전JK ── 049

1.2K 188 70
                                    

Kalau rajin,baca sambil dengar lagu di atas pakai earphone/headphone eo? Lagi feel ❤️

J E O N 'S
/\
Chapter 49

✿ ✿ ✿





"Ji Hyo-ah. Bangun lah."

Perlahan lahan aku membuka mataku dan....

"Taehyung?"

Aku bingung. Buka sahaja mata,wajah Taehyung dahulu yang menyapa pandangan. Ditambah pula posisi kami begini.

Aku sedang baring beralaskan pehanya manakala dia pula memandangku dengan senyuman manis terbentuk dibibirnya.

Terus sahaja aku bangun dan memandang ke sekeliling. Eh? Aku dimana ni?

"Entah. Aku pun tak tahu kita di mana. Yang pasti hanya ada kau dan aku aje." Dia berkata tenang.

"Haish...Apa yang dah jadi ni? Aku tak faham." Keluhan berat dilepaskan. Wajah Taehyung aku pandang.

"Tae?"

"Hurm?"

"Kenapa kau pakai baju serba putih? Sejak bila kau minat warna putih ni? Setahu aku,kau anti putih."Aku mengerutkan dahi apabila melihat gaya pemakaiannya.

Serba putih,dari baju hingga seluar. Berambut hitam pekat dan tidak berkasut. Wajahnya pula tidak menunjukkan sebarang aura ceria seperti selalu,hanya tenang dan sayu.

Apekah...? Aku tak faham.

"Ouh? Aku tak tahu nak explain macam mana tapi yang pasti mulai sekarang aku akan pakai baju ni selalu."

"Huh? Maksud kau?"

"Nanti kau faham. Aku cuma nak kau tahu satu perkara je. Aku akan selalu berada di samping kau untuk sokong kau tahu?

Mungkin bila kau dah sedar nanti,
Aku dah pergi ke suatu tempat yang jauh,
Start daripada situ,Aku dah tak boleh sambut kau bila jatuh,betulkan setiap kesalahan kau dan selalu larang itu ini. Ouh ya,jangan menangis selalu ya nanti? Aku benci tengok kau menangis. Hodoh macam Fiona sia."

Dia tersenyum seraya menggosok lembut rambutku. Ke-kenapa aku rasa tak sedap hati. Jantungku mula berdegup pantas.

"Cuba kau letak tangan kau didada."

Aku turuti nya lalu meletakkan sebelah tanganku di dada. "Ke—kenapa?"

"Rasa tak degupam jantung kau yang laju tu?"

Ma-macam mana dia tahu? Aku hanya mengangguk.

"Macam tu juga la perasaan aku bila bersama kau. Aku tak boleh nak ungkap rasa sayang aku dengan perkataan sebab sayang aku pada kau tak terhingga tapi...."

Pandangannya bertukar sayu. Dia juga turut meletakkan tangannya didada.

"...Dengan 'ini' sahaja lah aku boleh buktikan sejauh mana perasaan sayang aku terhadap kau. Teheeee..."

"A-apa maksud kau,Taehyung? Dengan ini?"

"Kau tak akan faham sekarang. Bangun lah,sayang. Semua orang dah menanti kepulangan kau."

Dia mula berdiri,diikuti aku. Perlahan lahan dia menapak pergi . Aku hanya bingung,perhatikan belakang badannya yang kian menjauh.

"Taehyung! Kau nak pergi mana?!"

"Ke tempat sepatutnya aku pergi sekarang. Jaga diri kau untuk aku arra? Aku sayang kau. Sayang sangat."

"Ta-Taehyung!!! Yah Kim Taehyung!"

[C] Reject Where stories live. Discover now