전JK ── 005

2.5K 495 173
                                    

J E O N 'S
/\
Chapter 5

✿ ✿ ✿





"Taehyung!!"

"Iyaaa babun? Kau nak apa?" Taehyung menjeling sekilas gadis ditepinya. Mereka kini sedang berjalan di koridor bangunan sekolah itu.

"Mana kesayangan aku ni? Aku tak nampak pun dia lagii..." kepalanya dipaling ke tepi belakang depan atas bawah . Semua arah dia pandang tapi apa yang dicari masih tidak dapat dikesan lagi.

"Sabar lah. Mungkin dia tengah belajar di kelas? Atau berkemungkinan juga dia tengah berak ke sekarang? Kita tak tahu en. Jadi bawa bertenang ok."

Tahu sangat perangai kawan nya itu. Sekali tak jumpa crush,broken mengalahkan orang putus cinta.

"Ish...ni dah masuk waktu rehat. Di perpustakaan dia takde tadi. Herm...mana dia ni?"

Dalam diam,Taehyung tersenyum tawar.

Kalaulah aku hilang juga suatu hari nanti,kau akan cari aku macam tu juga kah? Risau macam tu juga kah?

"Ji Hyo."

"Herm..."

"Jebon kau ada di taman lah. Tuuu sana." Taehyung menunjukkan ke arah taman.

Ji Hyo apa lagi,teruja nya memang jelas kelihatan dengan raut wajahnya sahaja. Ditepuk tepuk lengan Taehyung.

"Wah thanks tae tolong cari arnab kesayangan aku! Muah sayang kau!"

Usai berkata terus dia berlari ke arah Jungkook yang sedang membaca buku di bangku taman sekolah itu.

Taehyung tersenyum lalu menggaru belakang lehernya.

"Tepaksa lah aku korbankan perasaan sekejap tengok dia bahagia. Heh...bodoh kau Taehyung."







+++++++++++++++++






Ji Hyo tanpa sebarang arahan mengambil tempat di sebelah Jeon Jungkook. Tersentak jejaka itu dibuatnya.

Dah lah tak bagi salam,lepastu main redah je duduk tepi orang. Buatnya si Jungkook tu tersalah buka bunga silatnya tadi,tak ke naya ?

"Kau buat apa disini huh? Lepas di perpustakaan,kat taman pula kau nak kacau aku." Jungkook mengeluh halus. Fokusnya masih pada buku di tangan.

"Alah...aku tak boleh hidup lah tanpa kau walaupun seminit...eheheheh." ji Hyo tersengih.

"Dari kecil kau hidup,aku tak hadir pun lagi dalam hidup kau dulu. Boleh je hidup sampai ke sekarang . Sihat pula tu. Nak tipu pun agak agak ah. Aku bukan budak baru nak up."

Hah tu dia. Jeon is jeon gais. Savage dan Jeon Jungkook tiada perpisahan.

"Kau ni. Aku nak bersweet dengan kau. Support lah sikit. Tak sporting langsung." Ji hyo mencemik. Dia merapatkan sedikit jaraknya dengan Jungkook.

"Weh...kau baca buku apa tu? Macam menarik."

"Cara cara halau gangguan setan manusia yang selalu bagi ayat gula tak berapa nak jadi."

Ji hyo memandang Jungkook blur. "Kenapa aku terasa erk?"

Jungkook tersenyum sinis. "Aku tak mention siapa siapa."

"ish betul betul lah. Kau baca buku apa tu? Novel? Surat khabar? Majalah? Komik? Ana Muslim?"

Jungkook menutup buku nya seketika lalu ditayangkan di hadapan muka Ji Hyo kulit buku tersebut. Kemudian dia membuka kembali pada halaman yang dibacanya tadi.

"Ouh. Buku rujukan Sains rupanya. Pergh,gigih nya kau ulang kaji "

"Sebab aku tahu kelemahan aku pada Sains. Jadi perlulah banyak membaca."

