전JK ── 025

1.8K 285 287
                                    

J E O N 'S
/\
Chapter 25

✿ ✿ ✿


Kim Taehyung melangkah masuk ke dalam rumah agam milik keluarga Song tersebut. Senyuman dibibir sentiasa terukir indah.

Puan Song disebelahnya tidak kurang juga,tersenyum hingga ke rambu---telinga. Dia punya gembira dapat jumpa lelaki muda itu bukan main lagi.

Tuan Song yang menyaksikan adegan tak rasmi itu hanya memutarkan matanya ke atas. Itu tak jadi menantu lagi,kalau dah jadi menantu nanti tak tahu nak bayang macam mana.

"Taehyung-ah..duduk lah dulu." Taehyung hanya mengangguk ringkas lalu duduk di sofa berhadapan Tuan Song duduki.

"Macam mana perkembangan hubungan kamu dengan Ji hyo? Ada pembaikan?" Teruja sahaja nada Puan Song kedengaran.

Tersedak air liur sekejap Taehyung dibuatnya dengan soalan padu Puan Song yang tiba tiba itu.

"Ba-baik. Macam biasalah auntie." Dia tersenyum kekok. Mata dilirkkan ke arah tangga. Bayangan Ji Hyo masih tidak kelihatan.

Niatnya datang kesini untuk menjemput Ji Hyo keluar sempena cuti hujung minggu ni tapi....tak semena mena terjebak dalam soal selidik Puan Song pula sekarang.

"Ish...bukan itu apa yang auntie nak dengar. Macam persahabatan kepada percintaan ke? Dia ada luah apa apa perasaan pada kamu?"

Ah sudah. Ini la yang dia selalu berdoa agar dijaukan. Soalan maut Puan Song memang sungguh berbisa bagi Taehyung. Dari dulu lagi Puan Song selalu bagi soalan yang Taehyung tiada jawapannya.

"Ta-tak...tak ada. Sebab dia dah ada orang yang dia sukakan sekarang ni jadi....agak tipis juga la peluang saya nak dapat cinta dia tu..." Taehyung tersengih sambil menggosok belakang lehernya.

Puan song tersenyum sinis. "Buah hati huh? Si Jungkook tu kan? Yang selalu dia ceritakan haritu? Siapa budak tu sampai anak auntie ni terangau angaukan dia?"

Nada tidak puas hati jelas kedengaran. Taehyung terdiam. Jungkook juga merupakan kawannya jadi dia tak berani untuk menyatakan apa apa kenyataan tentang Jungkook depan Puan Song.

"Tak apa Tae...kalau Ji Hyo tak suka kan kamu,jangan risau. Auntie akan buat dia pandang kamu seorsng sahaja nanti."

Tersentak seketika Taehyung mendengar kata kata Puan Song tersebut. Agak seram bunyinya.

"Awak nak buat apa? Pakai minyak dagu? Minyak masak? Sampai nak dia sukakan Taehyung ni?" Tuan Song yang sedari tadi menyepi terus menyampuk. Mungkin agak berang mendengarkan kenyataan Puan Song sebentar tadi.

"Awak ni,saya tak main benda kotor macam tu okey. No class. Saya tahu la nak buat macam mana nanti. Dia tu anak saya,jangan risau."

Kim Taehyung sudah mula risau. Dalam kepala dah sumpah seranah pada Ji hyo sebab masih tak muncul muncul pada saat genting macam ni. Dia dah tak sanggup disoal soalan tak munasabah lama lama.

"Taehyung! Mian lambat! Tak jumpa telefon tadi kat mana...eo? Kenapa semua nampak tegang je ni? Ada apa apa yang Hyo terlepas kah?" Ji Hyo tersengih lalu berlari turun ke ruang tamu. Satu persatu wajah manusia disitu dia pandang.

Tuan Song mengeluh. Dalam hati dah berdoa agar Puan Song langsung tak buka mulut tentang isu sensetif sekarang. Isteri bertuahnya itu bukan boleh dipercayai sangat.

"Ehh...bagus la kalau Ji Hyo ada sekali. Mari kita borak sama sama. Dah lama tak berkumpul macam ni kan?" Puan Song menunjuk nunjukkan tempat kosong di sebelah Taehyung.

[C] Reject Kde žijí příběhy. Začni objevovat