BMT 23 : Mauve Family

14.6K 484 15
                                    

Limosine hitam itu masuk kedalam perkarangan Mahligai keluarga Mauve. Diberhentikan dihadapan pintu utama. Maisarah keluar diikuti oleh Izzraf dan Raihanah.

Terpegun Maisarah melihat mahligai yang amat besar seperti sebuah istana. Warnanya juga terang dan mengikut tradisi bandar perancis.

Kawalannya juga amat ketat. Seluruh penjuru pagar akan ada beberapa pengawal yang cukup tegap dan besar.

Pintu utama yang besar itu terbuka. Richard keluar dan menghampiri mereka.

"Here you are. Oh my god. You know, grandma Gaby woke up on the wrong side of her bed. She's totally angry." Cemas Richard berkata.

"Why?"

"Because you guys are late."

Raihanah menggolekkan mata sambil membuat suara menyampah. "Argh."

"Kenapa? Siapa grandma Gaby?" Maisarah bertanya.

"Grandma Gaby or her name, Garbiella Mauve is my grandmother. Tengku Martini's cousin in-law." Terang Richard. Maisarah meng'o'kan saja.

"Eh jom lah. Nanti mengamuk pula dia. Habis satu rumah runtuh." Kata Raihanah.

Mereka berempat masuk kedalam. Sekali lagi Maisarah terpegun melihat dekorasi dalaman mahligai itu.

"Keluarga kau memang kaya macam ni eh sampai kat luar negara?" Izzraf soal dengan bisikkan.

"Entah lah. Macam tu kot. Aku bukannya kenal sangat dengan keluarga belah nenda."

Sampai di sebuah ruang, mata Maisarah terbeliak melihat betapa ramainya orang disitu.

Bukan itu saja. Semua perempuan disitu juga kelihatan berpakaian sendat. Yang muda mahupun yang tua. Dress singkat paras lutut kebanyakkannya begitu.

Maisarah sudah mengucap dalam hati. Kenapalah ramai yang buat dosa? Eh lupa, ni belah keluarga yang bukan islam.

Namun dia bersyukur kerana dilahirkan dalam kalangan islam.

"Huh. Juste apparu?" (Baru muncul?) bunyi macam sindiran itu kedengaran ketelinga Maisarah.

Suasana yang kecoh tadi mula sunyi dan semua mata memandang kearah mereka yang baru muncul.

Ditoleh kearah Raihanah yang dengan beraninya berpeluk tubuh. Matanya memandang seorang perempuan seumur dengan Tengku Martini. Tapi muka dia nampak awet muda.

"Pourquoi? Cela te derange?" (Kenapa? Menyusahkan awak ke?)

"Toi et ta famille sont tous les mêmes. Gênant" (Kau dan keluarga kau semuanya sama saja. Memalukan.) sinis Grandma Gaby membidas.

Raihanah menjegilkan mata. Sudah biasa dengan sindiran macam itu. Entah apa salah dia sampai orang tak suka dia.

"Mom, stop it. Can you just forgive her? If she's late or something, the party will still be going." Seorang wanita mula bersuara. Grandma Gaby menjeling.

Dia memusingkan badan untuk memulakan majlis. Nanti kalau berdebat lagi, sampai ke pagi majlis ulang tahun cucu kesayangannya tidak akan mula. Lupakan sebentar anak tak guna itu.

Maisarah tercengang dengan situasi sekarang. Apa yang berlaku? Kenapa semua orang seperti tidak suka dengan Raihanah?

Raihanah menghembus nafas. Richard disebelahnya sedang menenangkan dia.

Wanita tadi terus menerpa kearah Raihanah bersama seorang gadis seumur Dhiyanah.

"Hanah, are you okay?"

Benci Mr. Tengku √Where stories live. Discover now