BMT #2

10.3K 343 2
                                    

Special Part II

Ruang akad di Hotel Royal Valley itu penuh dengan sanak-saudara kedua belah pihak pengantin. Keluarga pengantin lelaki sebelah kiri manakala keluarga pengantin perempuan sebelah kanan.

Tangan yang berjabat itu dinaikkan dan diturunkan setelah wali mengucapkan ijab. Dia menarik nafas.

"Terima!"

Ketawa semua orang dibuatnya. Afif yang berada disebelah abangnya sudah tergelak kuat sampai tersandar belakangnya pada Aniq yang kebetulan duduk dibelakang Afif. Air mata pun keluar

Arif sengih malu. Dia meggaru telinganya yang sudah merah.

"Cuba sekali lagi," ujar Tok Kadi. Dia mengangguk kearah Arief Syafiq, wali yang mewakili pengantin perempuan. Memandangkan Arina anak yatim, abangnya lah yang walikan dia.

Apabila suasana kembali tenang, mereka berjanat tangan lagi. Arief mengatakan ijab. Dada Arif jelas berombak tanda jantungnya berdegup laju.

"Saya terima nikahnya, Nur Arina Syaqia binti Haji Arman dengan mas kahwinnya $599 serta sepelengkap alat solat dan seutas rantai dibayar tunai." Dalam senafas, dia berjaya juga menjawab kabul. Dia telan air liur apabila Arief bertanya kepada saksi-saksi yang pernikahan dia ini sah atau tidak.

Yalah, mana tahu salah seorang dari saksi-saksinya itu tidak merestui dia bersama Arina, tiba-tiba cakap tak sah pula. Kang lain pula jadinya.

Perkataan sah keluar dari mulut saksi yang terakhir

"Alhamdulillah...!" ucap Arif dengan lantangnya. Dia menapus tapak tangannya ke wajah. Bersyukur.

Selesai membaca doa, pengantin menyalam keluarga masing-masing mengikut jantina. Kecuali yang mahram saja mereka salam.

Arif menghampiri pelamin dimana pengantin perempuan berada. Sebelum itu, dia pandang Tengku Masyitah yang sudah merah muka dan sisa air mata yang masih mengalir sedang senyuman manis memandang dia.

Lantas tubuh sasa itu merendahkan badan separas ibunya yang duduk sebelah kerusi pelamin lalu memeluk erat tubuh ibunya itu.

Lensa kamera tidak henti memancar.

"Bonda, terima kasih sebab dah lahirkan along ke dunia ni. Terima kasih jaga along sampai along besar. Terima kasih sebab layan karenah along sepanjang along membesar. Terima kasih sebab beri along didikan agama yang betul. Terima kasih untuk segalanya, bonda. Along sayang bonda... maafkan salah silap along. Halalkan susu yang mengalir dalam badan along. Halalkan semua barang yang bonda beri kepada along," kata Arif dengan suara serak.

Bila tengok manusia yang lahirkan dia untuk melihat dunia itu menyaksikan dia menyebut akad, membuatkan hatinya rasa sebak.

Dia sudah ada tanggungjawab sendiri. Tidak bermakna dia bukan anak mak ayah lagi. Sekarang dia ada dua tanggungjawab yang rasanya susah untuk dipikul. Tanggungjawab keatas isteri dan tanggungjawab keatas ibu dan ayahnya. Tidak lama lagi, makin bertambah tanggungjawabnya bila dia dapat zuriat nanti.

"Along jaga anak orang dengan betul. Jangan lepaskan tanggungjawab tu. Jangan sia-siakan kepercayaan keluarga isteri along terhadap along. Jangan pernah malukan bonda. Yang penting, bimbing isteri ke jalan yang baik. Jaga solat, ingat Allah, Insya Allah dipermudahkan segala urusan along," balas Tengku Masyitah sama juga rasa sebak sambil mengalir air mata.

Kedua tangannya memegang pipi anaknya yang menangis di bahu dan dibawa ke hadapan wajahnya. Sungguh, wajah Arif ketika ini sangatlah buruk.

"Dan ingat, bonda sentiasa maafkan along. Bonda juga sayang semu anak-anak bonda." Satu kucupan seorang ibu singgah di dahi anaknya.

Benci Mr. Tengku √Where stories live. Discover now