전JK ── 037

1.4K 212 75
                                    

J E O N 'S
/\
Chapter 37

✿ ✿ ✿

Krekkk....

Pintu dikuak perlahan agar bunyi yang dihasilkan tidak menganggu ketenteraman suasana malam di rumah tersebut walhal sekali kau tolak dah malam nak tercabut daun pintu tu.

Dengan slow motionnya,dia melangkah sambil mata meliar ke kiri dan ke kanan.

"Fuh selamat." Keluhan lega dilepaskan. Dahi yang berpeluh dihiraukan.

Apabila kakinya hendak memijak anak tangga pertama tiba tiba.....

Klak!

"Ouh? Song Ji Hyo,anak mama. Baru pulang ya? Datang dari planet mana ni sampai sekarang baru nak tunjuk kewujudan diri tu?" Puan Song tersenyum sinis.

Dia mula duduk di sofa ruang tamu.

Ji hyo mengeluh halus. Salah satu alasan kenapa dia buat semua slow motion tadi ialah dia tak nak bertembung dengan MAMA nya sendiri walaupun dia tahu setiap masa dia akan berjumpa juga wanita tua itu.

Jumpa je memang ada perlian yang dapat. Kalau bukan perlian,dapat 'nasihat' free overcharge. Bagi Ji Hyo,semua itu ibarat angin yang tembus dari telinga kiri ke telinga kanan. Sekali lalu sssupp!! Hilang dibawa angin sudaaah.

"Err---kerja lah. Handle syarikat besar bukan kerja mudah,mama." Dia memaksa bibirnya untuk tersenyum manis.

Puan Song tergelak sinis. "Sampai tak balik ke sini tiga hari berturut turut hurm?"

Ji Hyo mengetap giginya kemas. Aduh,inilah yang selalu dia nak elakkan. Sabar Ji Hyo sabar. Jangan jadi derhaka dalam ff ni.

"Hyo balik apartment Hyo. Lagipun situ dekat dengan pejabat----"

"Alasan. Mama dah masak lah dengan perangai kamu."

Yatohan...memang lah alasan takkan tatabahasa pulak! Eh orang tua---mak aku ni. Nasib mak. Kalau tak....entah ada tak lagi nama dia yang muncul lepas ni dalam ff ni.

Dalam hati,Ji Hyo cuba menahan sabar.

"Ouh lupa nak tanya. Macam mana pencarian setiausaha kamu tu? Ada yang sesuai?" Puan song mula berpaling pada anak gadisnya

Ji Hyo melangkah mendekati Puan Song lalu duduk di sofa sebelah wanita itu.

"Okey je. Berjalan dengan lancar. Sekarang Hyo dah ada setiausaha jadi segala beban kerja ringanlah sedikit."

"Memang la ringan kalau setiausaha tu adalah orang yang pernah kamu suka dan mama bencikan."

Ji hyo tersentak. Air liur ditelan payah. Tiba tiba jantungnya pula berdegup kencang ketika itu. Dipandang wajah dingin Puan Song dengan mata terkebil kebil.

Tak-takkan mama dah tahu...? Tapi siapa bagitahu?

"Na-nae? Apa mama merepek ni ? " senyuman dan tawa kecil dihasilkan bagi menutup rasa gugupnya.

Mampos lah dia kalau Puan Song dah tahu siapa setiausaha nya di pejabat. Memang....korang faham faham lah watak kegemaran korang tu macam mana. :)

"Mama dah cakap. Jangan sesekali pilih orang yang tak sepatutnya. Pilih orang yang berkerjaya bukan yang....ergh. Entah macam mana mama nak sebut tentang dia." Muka dibuat jijik.

Ji hyo disitu sudah panas. Fuh,sabar sabar. Tak perlu lah kot nak hina orang macam tu walaupun benci yang teramat akan dia?

"Mama. Dia lebih baik daripada apa yang mama sangkakan dan lebih layak sandang jawatan tu! Boleh tak jangan ungkit benda ni dengan kisah lama? Hyo merayu. Jebal." Suara si anak mula mengundur.

[C] Reject Onde histórias criam vida. Descubra agora