전JK ── 032

1.6K 250 180
                                    

J E O N 'S
/\
Chapter 32

✿ ✿ ✿



❀ 7 Tahun kemudian ❀













"Sayang...?"

Seorang lelaki berambut coklat keperangan mula menerpa masuk ke dalam salah sebuah pejabat mewah di bangunan itu.

Dia duduk di kerusi yang disediakan di hadapan meja kerja tuan pejabat. Senyuman manis sentiasa mekar dibibir.

Seorang gadis berkaca mata yang sedang sibuk menaip sesuatu di laptop menjadi santapan indah buat matanya.

"Ouh? Taehyung? Kenapa datang sini? Bukan kah kau patut pergi Busan ke harini hurm? Dan...jangan lah panggil aku sayang woi! Semacam je dengar tahu?!" Dia mencebik lalu memeluk tubuh. Mata masih melekat pada skrin laptop.

"Hey...kita dah lama bertunang,tak kan nak panggil manja manja pun tak boleh? Ish...kau ni tak sweet langsung lah,Ji Hyo."Taehyung meletakkan sekutum bunga ros putih yang dibawanya tadi ke atas meja.

Ji Hyo mengambilnya lalu diletakkan ke dalam pasu bersebelahan laptopnya. Pasu tersebut sudah kelihatan penuh dengan beberapa kuntum bunga ros putih yang lain.

Almaklumlah,dia sudah terbiasa dengan pemberian Taehyung sebegitu setiap hari.

"Halah aku gurau je la. Kau ni,sensetif sangat. Btw,thanks for this beautiful roses. Okey,berbalik pada tujuan asal,apa hajat tuan hamba datang ke sini?" Dia memandang Taehyung sekilas.

"Kebetulan aku ada hal sikit dengan pemilik salah sebuah restoran terkenal di tengah bandar nanti,apa kata kita lunch disitu bersama? Alang alang melawat,melantak la sekali. Yang pasal pergi Busan tu,aku cancel sebab malas nak pergi sana. Ehehehe." Dia tersengih.

"Kau belanja,aku on. Kejap aku siapkan kerja aku. Sikit lagi." Keluhan berat dilepaskan saat jarinya tersalah menekan papan kekunci.

Taehyung setia perhatikan tingkah laku tunangnya itu. Nampak sungguh serabut. Dengan kertas bertaburan di atas meja,fail berbukif bukit tersusun di sisi meja dan banyak lagi.

"Makin hari kau makin sibuk kan?"

Ji hyo mengangguk ringkas.

"Pegang jawatan naib president bagi syarikat Yumyung, salah satu syarikat perdagangan di kota Seoul ni bukannya mudah,Tae. Haih....kenapa la papa nak sangat aku uruskan syarikat ni." dia mengeluh lagi.

Taehyung tersenyum mendengar bebelan gadis itu. "Nak aku tolong? Kita pergi lunch nanti la."

"Eh tak payah. Susahkan kau pula. Semua kerja ni diamanahkan untuk aku buat jadi tak apa,aku boleh buat sendiri." Dia tersenyum manis ke arah Taehyung menunjukkan yang dia okey. Laptop ditutup pantas lalu dia mencapai beg tangannya yang tergantung di rak gantung.

"Jom. Aku sambung nanti aje la kerja tu. Kesian kau kena tunggu aku lama." Mereka mula berdiri dan berjalan keluar daripada pejabat.

"Aku tak kesah tunggu kau berapa lama pun sebab aku akan sentiasa tunggu kau." Taehyung membalas tenang. Ji Hyo tersenyum kekok,tiba tiba terasa lain pula aura Taehyung harini.

Apabila mereka berjalan melepasi setiap pekerja disitu,semua menunduk hormat ke arah mereka. Ji Hyo hanya menghadiahkan senyuman nipis manakala Taehyung pula hanya tersenyum pada Ji hyo seorang daripada tadi.

"Ish...jangan pandang aku macam tu. Orang fikir apa pula nanti." Ji Hyo menjeling sekilas Taehyung disebelah.

"Apa? Biar la diorang nak cakap apa pun. Kau tunang aku en? Half of mine."

[C] Reject Onde histórias criam vida. Descubra agora