전JK ── 044

884 115 98
                                    

J E O N 'S
/\
Chapter 44

✿ ✿ ✿



"Kau ada cedera mana mana tak? sakit tak lutut tu jatuh tadi? Maaf aku main tarik je kau ke tepi jalan sebab masa tu aku panik sangat tak tahu nak buat apa."

Gadis itu membelek diri Jungkook dari belakang atas kiri kanan semua dia cek,takut takut ada luka atau cedera akibat tarikan mengejutnya tadi.

"hey chill lah —"

"Chill kepala biawak kau! Kereta tu nak langgar kau tadi seton kau suruh aku chill? kalau kau kena langgar tadi tak ke naya aku perlu jadi saksi di balai polis soal jawab soalan kejadah semua tu?! Ish nasib aku sempat tarik kau tahu tak?!" Bebel Ji Hyo geram. Dia menampar sekilas lengan lelaki itu.

Jungkook tersengih kecil. Suka dirinya melihat gadis itu risau terlampau terhadap dirinya. Jadi boleh nampak lah disitu yang Ji Hyo memang sayangkan dirinya bukan?

"Aku okey lah. Jangan risau,setakat luka manja apa lah sangat. Thanks sebab selamatkan aku tadi. Aku...tak tahu nak bertindak apa bila tengok kereta tu menuju ke arah aku." Balas Jungkook perlahan. Sikunya yng sedikit terluka itu diusap lembut.

"Luruh jantung aku tengok kau berdiri statik macam tu tahu?! Aku panggil tak menyahut!" bebel gadis itu lagi.

Jungkook tersenyum. Tangannya naik mengusap lembut rambut Ji Hyo. "Kau risaukan aku?"

"Hey soalan tadika mana kau cepuk hah?! mesti la aku risau—-"

"kau masih sayangkan aku?"

"aku dah berjuang selamatkan kau tadi boleh kau tanya aku masih sayangkan kau atau tak? Kalau aku tumbuk ni rasanya berbaloi juga." Naik geram Ji Hyo dibuatnya dengan soalan yang Jungkook lontarkan.

Jungkook tergelak. Comel pula tengok gadis itu membebel tak henti henti.

"Aku cuma tanya kau sayangkan aku ataupun tak—-"

"mestilah sayang! Kalau tak ,takde maknanya aku nak selamatkan kau tadi. Apa jenis soalan kau ni? Takde yang KBAT lagi?" Ji Hyo memutarkan matanya ke atas.

"Heheheeeee~baguslah. sekurang-kurangnya aku dah tahu kau sayangkan aku."

Ji Hyo terdiam seketika.

"Eurghh—-Ja-jadi sekarang?"

"Jadi? jadi apa?" Ji Hyo bertanya pelik.

"Jadi sekarang kita nak buat apa? Teruskan janji temu buta kita ni atau—-"

"Teruskan. Aku penat penat pujuk papa aku mohon cuti,kau pula tiba tiba tanya macam tu. Dah,sekarang kita nak pergi mana? Aku tak sempat rancang doe aktiviti yang patut kita buat harini." Ji Hyo tersengih.

Jungkook kelihatan sedang berfikir sejenak disitu.

"Apa kata kita....bersiar siar je di taman sana? Lagipun sekarang musim bunga,jadi mesti banyak bunga sakura gugur disitu. Sesuai la untuk tenangkan fikiran bagi orang orang yang sibuk ni,macam kau." cadang Jungkook.

"Jinjja? Ouh? Kau bawa kamera tak?"

Jungkook mengangkat sebelah keningnya. "Bawa. Ni.*keluarkan camera dari poket jaketnya* Kenapa?"

Ji Hyo tersengih penuh makna.
"Mohon dermakan memori kamera kau untuk ambil gambar aku nanti,sekian."

Usai berkata terus dia melangkah ke hadapan meninggalkn Jungkook di stesen bas itu sendirian.

"Eo? Ish...manusia ni. Aku memang bawa kamera ni untuk tangkap gambar kau pun. Tak perlu minta." Gumam Jungkook perlahan.

Dan....tanpa mereka sedari,terdapat sepasang mata memerhatikan setiap aksi mereka. Keluhan kacil dilepaskan oleh sang pemerhati.

Wajahnya kosong tanpa riak.

"...Aku dah agak perkara ni akan berlaku juga akhirnya....lagi sekali."

Perlahan lahan,dia mengambil langkah pergi daripada situ.

Tidak lama kemudian,telefonnya berbunyi. Tangan menyeluk poket seluar lalu diambil telefon tersebut dan panggilan yang masuk diangkat dengan hati yang tidak rela.

"Kim Taehyung,balik sekarang. Ada benda penting yang kami nak sampaikan."

"Nae Mama? sekarang? Tapi Tae tengah kerja ni"

"Kalau kamu buat kerja separuh jalan,kamu cuma rugi sebahagian duit sahaja tapi kalau kamu tolak ajakan mama,kamu akan rugi separuh hidup kamu malah menyesal tak sudah nanti."

bebel Puan Kim di sebelah sana. Taehyung mengeluh halus.

"nae nae. Tae balik lah ni."

Panggilan diputuskan. Rambut hitamnya dikusutkan dengan kasar. Sungguh dia tiada mood langsung untuk hadap semua ni selepas melihat aksi mesra pasangan Junghyo tadi.




























"...Ji Hyo-ah. Susah sangatkah kau nak bagi perhatian pada aku sorang sahaja?"








++++++++++++++++++

Aku akan habiskan ff ni secepat yg mungkin ya :)

Maceh sape yang masih supoort lagi tu ❤️

[C] Reject Where stories live. Discover now