전JK ── 022

1.6K 284 149
                                    

J E O N 'S
/\
Chapter 22

✿ ✿ ✿

"Song Ji Hyo."

Puan Song memanggil anak gadis nya tegas. Geram barangkali kerana gadis itu hanya menumpukan fokus pada televisyen berbanding kedua ibu bapanya di hadapan.

"Apa? Hyo tengah tengok drama ni..." mata masih melekat di kaca tv. Akibat geram yang teramat,Puan Song terus menutup siaran televisyen tersebut dan melempar remote entah kemana.

Takpa. Diorang kaya . Boleh beli lain lagi :)

"Apa ni ma?! Hyo nak tengok." Ji Hyo mencebik. Bantal kecil di tangan dicubit cubit geram.

Puan Song mengambil tempat bersebelahan suaminya iaitu berhadapan Ji Hyo. Wajah wanita itu nampak tegang berbeza daripada wajah Tuan song yang hanya tenang. Siap minum kopi baca surat khabar lagi.

"Mama ada benda nak bincang dengan Hyo."

"Apa?"

"Okey sebelum peperangan berlaku,papa cuma nak cakap yang papa tak campur okey? Harap maklum. Jangan sampai meja sofa tv ni sudah lah terbaliknya nanti." Tuan Song terus menutup wajahnya dengan surat khabar.

Puan song mencubit sekilas peha suaminya. "Pandai awak lepas tangan. Ish...okey. Ji Hyo...baki sekolah kamu masih ada kurang daripada sebulan lagi bukan?"

Ji hyo mengangguk sekilas. Wajah nya berkerut. Sejak bila mamanya mengambil berat tentang sekolah pula? Biasanya hanya tanya pasal akademik dan masalah di rumah je.

Pelik ni pelik.

"Ke....napa?" Lambat lambat dia ingin bertanya. Takut pula tengok wajah mama nya yang serupa komander itu.

"Lepas sahaja sehari kamu habis sekolah,kamu akan bertunang."

Bang!

Dirinya bagai dihempap batu besar. Mata terkebil kebil memandang si ibu yang berwajah serious itu.

Mata bundar milik Ji Hyo menikam tajam anak mata Puan Song,mencari kepastian.
Dan.....ternyata....mamanya tengah maksudkan apa yang dicakapnya sekarang.

Air liur ditelan payah. Jantungnya tiba tiba saja berdegup laju. Sedaya upaya dia cuba mengukirkan senyuman pahit.

"Ap-apa mama merepek ni? Skrip drama mana mama kutip ni? Tak lawak lah ma. Bertunang? Ma,mama sedar tak apa yang mama bualkan sekarang?"

Sungguh dia tidak percaya. Wujud lagikah ibu bapa yang aturkan kehidupan anaknya sekarang? Hatinya mula berasa tidak sedap.

"Tak . Mama tak merepek. Ini betul betul. Kamu setuju ke tak setuju tetap kamu akan bertunang sehari selepas graduation kamu tu. Ya,sebab mama sedar lah mama buat semua ni. " Puan Song berkata tenang. Wajah anak nya ditenung dalam.

"Ma-mama....jangan macam ni ma....Hyo masih muda lah! To-tolong lah ma..." rayuan si anak mula kedengaran. Sungguh dia tak sangka mamanya sanggup buat begitu.

Kewujudan Tuan Song disitu langsung tidak diambil peduli oleh mereka. Perkara itu menimbulkan rasa selesa dalam diri Tuan Song. Jadi jika peperangan berlaku,dirinya tidak terlibat lah.

"...Maaf. Kami dah berjanji dengan pihak lelaki untuk tunangkan kamu berdua selepas sahaja tamat sekolah. Sebarang keputusan dah terlambat untuk kamu---"

"Kenapa sekarang baru mama bagitahu? Kenapa tak tahun depan je? Huh? Ini kaitan hidup Ji Hyo lah ma..." Suara nya dikawal sedaya upaya. Hendak marah,dia masih sedar pangkatnya seorang anak.

[C] Reject Onde histórias criam vida. Descubra agora