BMT 17 : Paris

13.1K 563 5
                                    

Mereka berdua bersalam dengan ahli keluarga sebelum masuk kedalam departure. Tengku Martini menarik tangan Maisarah.

"Jaga diri kat sana." Nasihatnya. Maisarah tergelak kecil.

"Insya Allah."

"Kat sana nanti ada orang ambil kamu lepas tu hantar pergi hotel. Nanti kalau sesat ke, nak beli barang ke, tanya orang sana. Nenda ada ajar kan cakap perancis?"

Maisarah mengangguk.

"Oh ya. Nenda lupa nak cakap." Tengku Martini meminta sesuatu pada pengawal peribadi yang berdiri tegak dibelakangnya.

Mengerti arahan bos, dia menghulur kad yang berada digenggamannya. Kad berwarna gold itu bertukar tangan. Dari tangan pengawal peribadi ke tangan Tengku Martini dan selepas itu diberi kepada Maisarah.

Terbeliak terus Maisarah bila memegang kad itu. Berat gila bro. Kad itu diteliti. Cantik pula tu. Ni mesti mahal. Dengan bling-bling dia lagi. Sakit mata dibuatnya.

"Nenda terima kad ni minggu lepas. Jadi nenda tak dapat datang because passport dah expired. Yang lain juga tak dapat pergi sana sebab tak ada masa. Alang-alang korang pergi sana, pergi lah. Wakil keluarga kita. Nenda pun tak berapa nak rapat dengan keluarga kat sana. Jadi korang boleh lah pergi sana, kenal-kenal dengan keluarga sana. Boleh eh?" Muka berharap Tengku Martini dipandang sebelum dia senyum dan mengangguk.

"Boleh ja. Bila majlisnya, nenda? Macam pelik je tulisan dia." Kad itu sudah dibuka.

Sepupunya juga ada yang ikut melihat kad itu dan baca dalam Bahasa perancis. Dhiyanah menarik kad itu dari tangan Maisarah dan terpegun membelek kad itu.

Sebenarnya dia malas mahu membaca dan fikir lagi apa setiap perkataan yang tertulis.

"Hari jumaat ni." Jawab Tengku Martini. Maisarah terangguk-angguk.

Tengku Martini sengaja menyuruh Maisarah yang hadiri majlis itu kerana ada sesuatu yang dirancangnya tanpa pengetahuan orang lain selain peguam peribadi arwah Tengku Alias.

Selepas itu ada ahli keluarga menyuruh mereka berdua masuk kedalam sebelum last call. Nampak macam menghalau je tu.

Bila dan periksa passport, Maisarah turun elevator diikuti dengan Izzraf. Sempat dia lambai kearah Rayyan, Raisya dan yang lain.

• • •

Kapal terbang Emirate itu selamat mendarat diatas dataran negeri francis. Penerbangan selama 15 jam akhrinya sampai juga.

Penumpangnya berbaris untuk keluar dari airbus tersebut. Tunggu orang hadapan pergi, baru yang lain ikut.

Maisarah dan Izzraf menggunakan buisness class. Jadi mereka yang dahulu keluar.

• • •

Keluar sahaja dari Charles de Gaulle airport, Maisarah berlari kedepan dan mendepakan tangan. Kali kedua dia menjejaki ke bumi yang ada cuaca sejuk.

Izzraf yang menolak troli menjeling Maisarah seketika yang nampak jakun. Kepala tergeleng-geleng.

Orang first time memang macam ni eh?

"So, nak buat apa ni?" Tanya Maisarah setelah Izzraf berdiri disebelah nya.

"Tunggu lah. Nenda cakap ada orang ambil kan?"

Tidak lama selepas itu, seorang lelaki memakai tshirt dan blazer menghampiri mereka dan bertanya.

"Mr and Mrs Tengku?"

Maisarah senyum lalu mengangguk.

Izzraf mengekalkan muka ketat melihat lelaki berwajah putih melapak itu merenung isterinya tanpa lepas dengan senyuman manis. Aeh? Cemburu ke?

Benci Mr. Tengku √Where stories live. Discover now