전JK ── 031

1.6K 281 248
                                    

J E O N 'S
/\
Chapter 31

✿ ✿ ✿


Kim Taehyung masuk ke dalam rumah agam mewah itu dengan diiringi kedua ibu bapanya disisi. Para tetamu yang rancak berbual mula menumpukan perhatian pada mereka.

Ramai tetamu yang terpegun melihat penampilan lain Kim Taehyung pada malam itu. Terutamanya para gadis yang hadir,langsung tidak mengalihkan pandangannya daripada Taehyung.

Sungguh,lelaki itu tampak segak dan bergaya berbanding hari hari biasa. Rambutnya yang di blonde dan suit kuning keemasan yang tersarung dibadannya sudah cukup dapat menyerlahkan kekacakkan yang dimiliki.

 Rambutnya yang di blonde dan suit kuning keemasan yang tersarung dibadannya sudah cukup dapat menyerlahkan  kekacakkan yang dimiliki

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Senyuman nipis terukir dibibir.

"Tae-ah...omma tak sabar nak tengok Ji Hyo...mesti dia cantik malam ni kan?" Puan Kim mencuit sekilas lengan anak nya.

Taehyung sekadar mengangguk dan tersenyum. Tidak sabar pula dia mahu melihat diri Ji Hyo.

"Taehyung...pandang atas."

Sejurus Tuan Kim berkata,Taehyung terus mendongak memandang ke tingkat atas. Seorang gadis mula menuruni anak tangga perlahan lahan menuju ke arah mereka.

"Song Ji Hyo...."

Dia terpaku seketika. Jujur dia katakan,selama dia berkawan rapat dengan Ji Hyo,gadis itu selalu sahaja berpakaian selekeh dan simple.

Jauh berbeza pada malam ini. Rambut yang disanggul kemas menampakkan leher jinjang nya yang putih dan dress baby pink sederhana labuh yang dipakai telah membuatkan diri Song Ji Hyo kelihatan sangat jelita di mata Taehyung.

 Rambut yang disanggul kemas menampakkan leher jinjang nya yang putih dan dress baby pink sederhana labuh yang dipakai telah membuatkan diri Song Ji Hyo kelihatan sangat jelita di mata Taehyung

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Tak. Bukan di mata Taehyung sahaja malah di mata semua tetamu yang hadir. Semua terpaku.

"Jinjja....cantiknya bakal menantu omma,Tae..." Puan Kim berkata kagum. Dia menepuk nepuk lengan Taehyung lembut.

"Tae tak sangka dia boleh jadi secantik ni..."

"Pergi la kat dia...kamu berdua kan dah jadi pasangan tunang. Ish...malu malu cat pula dia ni." Tuan Kim menolak nolak bada Taehyung ke depan.

[C] Reject Donde viven las historias. Descúbrelo ahora