BMT 13 : Swimming

15.2K 601 10
                                    

"Terima kasih sebab datang." ucap Maisarah kepada tetamu yang dah nak balik. Dia masih lagi tersenyum dari tadi.

Dia masuk kedalam rumah tanpa tegur Izzraf yang sedari tadi ikut dia kemana saja dia pergi. tetamu pun tinggal sedikit.

Sebenarnya rimas juga dengan Izzraf ni sebab tak dapat nak berenggang sedikit. Menyampah Maisarah dibuatnya. Masa nak layan tetamu perempuan, Izzraf juga ikut.

Bila melihat Maisarah berjalan masuk rumah, Izzraf senyum lalu mengikut langkah Maisarah. Dia pun tak tahu kenapa dia mahu dekat dengan Maisarah. 

Maisarah membuka kasut dan masuk kedalam ruang tamu. Kelihatan mertuanya dah bersalaman.

Dia ikut berdiri di sebelah Puan Dahlia.

"Sarah, mummy dengan daddy balik dulu ya? Jumpa malam esok." pamit Engku Asliza. Maisarah senyum lalu menyalam tangan Engku Asliza dan Tengku Dahlan.

Izzraf pun muncul. Dia berdiri sebelah Maisarah.

"Bye mummy daddy. Jumpa esok." dengan riangnya Izzraf bercakap.

"Eh takda takda. Kamu ikut kami balik. Esok baru boleh tinggal dengan Maisarah." halang Tengku Dahlan.

Berubah terus riak Izzraf. Maisarah sudah bersyukur. Tak ada lah situasi janggal itu. 

"Ala kenapa?" Rengeknya persis budak 3 tahun tak dapat mandi kolam.

"Jangan nak gatal sangat. Dah ikut kami balik." ujar Engku Asliza. Izzraf mencebik.

"Okay fine..." dia menyalam kedua mertuanya. 

Sebelum keluar rumah, Maisarah dengan beraninya menarik tangan Izzraf membuatkan suaminya terhenti langkah.

Tanpa kata apa-apa, dia terus menyalam Izzraf. Dia angkat muka dan mempamerkan senyuman. Nanti apa pula orang cakap kan kalau dia tak buat macam tu? Uhukkkk

Izzraf juga terkejut seketika sebelum bahunya ditepuk. Adam rupanya.

"Dah jangan nak berangan sangat. Balik sekarang." arah Adam. Izzraf ikut.

Keretanya meluncur laju keluar dari perkarangan Baitul Munawarah.

Maisarah meminta diri untuk naik kebilik umtuk mencuci muka dan solat.

Usai solat, Maisarah melihat hantaran yang Izzraf bagi. Semuanya ada 10 gangsa.

Satu-satu diperhatikan. Terlopong dia bila lihat dulang gangsa itu berisi dengan barangan berharga.

Ada beg LV, kasut tumit tinggi jenama Jimmy Choo, Gucci sneakers, jam tangan Gucci, barangan solek jenama Mac, Iphone 8 plus gold dan macam-macam lah.

Kaya betul lelaki ni. Sampai duit beribu-ribu diguna untuk Iphone. Itu baru satu. Ni banyak lagi ni. Kalau dikira, entah berapa juta dah dihabiskan.

Sayang pula bila digunakan. Dia balas dengan barangan yang sederhana saja. Tak lah sampai yang berjenama.

Redha aje lah. Dah kena bagi. Takkan bagi balik. Asalkan mereka ikhlas.

Benci Mr. Tengku √Where stories live. Discover now