baru la dia bagi keluar." balas Mimi senyum menolak pelawaan bonda sopan.

"La, ye ke... bonda tak tahu pula Faiz tu bimbang sampai macam tu sekali. Mesti dia sayang sangat dekat Mimi."

Mimi malu-malu mendengar balasan bonda.

"Mana tak sayangnya bonda kalau dah ada isi dekat dalam perut tu. Tambah-tambah Mimi ni lasak memang kena update selalu la dengan Faiz tu."

Marisa hanya sengih melihat reaksi Mimi yang menjegil biji mata padanya. Mimi berpaling memandang Tengku Maria dengan senyuman.

PERLU KAMUWhere stories live. Discover now