𝟐. 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧

Start from the beginning
                                    

"You okay? Nak I-"

"I'm okay. Tidurlah." Jawabku ringkas. Dia melukis sebuah senyuman manis. Bibirnya bergerak mengucapkan terima kasih dan menutup mata kembali. Aku menunggu beberapa minit sehingga dengkuran halusnya kedengaran barulah aku juga melelapkan mata, lena dalam pelukan erat Arluna sehingga keesokan paginya.

Aku keluar dari bilik Arluna sebelum Subuh menjelang kerana seperti kebiasaan, Mom akan masuk ke dalam bilik masing-masing untuk mengejutkan kami. Selepas habis mandi, aku turun ke dapur mendapatkan Mom yang sedang menghidangkan sarapan di atas meja sambil bergelak tawa bersama-sama Arluna.

"Morning, Mom!" Seperti biasa, pipi Mom dikucup pantas barulah aku mengambil tempat di meja makan berhadapan Arluna. Kakinya aku tendang perlahan dari bawah meja. Gelakku tercetus apabila dia mengangkat kepala bersama wajah yang cemberut.

Aku menumpukan perhatian kepada Arluna yang diam bermain dengan sudu dan garfunya di dalam pinggan. Entah apa yang dimenungkan gadis itu agaknya.

"Duduk je? Bukan nak tolong Mom. 'Anak dara' tak guna." Teguran aku menyedarkan dia kembali ke alam realiti. Dengan sengaja perkataan 'anak dara' ditekan menyebabkan dia menjeling tajam.

"At least, I bangun awal. Tak macam you! 'Anak teruna' tak sedar diri!" Giliran dia pula yang mengusik tetapi aku hanya mengangkat bahu tidak peduli dengan kata-katanya. Tak lama kemudian, terasa kaki aku disepak kuat dari bawah.

"Apa bergaduh depan rezeki ni? Ad suka sangat kacau Luna. Kahwinkan dua-dua ni nanti baru tahu!" Sampuk Mom membuatkan aku tertawa mendengar bicaranya disambut dengan sangkalan daripada Arluna.

"Ayyyeee! No way!"

"Why not?"

Arluna dan aku saling berpandangan. Dia dengan mata yang mencerlung tajam dan aku terus menyangkan riak nakal sambil tersenyum sinis. Betisnya digeselkan dengan jari kaki sebelum dia sekali lagi menendang kaki aku.

"Alaa, Luna! Kahwin bestlah. Lagi-lagi kahwin dengan anak kucing macam you. I memang suka perempuan manja-manja ni." Aku memanggung kepala dengan tangan di atas meja makan memandang Arluna yang berwajah masam. Arluna yang melihat Mom ketawa gembira, juga mencipta gelak palsu sambil memijak kaki aku sepuas hati. Tak padan dengan kaki saiz empat sakit pula dia pijak tetapi aku bijak mengawal riak dengan mengukir senyuman lebar.

"Oh, really? I pun suka sangat- sangat dengan lelaki buaya macam you. Nakal!" Arluna membalas bersama dengan senyuman yang dibuat-buat. Garfu di tangan sengaja ditekan dengan kuat ke atas roti yang berada di dalam pinggan. Mom yang menonton 'kemesraan' kami berdua langsung tidak luntur senyumannya. Aku menjelirkan lidah kepada Arluna dan dia melakukan reaksi paling seksi kegemaran aku.

Menggulingkan mata.















"BETUL ke you nak kahwin dengan I, baby?" Aku berlari anak mendapatkan Arluna yang sedang berjalan menuju ke perpustakaan kolej, mencari bahan untuk kerjanya. Sempat aku mengenyit mata ke arah beberapa orang gadis yang menegur di tepi koridor itu sehingga mereka menjerit histeria di situ. Well, Romeo Apollo International College! Siapa je yang tak jadi gila?

"Bila masa pula I cakap nak kahwin dengan you?" Dia menggulingkan mata. Pintu perpustakaan ditolak dan ketika itu semua mata terarah kepada aku dan Arluna. Aku yang sememangnya peramah melambaikan tangan ke arah pelajar di situ. Lebih-lebih lagi yang perempuan manakala Arluna terus berjalan dan melangkah ke arah satu baris rak buku yang tinggi dan tiada sesiapa di situ. Lelaki-lelaki yang juga berada di dalam perpustakaan tidak lepas memerhati langkah bak model Arluna tidak berkelip mata membuatkan aku ingin mencucuk mata mereka dengan garfu Mom. Cepat-cepat langkah Arluna dikejar.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now