전JK ── 019

1.7K 327 282
                                    

J E O N 'S
/\
Chapter 19

✿ ✿ ✿


Song Ji Hyo mengeluh berat. Kakinya mula terasa lenguh akibat sudah berdiri lebih daripada satu jam di luar kelas.

Cikgu Sains kesayangannya itu suka sangat denda dia berdiri di luar kelas. Padahal tak siap kerja sekolah je pun,bukannya buat jenayah .

Kakinya menguis nguis lantai tanda dia bosan. Jungkook yang sedang tekun menulis dia perhatikan. Walaupun crush,tapi bila lama lama dipandang naik bosan juga.

Asyik benda sama dia buat,membaca menulis membaca menulis. Huh. Susah betul kalau ada crush ni jenis yang gigih belajar.

"PARK JIMIN! KELUAR DARIPADA KELAS SAYA SEKARANG!!!!"

"BAIK SAEM! TERIMA KASIH!"

Tersentak Ji Hyo dibuatnya dengan jeritan yang kedengaran terjadi di bilik darjah Jungkook. Tidak lama kemudian,kelihatan Park Jimin berjalan keluar dari kelas nya dengan senyuman manis di bibir.

"Hai bidadari!"

"Ouh? Kau pun kena denda ke Jimout?"

"Duh aku Jimin lah! Ha'ah kena denda sebab buat pickupline kat Saem..." Jimin mula duduk bersila di lantai. Dia memandang Ji hyo atas bawah.

"Yang kau tak duduk ni kenapa? Apa gunanya lantai kerajaan bagi kat sekolah? Duduk lah." Jimin membuat isyarat supaya Ji hyo turut duduk sekali dengan nya.

"Kejap."Ji Hyo memandang ke dalam kelasnya. Clear. Gurunya itu sedang menanda buku latihan. Perlahan lahan dia duduk bersila lantai.

"Psskkk...psskkk...." Ji Hyo melambai lambai ke arah Jimin yang sedang termenung jauh memikirkan masa depannya dengan author. BHAHAHAHA.

"Apa,bidadari?"

"Aku bosan ah. Jom main permainan."

"Permainan apa? Sekali saem kita nampak,mampos kita kau tahu?"

Ji Hyo menggeleng. "Kita main sambil duduk je."

"Terserah lah. Hah,nak main apa?"

"Teka teki jom?"

"Ok. Kau start."

Ji Hyo tersenyum sinis. Dalam otaknya dah merancang soalan yang bakal mengancam kejiwaan Jimin.

"Kenapa punggung kita hitam walaupun kita selalu tutupnya?"

Jimin berfikir seketika.

"Tapi ...punggung aku putih cerah. Tak hitam. Mungkin punggung punggung yang hitam tu terdedah dengan haba yang tinggi lepastu menyebabkan kehitaman. "

"Wahhhh! Daebak! Tepat sekali!" Ji hyo menepuk tangan perlahan. Jimin tersenyum kemenangan.

"Ok aku pula."

Ji Hyo mengangguk.

"Kenapa ayam tak boleh terbang tinggi macam burung sedangkan dia pun ada sayap? "

"Kejap kejap....nak sambung saraf otak jap."

Jimim mengangkat angkat keningnya.

"Hah aku tahu! Sebab sayap dia kecil berbanding badan dia. Badan besar sayap kecil. Macam mana nak terbang kalau lemak menyumbang? Betul kan? Pandai en aku?"  Ji hyo tersengih lalu membuat pose V.

"Wow! Bijak nya anda! Jawapan paling bodoh yang pernah aku dengar! BHAHAHAHAH!!!" Jimim tergelak besar.

Ji Hyo mencebik."Kau tanya aku jawab ah. Tak cakap nak jawapan ikut skema ke apa! Aku jawab ikut hati aku je lah!"

[C] Reject Onde histórias criam vida. Descubra agora