"Tapi takboleh tekun sangat belajar. Nanti stress karang tumbuh jerawat di dagu. Habis muka bercorak nanti. Jadi....hadirnya aku disini adalah untuk menceriakan hari anda."

"Menceriakan atau mensuramkan?"

"Kau jangan nak spoilkan moment ni Jebon. Aku sepak kau kang,tertonggek depan sana."

Jungkook menjelingnya sekilas.

"Weh Jungkook,kau nak tahu satu fakta menarik tak?" Ji Hyo mula membuat muka sasepen.

"Apa...?" Fokusnya mula beralih pada Ji hyo.

"Dekatlah sikit! Nanti orang dengar pula."

"Kenapa pula? Bagitahu je lah!" Jungkook membentak perlahan tapi tetap sahaja dia mendekatkan telinganya pada wajah Ji hyo.

Gadis itu pula tersengih jahat.

"Betul ni kau nak tahu?"

"Eh tenuk,bagitahu jelah!"

"Ok ok. Sebenarnya kan...."

Jungkook setia menanti dengan debaran di dada. Acewahhh.

"Sebenarnya aku suka kau. Muah! HAHAHAHA----ARGH SAKIT LAH WOI!!!" Belum sempat dia nak ketawa setan,buku rujukan Jungkook terlebih dahulu mendarat di atas kepalanya.

"Sekali aku tampor kau ni,melayang sampai galaxy karang. Buang masa aku betul." Jungkook mengeluh kasar. Dia mula bangun dari kedudukannya.

Baru sahaja dia hendak melangkah tiba tiba pergelangan tangannya dipegang.

Jungkook tersentak,Jungshook sebentar.

"Ah mian mian! Ak--aku tak sengaja. Jangan la lari awal sangat. Hehehehe" Ji hyo segera melepaskan tangan jungkook.

Jungkook pula memandang ji Hyo tajam. Kakinya melangkah dua langkah ke hadapan iaitu berdiri betul betul di depan Ji Hyo.

Tangan nya pantas naik dan diletakkan ke dahi gadis itu. "Kau demam. Tangan kau dan dahi kau panas."

Ji Hyo menggeleng lalu tersengih."tak lah. Aku cuma panas je. Tadi aku berjalan tengah panas."

"Aku bukan budak tadika yang senang ditipu,Song Ji hyo."

Tangannya mula menyelongkar beg sandangnya. Mencari sesuatu.

Ji hyo pula memandang lelaki itu hairan.

"Nah. Makan roti ni dulu lepastu baru makan ubat ni. Lantak kau lah nak makan berapa biji pun asal makan." Jungkook menghulurkan sebungkus roti mentega,sebotol air dan sebotol kecil ubat kepada Ji Hyo.

"....Ni makanan kau lah. Mesti kau tak makan lagi."

"Tak. Aku takde selera tadi jadi aku tak makan. Takkan nak buang pula en roti tu.."

Ji hyo terdiam. Hatinya sedikit terusik dengan kelakuan lelaki itu.

"Ambil je la. Nanti kau makin sakit pula ish. Ingat tu,makan dulu baru makan ubat. Dan jangan terlalu terdedah dengan cuaca panas. Itu pun menyumbang kau untuk demam. "

Ji Hyo perlahan lahan mengambil huluran Jungkook. Keluhan halus dilepaskan lalu dia tersenyum manis.

"Gomawo Jungkook."

"Ok aku gerak dulu." Usai berkata terus dia pergi daripada situ. Ji Hyo hanya menghantarnya dengan ekor mata.

"Macam manalah suatu hari nanti aku nak move on dengan kau kalau kau layan aku macam ni....? Haih...."

Dia menunduk memandang barang yang diberi Jungkook.


























++++++++++++++++++

Aku dah pening nak buat Taehyo atau Junghyo moment ( )

For silent readers : Nak aku jadi savage mcm Jungkook jugak ke? Ringan ringan kan lah menekan bintang vote tu kalau tak nak komen. Bukan batak tapi fakta. ( ټ )

Btw,thank you.

[C] Reject Where stories live. Discover now