BMT 66 : Bersihkan Nama Bonda

10.4K 445 1
                                    

Sebelum azan maghrib berkumandang lagi semua warga kampung itu sudah bergerak ke surau memandangkan ketua kampung mengadakan majlis solat berjemaah dan bacaan Yassin serta tahlil arwah.

Warga kampung bekerjasama untuk mengendalikan majlis sederhana ini. Yang lelaki, sibuk mendirikan kem.

Perempuan pula menyediakan makanan yang dimasak sendiri oleh Kak Lisa dan beberapa makcik-makcik yang mempunyai bakat memasak.

Haji Daud dan Izzraf sudah awal lagi datang ke surau dan tolong. Rahimah, Aqisha, Sofia dan Maisarah pula datang tepat sebelum azan maghrib.

Sepanjang perjalanan kaki dari rumah ke surau, Maisarah hanya berjalan sebelah Sofia. Rahimah ada bawa dia berborak. Dia pun layan saja lah.

Mula-mula Maisarah mahu datang ke surau bersama dengan ayah saudara dan suaminya. Tapi Rahimah sudah melarang awal-awal. Dia kata, biar orang kampung yang menguruskan semua.

Tanpa membantah, Maisarah hanya ikut. Bukan apa. Dia mahu cuba untuk berinteraksi bersama warga kampung. Dulu dia tak pernah bergaul dengan orang kampung.

Masuk saja surau dengan bertelekong, Maisarah senyum dan bersalaman dengan makmum perempuan. Sesekali dia disapa.

Beberapa minit kemudian, muazzin melaungkan azan dan kedengaran pada seluruh kampung. Tapi suara muazzin kali ini amat dikenali oleh Maisarah.

Memandangkan dia masih berdiri, dia menjengketkan kaki untuk melihat disebalik papan yang memisahkan bilal lelaki dan perempuan.

Ya! Itu Izzraf. Tiba-tiba rasa bangga dan syukur dihati kerana yakin Izzraf sudah berubah. Terima kasih Ya Allah.

Dia kembali duduk disebelah Sofia sehingga habis azan.

• • •

Majlis berjalan dengan lancar. Dari solat maghrib berjemaah, baca yasin dan tahlil, solat isya berjemaah dan akhirnya menikmati jamuan di luar surau.

Selama itu, Maisarah dilayan dengan baik sekali oleh orang-orang kampung. Jauh beza dengan lebih 20 tahun lepas.

Air botol dituang kedalam cawan plastik. Lalu hujung cawan itu dibawa kemulut lalu menghirup air itu perlahan.

Dia menoleh apabila kedengaran bunyi mikrofon. Sofia kembali duduk di kerusi sebelah Maisarah setelah berborak sebentar dengan kawan lamanya.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Pertama kali saya nak bagitahu, terima kasih untuk semua yang datang pada malam ini. Yang kedua, saya nak ucapkan selamat datang ke kampung ini kepada tetamu kita yang datang dari Kuala Lumpur." Kata Haji Kamil, ketua kampung itu.

Dia mendepakan tangan menunjuk tempat keluarga Pak Daud duduk. Lebih tepat, kearah Izzraf dan Maisarah. Semua orang tepuk tangan. Maisarah yang tidak tahu ucapan itu ditujukan kepadanya turut menepuk tangannya.

"Kepada tetamu istimewa kita, kalau ada apa-apa nak cakap, boleh tampil ke hadapan." Tambah Haji Kamil lagi.

Matanya memandang Maisarah dan Izzraf silih berganti. Dia sudah diberitahu gerangan yang menjadi tetamu ke kampungnya itu.

Maisarah yang perasan Pak Haji menumpukan perhatian kepadanya, dia menoleh kearah sebelah kanan kearah Haji Daud yang duduk sebelah Sofia.

Haji Daud senyum sedikit dan mengangguk. Memberi arahan supaya berterus terang. Maisarah membalas sama dengan bapa saudaranya itu. Kemudian dia pusing ke kiri.

Izzraf memberikannya secalit senyuman pada bibir. Tangan Maisarah digenggam.

"Good luck." Ujarnya perlahan.

Benci Mr. Tengku √Where stories live. Discover now