전JK ── 003

2.8K 406 289
                                    

J E O N 'S
/\
Chapter 3

✿ ✿ ✿





"Jungkook! Jungkook!!"

"Kau nak apa lagi,mangkuk?"

"Kau tahu tak apa beza kau dengan mop lantai?"

Jungkook mengeluh perlahan. Fokusnya masih pada buku di tangan. Time time dia nak membaca lah gadis itu nak mengacaunya.

"Tak dan tak nak tahu."

"Ah...aku pasti kau nak tahu. Ok ok. Perbezaannya adalah....Mop lantai digunakan untuk mencuci lantai tapi kau digunakan untuk mencuci mata aku. Achia chia chia!!!"

Ji Hyo tersengih. Ditongkat dagunya di hadapan Jungkook.

Perpustakaan lah yang sentiasa menjadi tempat gadis itu menjalankan misi nya kerana dia tahu waktu waktu rehat begini lelaki itu akan berada di perpustakaan,membaca.

Ulat buku en? Bagus crush aku. Muda muda dah tekun belajar.

"Ouh. Kau tahu tak apa beza kau dengan mak cik kantin?"

Ji hyo mengangguk laju. "Aku cantik kan?! Ye ye aku ta----"

"Tak. Kau dan mak cik kantin takde beza pun sebenarnya. Dua dua menyusahkan. Minta benda lain dibagi benda lain." Sakarstik Jungkook menjawab.

Ji Hyo tayang muka kerek. ಠ_ಠ

Adeh,crush dan fakhope memang tiada perpisahan. Ingatkan nak balas pickupline dengan ayat manis tapi.....

Hanatttyuuuu Jebon (╬◣д◢)!!

"Kau....memang dah habis savage ke tu?"

Jungkook tersenyum sinis. "Nak dengar lagi? Tapi aku takut lepas kau dengar nanti menangis dalam selimut pula."

Ji hyo mencemik.

"Pergi ke kedai membeli jam,
Jalan pula banyak berliku,
Tolong kau jangan kejam,
Terima lah confess dari aku."

Ah tu dia. Pantun Song Ji Hyo dah mai.

Jungkook menolak sedikit cermin matanya naik. Suara dibetulkan,siap sedia nak beri serangan balas yang boleh mengancam hati sang gadis di hadapannya.

"Bapa ke laut mendayung perahu,
Ombak bergerak mengikut irama,
Jawapan aku kau pun tahu,
Maaflah confess kau aku tak terima."

Keprakkkkk~!

Hatikuh.....

Retak---tak bukan setakat retak tapi hancur berderai ditiup angin sang bayu.

Broken sebentar Ji Hyo dibuatnya. Pantun manis nya dibalas pantun masam. Adeh kesian heroin kita.( ¯∀¯ )

"Yah Jebon. Aku benci kau."

"Ya ya aku pun benci kau juga. Ok aku dah siap membaca jadi bye." Usai berkata terus dia bangun dan menapak pergi daripada situ meninggalkan Ji Hyo sendirian.

"Kalau aku ni jahat,dah lama aku santau kau jebon. ( ー̀дー́ )"






++++++++++++++++++++++







"Ji Hyo sayang~"

"Erk---kau....kau tengah period ke? Tetiba panggil aku sayang"

Taehyung menggeleng sambil tersengih. Bahu rakan nya itu dipeluk dengan kasih sayang jiwa raganya---puffff...kasih sayanglah sangat.

"Kau nak apa setan? Baik baik pula dengan aku. Biasanya tegur aku macam nak WWE."

Ji hyo menjeling Taehyung tajam. Dibiarkan bahunya dipeluk oleh lelaki itu. Dah biasa layan perangai senget Taehyung.

"Erm....tak banyak pun...cuma nak tanya sikit boleh? Tapi kau jangan gelak pula lepas dengar."

Ji hyo menggumam perlahan. "Apa? Aku tak jamin. Kau pun tahu kan aku ni jenis mudah terhibur."

"Se--sebenarnya ..."

Taehyung menunduk.

"Sebenarnya apa? Kau kalau nak bercakap boleh tak bagi ayat ulasan lengkap? Aku cepuk kang."

"Erm...erm...sebenarnya aku ada suka seseorang..."

"Ouh jadi---wait?! Kau suka manusia?!! Alhamdulillah akhirnya kawan aku diberikan hidayah menyukai seseorang. Baguslah tu,lepasni kau tahu lah macam mana perasaan orang ada crush."

Taehyung mencemik. "Ish kau ni. Aku dah lama sebenarnya suka dia...tapi aku tak tahu nak confess macam mana pada dia."

Ji Hyo tersenyum sinis. Pelukan dibahunya dileraikan lalu dia berdiri menghadap Taehyung. Kedua dua pipi lelaki itu ditekup dengan tangannya.

"Senang je. Kau jumpa dia dan cakap 'I Love You!' . Macam aku selalu buat pada Jungkook tu lah. Siap berpantun ketul ketul bagai walaupun semuanya direject huhuhu."

"I love you?" Taehyung berkata perlahan.

"Yup! Cakap lah kuat lagi! Kalau kau bercakap macam terkepit dalam kain macam tu,mana dia nak dengarnya. Ish. Cuba ulang lagi! Kau perlu practice dengan orang orang pro macam aku."

Riak nampak heroin kita ni.
Orang kalau direject dah mundur diri tapi dia makin maju ke hadapan pula.

"I Love You."

"Wahh...suara kau garau lah. Merdu doe. Gentleman! Luah macam tu lah pada dia. Confirm dia tak reject punya."

"I Love You,Song Ji Hyo."

Ji Hyo mengerutkan dahinya. Tangan dilarikan dari pipi taehyung.

"Erk? I Love You je ayat dia. Tak payahlah letak nama aku di belakang. Heheh... kau ni... walaupun dungu tapi comel." Ji Hyo tergelak kecil lalu menarik tangan Taehyung keluar dari kawasan sekolah.

Pelajar di situ sudah berkurangan kerana sekarang telah mencapai waktu balik.

"Tae! Jom lepak kedai mamak botak tepi nak? Aku belanja!" Ji Hyo dengan terujanya berkata. Tangan mereka masih bertautan.

Taehyung hanya mengangguk dan tersenyum nipis.

'Kau lembab Song Ji Hyo.'

Siapa tahu,setiap kata kata yang Taehyung katakan ketika bersama Ji Hyo tadi adalah benar belaka.


++++++++++++++++++++

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.










++++++++++++++++++++

[C] Reject Where stories live. Discover now