전JK ── 024

1.6K 272 189
                                    

J E O N 'S
/\
Chapter 24

✿ ✿ ✿



Buk!

"Arghh!!!"

Oh Sehun menolak kasar badan Jungkook ke dinding. Jungkook mengerang kesakitan saat belakang badannya menghempas hebat dinding bangunan sekolah tersebut.

"Aku tak puas hati sebenarnya dengan kau. Dari dulu lagi aku tak puas hati." Dia memandang tajam Jungkook sambil berpeluk tubuh.

"Uhuk! Uhuk! Ap-apa masalah kau ni? Aku tak cari pasal pun dengan kau!" Jungkook terbatuk kecil.

"Tak. Kau selalu bagi aku masalah yang berkaitan....Song Ji hyo."

Jungkook mengerutkan dahinya. Apa kaitan pula pukul dia dan Song Ji Hyo?

"Apa----kaitannya? Boleh kau straight to the point? Dah lah kau main tolak badan sado aku. Sakit tahu tak?! Kalau badan luka tak apa lagi,tapi kalau bangunan ni retak macam mana?! Kau nak bayar ganti rugi?!" Tu dia....sekali Jungkook keluarkan ayat ayat nya.

Sehun memutakan matanya ke atas. "Bising lah kau ni....kau nak tahu kenapa aku kaitkan Ji hyo dalam ni?"

Jungkook mengangguk."nak lah bodoh. Yang aku hairan,disebabkan Ji hyo,aku yang kena pukul? "

Sehun tersenyum sinis. "Sebab aku suka kan dia. Aku...rela korbankan nama aku untuk masuk rekod disiplin dan kena tahan di bilik disiplin semata mata untuk jumpa dia. Tapi kau? Dia yang selalu cari kau! Hey bro...kau main jampi apa ni? Sampaikan aku yang setiap hari cuba pikat dia tak pernah dia pandang walau sekali."

Kolar baju Jungkook ditarik kasar.

"Ak-aku mana lah tahu! Semua confess dia aku selalu reject ta-tapi dia tak pernah putus asa kejar aku!" Tersekat sekat dia ingin berkata.

"Aku nak kau jujur." Sehun masih mencengkam kemas kolar bajunya.

"Kau rasa rimas kan bila dia selalu kacau kau? Rasa menyampah kan dengan perangai gedik dia? Sesekali kau akan terfikir,kenapa kau je yang selalu perempuan gedik tu kejar bukan?"

Jungkook terdiam. Matanya tajam menikam mata Sehun.

"Heh. Kau tak jujur,kau pengecut Jeon Jungkook."

"Ya-ya! Betul tapi ak---"

"Ouh jinjja? Terima kasih kerana anda telah berkata jujur."

Tiba tiba bunyi tepukan kedengaran.

Sehun dan Jungkook yang serentak  terus  berpaling ke belakang. Sehun sudah tersenyum sinis manakala Jungkook terkejut besar. Matanya membulat hebat.

"An-aniyo! Kau salah faham Ji Hyo! Itu bukan apa yang aku nak maksudkan!" Tangan sehun segera ditepis.

Oh Sehun sudah tersenyum seribu makna. "Boom. Misi gaduhkan diorang,DONE." Sehun berkata perlahan lalu mendekati Ji Hyo. "Kau dengar sendiri bukan apa yang crush kau baru katakan tadi? Heh....fikir fikirkan la." Dia menepuk nepuk lembut bahu gadis itu.

"Jangan sentuh aku." Suara Ji Hyo mula menegas. Dia menjeling tajam Sehun. Lelaki itu terus mengangkat kedua tangannya ke atas sambil tersenyum sinis.

Kaki mula melangkah mendekati Jungkook yang masih kaku ditempatnya.

"Jujur. Kau rimas dengan kehadiran aku? Kau anggap aku gedik selama ni? Jadi setiap perhatian yang kau berikan pada aku....tak ikhlas?" Wajah gadis itu dingin sahaja.

Ini bukan seperti drama drama di kaca tv yang gaduh sikit nangis gaduh sikit mengamuk. Tidak okey. Song ji hyo bukan heroin clihe dalam ni.

"Tak! Aku tak maksudkan---"

[C] Reject Место, где живут истории. Откройте их для себя