BMT 75 : Yusuf

10.3K 407 16
                                    

Izzraf merenung wajah pucat Maisarah. Mereka yang berada di dalam bilik persendirian itu sudah keluar untuk memberi ruang Izzraf untuk melihat isterinya.

Jarinya perlahan mengusap lembut lengan Maisarah. Kemudian, dia sentuh dahi Maisarah yang juga berbalut.

"Who did this to you?" katanya seperti berbisik. Dalam bilik itu sunyi hanya bunyi mesin jantung dan penghawa dingin saja yang berbunyi. Nak cakap pun rasa janggal.

Dia turunkan tangannya lalu memain jari Maisarah yang tidak berbalut.

"Sayang... awak janganlah tidur lama sangat. Saya rindulah. Cepat-cepat bangun eh? Bila awak bangun nanti, kita dapat sama-sama jaga anak kita. Eh sayang, awak nak tahu tak, anak kita lelaki tau. Comel je dia. Macam awak. Pipi dia merah dan tembam. Geram je saya tengok," kata Izzraf. Dia tergelak kecil.

"Saya minta maaf, Mai. Kalau saya ada dengan awak semalam, mesti awak tak jatuh tangga. Saya minta maaf sebab kali ini saya tak dapat nak tolong awak bila awak jatuh. Mai, saya tahu awak ada masalah. Awak kena bangun dan cerita pada saya supaya saya boleh tolong. Janganlah tidur macam ni. Saya rindu suara awak," suaranya bergetar di hujung ayat. Dia menunduk dan membiarkan air matanya jatuh

"Selagi awak baring macam ni, saya rasa sangat serba salah. Terngiang-ngiang kata doktor bila dia sebut yang awak pernah patah tangan dan kaki macam ni. Walaupun doktor tu tak tahu cerita tapi saya...- Mai bangunlah..." rintihnya.

Namun tiada balasan. Mata Maisarah masih terkatup. Walaupun mata itu tertutup, dia nampak yang mata Maisarah itu kelihatan penat dan kelihatan kerap menangis.

Dia tidak henti berbicara dengan Maisarah. Dia tahu yang Maisarah dapat dengar dia.

• • •

"Bos, Tengku Maisarah masuk hospital sebab ada orang tolak dia dari tangga."

"Siapa tolak dia?"

"Qyra Farzana."

"What? Masih hidup rupanya budak tu."

• • •

Tiga bulan kemudian, Maisarah masih lagi tidak sedarkan diri. Tiga bulan ini dia masih tiada tanda mahu bangun.

Selama tiga bulan ini juga, Izzraf yang jaga dia siang malam. Nasib baik dia sudah mohon cuti awal. Dapat dia jaga Maisarah sepenuhnya.

Izzraf melangkah masuk kedalam bilik wad Maisarah sambil menggendong Yusuf yang semakin membesar. Tadi, dia teman Yusuf check up dengan doktor.

Puan Dahlia tadi ada datang melawat. Puan Dahlia menawarkan diri untuk tengok-tengokkan Maisarah semantara dia teman anaknya.

Baru saja Yusuf minum susu selepas doktor periksa dia, Puan Dahlia mengatakan yang dia sudah mahu pulang.

Izzraf duduk di kerusi sebelah katil Maisarah. Sebelah tangan menahan Yusuf yang sedang duduk di pahanya, sebelah lagi menggenggam tangan sejuk Maisarah.

"Happy first anniversary, sayang," ucapnya.

Lalu tangan itu dikucupnya penuh kasih sayang dengan harapan Maisarah akan bangun. Boleh dia raikan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama bersama pada hari ini, 10 Ogos.

Kemudian, dia beralih melihat anaknya yang berusia 3 bulan sedang mengisap jari sendiri.

Tengku Muhammad Saif El-Yusuf bin Tengku Izzraf Danial, nama yang Izzraf sendiri yang pilih untuk anaknya. Kalau ikutkan hati, dia nak tunggu Maisarah bangun dulu dan mereka sama-sama pilih nama untuk anak mereka.

Benci Mr. Tengku √Where stories live. Discover now