전JK ── 004

2.7K 408 250
                                    

J E O N 'S
/\
Chapter 4

✿ ✿ ✿



Jam di dinding dijeling sekilas. Keluhan berat dilepaskan.

Dah nak masuk jam 12 malam tapi batang hidung kedua dua orang tuanya langsung tak nampak.

"Mama papa balik la." Gadis itu meraup kasar rambutnya.

Krekk.....

Daun pintu utama ditolak mula kedengaran. Lantas kepala nya laju menoleh.

"Mama papa!"

Si anak berlari anak ke arah kedua orang tuanya. Rindu? Itu sudah semestinya. Sudah 1 bulan mereka tiada di negara Korea ini untuk jalankan kerja.

"Wah....Song Ji Hyo...kamu jaga diri dengan baik." Puan Song memeluk sekilas anak tunggalnya.

"Dapat tak duit bulanan yang papa beri haritu? Cukup?" Tuan Song bertanya . Kepala anak gadisnya diusap lembut.
Begasi ditolak ketepi.

"Dapat dan lebih dari cukup. Ta--tapi lain kali tak payah lah masukkan banyak sangat duit sebab Hyo pakai pun tak---".

"Gwaenchana. Duit lebih tu boleh buat simpanan bila kecemasan,boleh guna. Ok. Papa dan mama dah penat ni. Esok kena pergi office awal awal sebab lusa kami akan berangkat ke Vietnam pula."

Ji hyo tersenyum tawar. Hatinya sedikit terasa. Sudahlah setiap bulan hanya dua tiga kali sahaja mereka boleh berkumpul sebagai sebuah keluarga.

Ini baru balik dari luar negara,lusa dah nak pergi luar negara lagi.  Ji Hyo mengeluh perlahan. Dah biasa hadap perkara macam ni.

Mungkin jika dilihat dari luar,mereka orang kaya yang punyai banyak harta dan cukup lengkap segalanya.

Tapi bagi Song Ji Hyo tidak.

Kasih sayang ibu bapa tiada tandingan walaupum dengan bergunung harta.

"Mama papa....tak sayang Hyo kah?"

"Kenapa cakap macam tu pu---"

"Hisk....Hyo nak ko-korang sentiasa ada bersama Hyo...hisk....se--sekejap pun jadi lah..." akhirnya dia tumpas.

Air mata yabg ditahan sejak tadi merembes keluar. Puan dan Tuan Song berpandangan sesama sendiri.

"Ma-maafkan kami Ji Hyo. Kami buat semua ni pun sebab tak nak keluarga kita miskin macam dulu." Puan Song cuba memujuk.

"Tak sangkah harta lebih bernilai daripada kasih sayang kan? Selamat malam papa mama." Usai berkata terus Ji Hyo naik ke biliknya.

Sebaris ayat tersebut mampu membuatkan pasangan Song itu terdiam seribu bahasa .



+++++++++++++++++





Jungkook mengerutkan dahinya. Dipandang sekitar perpustakaan itu dengan tajam. Ada yang tak cukup...

"Kenapa dia takde ?"

Seketika kemudian,dia menggeleng laju.

"Halah kau ni Jungkook,time dia berkepit dengan kau,kau halau dia bagai. Bagi ayat savage lah itu lah ini lah."

Park Jimin,lelaki berwajah comel tapi handsome itu berkata. Wajah kawannya dipandang sekilas sebelum menyambung bermain game di telefonnya.

"Aniyo...aku cuma...cuma pelik. Biasanya waktu macam ni dia dah kacau aku. Memang lah aku rimas dengan dia...ta-tapi--aku pelik kenapa dia tiba tiba menghilang sekarang."

[C] Reject Where stories live. Discover now