전JK ── 034

1.3K 217 69
                                    

J E O N 'S
/\
Chapter 34

✿ ✿ ✿


Dia berjalan masuk ke dalam bangunan mewah itu dengan wajah dingin. Sapaan dan tunduk hormat pekerja disitu terhadapnya dihiraukan,tidak seperti selalu. Kebiasaannya dia akan membalas sapaan tersebut dengan memgucapkan selamat pagi mahupun hanya tersenyum manis.

Tapi...hari ini tidak. Anginnya betul betul tidak baik sekarang. Wajahnya sahaja sudah jelas dapat menunjukkan corak mood yang melanda pada dirinya.

Pekerja-pekerja disitu menunduk takut apabila gadis berblouse putih itu memandang tajam ke arah mereka.

Aura hitam sudah memenuhi ruangan bangunan. Nampaknya harini pekerja disitu akan menghadapi hari yang sukar.

Seorang lelaki bersuit hitam mendekati gadis tersebut sambil memegang beberapa helai kertas di tangan. Dia menunduk sekilas pada majikannya lalu tersenyum.

"Selamat pagi,Cik Ji Hyo." Sambutnya mesra.

Gadis itu hanya mengangguk dan diam. Mereka mula berjalan menuju ke arah lif.

"Cik Ji Hyo ada masalah apa apa?" Tanyanya prihatin.

"Terlalu banyak masalah. Kalau boleh,saya tak nak pegang jawatan ni!!" Akhirnya terlepas jua apa yang dia pendam ketika itu. Lelaki yang berdiri di samping nya hanya tersenyum nipis.

Faham sangat dengan perangai bosnya itu. Setiap hari pasti ada saja aduannya untuk letak jawatan yang dipegangnya sekarang.

Pintu lif terbuka. Mereka melangkah masuk ke dalam bersama.

"Cik kan CEO syarikat ni. Tak boleh---"

"Ouh please lah,Encik Jung Hoseok-shi. Saya langsung tak berminat dengan semua ni. Menyusahkan ada lah! Sudahlah kena hadap banyak kertas setiap hari,musuh sejati dari zaman sekolah. Tahu tak benda putih berwajah licin tu mengancamkan?!!"
Rambutnya diraup kasar ke belakang.

Hoseok selaku setiusaha sementara Ji Hyo hanya mampu menggeleng mendengar bebelan bosnya. Biasanya jawatan tinggi sebegitulah yang manusia zaman sekarang mahukan tapi....lain pula yang terjadi pada bosnya.

"Ish dah lah! Saya membebel pasal ni pun bukan boleh ubah apa apa. Okey Encik Jung,apa jadual saya harini." Dia kembali tenang dan berwajah dingin. Pintu lif mula terbuka.

Mereka melangkah keluar bersama dengan berkeadaan Hoseok dibelakang yang setia mengikutinya.

Hoseok menyelak kertas-kertas ditangan."Harini akan ada sesi temu duga untuk mencari setiausaha baru Cik Ji Hyo pada pukul 9 pagi. 4 orang calon daripada 124 orang terpilih."

Ji Hyo mengerutkan dahinya. "Aik? Pemohon bukan main ramai tapi empat orang je boleh temu duga? Mana 120 orang lagi?"

"Dan terbang dibawa angin. Diorang bagi maklumat tak lengkap jadi dengan serta merta permohonan mereka ditolak. Hanya empat orang itu sahaja yang menepati apa yang diminta." Tenang dia membalas.

Ji hyo mengangguk kecil. "Baiklah. Suruh diorang datang ke bilik saya nanti. Awak juga perlu ada bersama saya ketika itu."

"Baiklah,Cik Ji Hyo."

Jung Hoseok menunduk hormat di hadapan Ji hyo sebelum berdiri tegak kembali. Senyuman manis setiasa mekar dibibirnya.

"Thanks Encik Jung." Usai berkata terus dia memasuki pejabatnya.

+++++++++++++++

"Nama saya Kim Eun Yeol,27 tahun. Ada keputusan SPM cemerlang. Berpengalaman membaiki rumah,cuci tandas,lap tingkap,mop lantai----"

[C] Reject Where stories live. Discover now