전JK ── 013

1.9K 309 276
                                    

J E O N 'S
/\
Chapter 13

✿ ✿ ✿




"Ok sekarang semua buka buku  teks bab 4."

Semua pelajar di kelas itu memandang hairan  Saem Lee tersebut. Bab 4?

"Cikgu! Bukankah tu bab untuk tingkatan 3 ke ? Kiteorang senior tahun terakhir dah cikgu!" Salab seorang daripada mereka bekata.

Yang lain mengangguk.

"Siapa cikgu sekarang ni? Awak ke saya? Lantak saya lah nak ajar awak bab berapa pun. Bab 4,bab pembiakan.*smirk* saya jamin....semua pelajar sentiasa berminat bab ni. En en en?" Kening diangkat angkat kan.

Pelajar lelaki tersenyum kerang busuk sebusuk hati cacing manakala pelajar perempuan hanya mengkalkan riaksi kosong. Sebenarnya nak tunjuk jugak keminatan tu tapi nanti dicop gatal sama naik dengan lelaki pula.

"Dan kamu Song Ji hyo." Tiba tiba Saem Lee menyebut nama pelajar kesayanganya.
Ji Hyo yang sedang melukis kartun di buku teks sains itu tersentak lalu memandang Saem Lee dengan wajah dibuat terkejut.

Sebenarnya dia tahu nama dia akan dipanggil oleh guru itu....halah dah biasa. Setiap hari ada saja guru itu mencari silapnya.

"Yes Sir?" Ji Hyo berspeaking. Ceh acah bebenor.

"Sila tumpukan perhatian. Dalam kelas ni,kamu yang paling lemah dalam bab ni tahu? Sentiasa dapat markah kosong bila ujian berkaitan tajuk ni. Jadi sila berikan perhatian sepenuhnya."

"Tak nak."

Semua  mata memandang Ji Hyo. Berani sungguh gadis itu menjawab. Sudahlah Saem Lee itu jenisnya yang melayan emosi. Sekali dia mengamuk,boleh runtuh bangunan sekolah itu dibuatnya.

"Bwo?! Apa kamu kata?"

"Saya tak minat lah bab ni saem Lee...susah nak hafal set set pembiakan tu. Banyak sangat nama padahal semuanya sama je fungsinya...pembiakan jugak." Ayat terakhir diperlahankan.

"Minat tak minat awak kena belajar juga. Ni ilmu. Jadi....jangan banyak cakap! Fokus!!!" Saem Lee berkata lantang.

Maka bermula lah sesi pelajar kelas itu menerokai bab 4 kembali....erm....bab yang paling author kau benci. -,,-

10 minit kemudian.

Ji Hyo menguap kecil lalu pandangan nya dialihkan kepada luar kelas. Perkara pertama yang menjamah matanya ialah.....Jeon Jungkook yang sedang tekun membaca buku.

Wah...rezeki depan mata gais.

Tak sampai 25 saat dia menstalk crushnya,Saem Lee memanggil namanya kuat.

"Song Ji hyo. Berdiri." Satu arahan tegas diberikan. Ji Hyo terus berdiri tegak dengan wajah polos.

Minta minta lah Saem Lee dendanya duduk di luar kelas,boleh usya anak teruna orang tu merangkap crush kesayangannya.

"Awak faham apa saya cakap?"

"Faham lah. Saem cakap bahasa Korea memang lah saya faham. Lainlah kalau saem cakap bahasa Cina ke India ke Poland ke baru saya tak faham."

Jawapan karangan terus dia bagi. Saem Lee tersenyum sinis. Anak muridnya sorang ini memang selalu menjadi mangsa tetap dendanya.

"Saya tanya sepatah awak jawab ulasan. Bagus....jadi,saya nak tanya awak. Kalau sperma sudah sampai ke ovum,apa yang akan jadi? Soalan paling senang saya bagi."

Ji hyo mengangguk beberapa kali sebelum menjawab.

"Eh tak tahu lagi apa jadi sebab sperma tu kena lah confess dulu kat ovum tu untuk masuk. Jadi....saya tak tahu lah apa jadi. Tunggu ovum tu terima confess sperma dulu baru saya tahu apa yang terjadi." selamba dan tenang sahaja dia berkata.

[C] Reject Where stories live. Discover now