전JK ── 046

965 125 81
                                    

J E O N 'S
/\
Chapter 46

✿ ✿ ✿


"Jadi...macam mana? Setuju tak kalau kita buat majlis perkahwinan Ji Hyo dan Taehyung ni pada minggu depan?"

Puan Kim bertanya sambil matanya tidak lepas memandang Taehyung dan Ji Hyo yang duduk bersebelahan di hadapannya. Taehyung menjongketkan bahunya.

"Tae tak kesah. Tapi....Yang bakal jadi permaisuri sehari nanti ni,okey tak?" Dia menyiku lembut lengan Ji Hyo lalu mengenyitkan sebelah matanya. Kelihatan Ji Hyo hanya tersenyum kelat dan lambat lambat mengangguk.

"Sa-saya okey je auntie

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sa-saya okey je auntie."

"Kalau macam tu buat esok je la. Senang. Cepat kita boleh timang cucu nanti,iyedok sayang?" Tuan Kim tergelak diikuti yang lain kecuali Ji Hyo. Dia hanya tersenyum nipis.

Entah kenapa ,hatinya terasa berbelah bahagi sekarang. Perasaan nya terhadap Taehyung masih kurang jelas.

"Ha bagus lah macam tu! Diorang ni pun dah lama sangat bertunang. Tak elok lah lambatkan perkara baik kan?" Puan Song mencelah.

Tuan Song hanya mengangguk tanda setuju. "Kalau semua dah on,esok kamu berdua dah boleh jenguk-jenguk butik pengantin cari baju. Yang lain-lain kami akan selesaikan."

"Dae." Serentak pasangan Taehyo menjawab.

Taehyung bertindak memeluk leher kecil Song Ji Hyo lalu tersenyum lebar. "Jangan risau! Kami akan pastikan nanti baju pengantin kami unik dan lain daripda orang lain. Kan sayang?"

"Ah? Ya-ya. Heheheeee..." Ji Hyo tersengih kekok. Taehyung sedar akan itu tapi dia endahkan. Sifat pentingkan diri perlukan disemai dalam diri masing masing en? :)

"Wah tengok tu! sweetnya kya!" Puan Kim menepuk nepuk bahu Tuan Kim.

"Ish awak ni,dia baru panggil sayang dah sweet. Kita dah buat lebih daripada tu,awak tak puji pun sweet—Arghh! Sa-sakit lah!" Tuan Kim merintih kesakitan saat satu cubitan tajam hinggap di lengannya. Puan Kim menjengilkan matanya.

"Budak bawah umur baca ni! Malu lah !"

Yang lain hanya tergelak melihat telatah pasangan Kim itu.

"Ouh ya,kita nak jemput ramai tetamu ke nanti? Buat besar besaran?" Tuan Song mencelah tiba tiba. Dia memandang Tuan Kim dan Taehyung meminta kepastian.

"Besar besaran lah! Baru meriah! Kan Tae my baby boyyyyy?" Tuan Kim menyiku lengan anaknya . Taehyung hanya mengangguk dan tersengih.

"Saya tak kesah."

Ji Hyo disitu seperti diabaikan pula. Semua tanya pendapat Taehyung aje,dia pula disitu? Jadi perakam suara manusia bercakap. Hanya mendengar dan ingat sahaja.

[C] Reject Where stories live. Discover now