BMT 60 : Kampung

13.3K 430 5
                                    

Sepanjang perjalanan, Maisarah tidak terasa mengantuk. Rasa tidak sabar punya pasal. Pukul 11 lebih, barulah nampak papan besar tertulis negara di Perak. Bermakna mereka sudah sampai ke destinasi dengan selamat.

Sudah bertahun dia tidak masuk kedalam bandar Perak ini. Kampungnya apa tah lagi. Banyak yang sudah berubah sejak kali terakhir dia tinggalkan negara tempat dia membesar.

Hampir masuk ke pukul 12 mencari simpang untuk masuk kedalam perkarangan kampungnya. Dia ingat. Tapi tak berapa nak ingat. Sampai sesat dibuatnya.

"Betul ke sini tempatnya?" tanya Izzraf. Kelajuan kereta direndahkan kerana jalan di kawasan itu berbatu. Nanti pecah pula tayar kereta.

"Betul. Ha tu rumah arwah nenek. Cepatlah!" desak Maisarah. Rumah yang dihujung ditunjuk. Dia kenal sangat rumah itu. Rindu pula.

"Hish sabar lah. Tak kemana pun rumah tu." balas Izzraf. Maisarah mencebik.

Akhirnya Izzraf memusing stereng dan tayar pun ikut pusing ke kanan masuk kedalam perkarangan rumah kayu itu. Walaupun kayu tapi nampak besar.

Maisarah keluar dari kereta. Dia menoleh kesekeliling. Meskipun sudah lewat malam, tetap nampak perumahan yang ada disitu dengan lampu jalan. Tambah lagi terdapat sawah yang terbentang luas di seberang rumah. Itu sawah milik ketua kampung.

Beg sandangnya dia letak atas penutup enjin kereta. Dia mencari kunci rumah. Tapi tidak jumpa.

"Aduh mana kunci ni? Eh kejap. Alamak!" dahi ditepuk apabila dia teringat sesuatu.

Izzraf menghampiri Maisarah setelah selesai mengeluarkan beg pakaian dari boot kereta.

"Macam mana boleh lupa ni. Astaghfirullahalazim... Ya Allah!" begnya diruah. Sejauh mana pun dia korek dalam beg dia tu, takkan jumpa punya.

"Awak kenapa ni?" soal Izzraf melihat keresahan isterinya.

"Saya lupa nak ambil kunci rumah dekat bonda. Tadi bonda ada kata, ambil kunci pada dia. Tapi saya tak ingat nak beritahu awak." balas Maisarah meleret. Dia benar-benar susah hati.

Di mana mereka nak menetap sekarang? Kalau pagi bercahaya tak apa lah juga. Ini dah malam bergelap. Hotel atau tempat penginapan pelancong yang berbuka 24 jam pun jauh dari kawasan rumah.

"Hey, relaks okay. Jangan gelabah." Pujuk Izzraf.

Maisarah meraup wajah yang keletihan. Nafas dihela.

"Assalamualaikum. Anak berdua ni cari siapa?" tegur seseorang.

Izzraf mendongak. Maisarah pula pusing kebelakang. Seorang pakcik dalam lingkungan 40-an sedang menghampiri mereka berdua yang berdiri tepi kereta.

Salamnya dijawab.

"Waalaikumsalam. Kita orang datang sini nak melawat. Ni rumah arwah nenek saya. Bonda saya suruh kita tinggal sini. Tapi kunci saya terlupa nak bawa." Balas Maisarah jujur.

Pakcik itu mengerutkan dahi. Sambil mengamati wajah Maisarah dengan bantuan lampu jalan. Wajah itu seakan sama dengan seseorang di minda. Adakah itu dia?

"Jap. Adik ni Mayamin ke?" teka pakcik itu perlahan. Dia takut salah. Kalau salah malu.

Tapi mesti betul ini adalah dia. Siapa lagi cucu kepada arwah pemilik rumah ini.

Maisarah tersentak. Seketika kemudian, dia ingat akan seseorang yang masih menetap di kampung itu.

"Paksu...?!"

Sambil menjerit sedikit, Maisarah memeluk tubuh tua Haji Daud.

"Lama saya tak jumpa dengan pak su. Paksu apa khabar? Maksu? Sofia ada tak, paksu?" tanya Maisarah setelah melepaskan pelukan.

Benci Mr. Tengku √Where stories live. Discover now