ADAKAH MASIH CINTA 21

Start from the beginning
                                    

" Aku kotor ya Allah. " bisiknya perlahan. Hujung bajunya diramas kuat.

" Ampunkan saya Haneef. " gumamnya lagi. Dia menjadi serba salah dengan Megat Haneef. Bagaimana jika segala galanya terbongkar? Dia pasti dicaci dan dihalau Megat Haneef. Bagaiman pula jika dia berterus terang sahaja? Mahukah lelaki itu menerimanya?

Namun dia takut dengan Elliey. Dia takut untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Dia takut untuk berhadapan dengan dunia luar. Kemana lagi dia harus membawa diri selepas ini? Dia tidak mempunyai sebarang kelulusan selain SPM. Dan jika dia mengandung? Anak itu milik siapa?

Air matanya semakin laju merembes keluar. Bahunya terhincut hincut dengan esakan.

" Hoii! " sergah satu suara. Tidak perlu menoleh, Farrahani tahu itu adalah suara Elliey. Elliey berjalan mendekati Farrahani.

" Kau buat apa? Menangis? " sindir Elliey. Tekanannya hanya akan hilang sekiranya melihat penderitaan Farrahani. Oleh itu dia mempergunakan gadis itu untuk melampiaskan kemarahannya.

Farrahani hanya diam tidak membalas apa-ii.

" Aku tanya kau ni pompuan! " tengking Elliey sambil menunjal kuat kepala Farrahani. Farrahani tetap tidak melawan.

" Eh tak payah nak sedih sangatlah. Aku tahu kau suka! Pompuan murah macam kau ni takkan tak biasa kan? Alah benda sedap orang tak kisah lah fasal maruah! " bidas Elliey. Ditunjal berkali kali kepala Farrahani.

" Tapi saya bukan macam tu.. Saya tak pernah serahkan tubuh saya pada sesiapa selain suami saya. " Farrahani cuba membela diri dan menafikan tuduhan Elliey. Elliey menjadi geram.

Megat Haneef tidak pernah menyentuhnya malah memberikan alasan bahawa dirinya ialah pengamal BDSM sedangkan dia menyentuh Farrahani dan gadis itu tidak pula cedera. Dia yakin Megat Haneef berbohong.

" Eh! Kau jangan nak naikkan darah aku eh! Haneef tu aku punya! Sampai bila-ii pun aku akan terus berusaha supaya dia jadi milik aku seorang! " tengking Elliey dengan kuat lalu menolak kuat tubuh Farrahani ke dalam kolam.

" Argh! " Farrahani terkapai kapai kerana tidak tahu berenang. Wajahnya terggelam timbul di permukaan air. Farrahani cuba meminta tolong namun suaranya tersekat sekat dek kerana mulutnya yang tenggelam timbul di dalam air.

Elliey berpeluk tubuh sambil tersenyum puas. Seronok hatinya dapat melihat Farrahani yang lemas. Bagus kalau kau mati macam Faris! Tiba-ii dia dikejutkan dengan suara Haneef.

" Farra! " jerit Megat Haneef apabila melihat Farrahani yang kelemasan. Elliey segera berpura pura mahu menolong.

" Farra sini cepat pegang tangan I! " jerit Elliey seraya menghulurkan tangannya namun hanya mahuntidak mahu sahaja.

" Haneef! Cepat tolong Farra. I tak pandai berenang. " ujar Elliey dengan suara risau yang dibuat buat. Megat Haneef segera terjun ke dalam kolam lalu berenang ke arah Farrahani. Tubuh isterinya yang sudah separuh nyawa diraih de dalam dakapan.

Kelihatan Farrahani sudah pun tidak menyedarkan diri. Kepalanya terlentok pada bahu Megat Haneef. Megat Haneef menepuk nepuk pipi Farrahani.

" Farra! Bangun Farra! Jangan buat aku macam ni Farra aku tak kuat la. Lepas satu, satu! " Megat Haneef terasa seperti hendak menangis. Sungguh hati jantannya tidak betah dengan dugaan yang menimpa.

Dia segera membawa Farrahani naik ke atas. Tubuh isterinya dibaringkan. Megat Haneef segera melakukan CPR lalu menekan dada Farrahani.

Elliey meenjulingkan matanya ke atas sambil berpeluk tubuh. Berbulu matanya melihat adegan itu.

Setelah 3 kali melakukan CPR, Farrahani terbatuk batuk lalu memuntahkan air. Megat Haneef tersenyum lega. Seketika kemudian perlahan lahan Farrahani mencelikkan matanya. Megat Haneef segera membawa Farrahani ke dalam dakapannya.

" Jangan tinggal aku Farra. Jangan buat aku macam ni. Kau kena ada dengan aku. " ujar Megat Haneef. Farrahani yang lemah hanya diam. Elliey mencebik.

" Kau buat apa hah dengan dia? " marah Megat Haneef pada Elliey. Elliey terkulat kulat.

" Eh apa I pulak? I datang je dia dah jatuh! I mana reti berenang nak selamatkan dia! Lepastu you sampai, you tak tahu apa jadi terus you tuduh I! " Elliey membela diri. Megat Haneef memandang tajam wajah Elliey.

" Kau jangan nak tipu aku! " tengkingnya lagi. Elliey mengetap rahang. Jika dahulu tidak pernag langsung Megat Haneef memarahinya namun setelah hadirnya perempuan bernama Farrahani itu, terus semuanya berubah. Dia dan Megat Haneef menjadi seperti kucing dan anjing. Asyik bertekak dan puncanya tidak lain tidak bukan, Farrahani!

" I tak buat apa-ii! Tak percaya? Tanyalah isteri kesayangan you tu! " ujar Elliey dengan keras. Megat Haneef memandang Farrahani.

" Betul ke? " soalnya menginginkan kepastian. Kelihatan Farrahani mengangguk lemah. Elliey tersenyum sinis.

" See? You tu yang selalu nak cari salah I! I penat lah dengan you Haneef! " bentak Elliey lalu menapak pergi. Megat Haneef mengeluh kecil. Pipi Farrahani diusap perlahan. Mujurlah tidak terjadi apa-ii.

Megat Haneef memeluk erat tubuh Farrahani yang hanya kaku tidak memberikan sebarang reaksi.

" Jangan tinggalkan aku. "

To be continue..

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now