BMT 32 : Peminat

11.5K 473 6
                                    

Maisarah dan Syuhada berjalan masuk melalui pintu yang terbuka sendirinya. Ada penyambut tetamu mendepakan tangan kepada mereka untuk masuk kedalam ballroom.

"Syu, aku ke toilet jap." Ujar Maisarah.

"Alright. Aku tunggu kau lah. Tak biasa nak masuk."

Maisarah mengangguk lalu melangkah ke tandas. Syuhada menghampiri sofa yang berada disitu. Sepatutnya majlis berada di dalam ballroom. Tapia da juga lah orang yang lepak, bercerita di luar ballroom.

Niat Syuhada yang mahu duduk disofa single, terbantut apabila ada seorang lelaki tiba-tiba duduk disofa itu. Lelaki itu mungkin tak nampak sebab dia tunduk main phone.

Tak jadi Syuhada duduk. Tak apa lah. Tak ada rezeki untuk duduk. Sofa lain dah ada penduduk. Dia berundur.

"Eh maaf cik. Saya tak nampak. Awak duduk lah sini."

Syuhada tersentak lalu memusingkan badannya menghadap lelaki tadi. Lelaki itu sudah pun berdiri. Syuhada sempat memerhati wajah kacak lelaki itu.

Macam kenal. Tapi lain.

"It's okay. Awak duduk lah situ. Saya nak masuk dalam." Balas Syuhada.

"Mm kalau macam tu, kita masuk dalam sama-sama lah." sambung lelaki itu.

Syuhada mati kata. Dia mana biasa jalan berdua-duaan dengan lelaki. Berdosa.

Dalam hati dia memohon pertolongan.

"Syu!"

Alhamdulillah, perkataan pertama disebut. Maisarah memegang kain bajunya yang terlalu panjang dan berhenti disebelah Syuhada.

"Kejapnya kau pergi tandas."

"Buat apa lama-lama?" Mata Maisarah tertancap pada lelaki dihadapan mereka kini.

Lelaki itu seperti terkejut apabila Maisarah berpaling kearahnya.

"Tengku Maisarah." Tiba-tiba lelaki itu tunduk 50 darjah.

"Eh eh jangan lah tunduk. Malu lah. Kita manusia biasa. Tak payah hormat saya sampai nak kena tunduk bagai."

Lelaki itu tersengih.

"Boleh tak saya nak mm kenal kenal dengan awak? Saya- saya follow ig awak tau?" telefon ditangannya diangkat. Maisarah senyum.

"Okay. Saya Maisarah, panggil Sarah."

"Hehe... Saya Rafael. Panggil Raf."

Maisarah tergamam. Syuhada terlopong. Muka lelaki bernama Rafael itu dipandang dengan riak terkejut.

"What? Come again?" Syuhada menyuruh mengulang. Kalau betul, wahh.

"Raf-fa-ell." Rafael sebut satu per satu perkataan namanya.

"Syed Adryan Rafael?" Syuhada semakin melangkah kedepan. Jari telunjuk dihala kepada Rafael.

"Eh? Ha'ah. Macam mana tahu?"

"What? Jangan tipu lah wei."

"Untuk apa tipu?"

Semakin luas mulut Syuhada terlopong. Maisarah yang melihat pun terus menarik tangan Syuhada dan bawa ke mulut pemiliknya. Sebelum berpaling menghadap Rafael semula.

"Hai Raf. Tak sangka kita jumpa lagi. Macam mana kat Australia? Seronok?" tutur Maisarah.

Kening Rafael bertaut. Dia masih tak faham. Lama dia berdiam diri sambil memproses kata-kata Maisarah dan riak Syuhada yang terkejut. Syuhada menggolekkan mata.

Benci Mr. Tengku √Where stories live. Discover now